Al Aqsa dihati :
Sunday, 25 April 2010
Food for Us, Food 4 Gaza
Program Kutipan Perdana KPP
Sunday, 11 April 2010
Peluang Itu Selagi Ada
Nafsu memang selalu merajai diri.Hingga terlupa tanggungjawab yang harus dipikul.Kalau tidak masakan kita dengan senang hati tidak hadir ke kelas?Sedang doktor berhabis daya meletakkan usahanya.Apa ilmu doktor itu tidak bergunakah?Kita masih membuang masa yang kononnya lapang itu dengan bergelak tawa bersama rakan.Buku dibiar tersusun di rak,kemas tidak bersentuh.
Kita tahu bagaimana rakyat Palestin begitu gigih mencari ilmu.Lihat saja khemah-khemah di sekeliling runtuhan rumah.Lihat pula semangat anak-anak Palestin berpakaian uniform ke khemah itu.Mahu bermainkah?Tidak.Mahu mencari ilmu.Biar ilmu penuh di dada,kemudian kita rancang strategi bijak.Zionis harus dijatuhkan,Palestin harus dikembalikan semula.
Artikel KPP Bil 7

Tahukah anda?
Tercatat dalam Al-Qurโan bahawa...
1. Bangsa Yahudi adalah satu-satunya bangsa di dunia yang paling banyak di angkat untuk menjadi Nabi
Dan ingatlah, ketika Musa berkata kepada kaumnya, โWahai kaumku! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika Dia mengangkat nabi-nabi diantaramu, dan menjadikan kamu sebagai orang-orang merdeka, dan memberikan kamu apa yang belum pernah diberikan kepada seorang pun di antara umat yang lain.โ(Al-Maโidah:20)
2. Bangsa Yahudi adalah satu-satunya bangsa di dunia yang kesejahteraannya dijamin oleh Allah SWT. Sehingga mereka mampu melakukan perjalanan di padang pasir yang tandus dalam waktu yang sangat lama.
Dan Kami membahagikan mereka menjadi 12 suku yang besar jumlahnya dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya, โPukullah batu itu dengan tongkatmu.โ Maka terpancarlah daripadanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Kami juga menaungi mereka dengan di atas mereka dan Kami menurunkan Mann (manisan seumpama madu) dan Salwa (burung seakan-akan puyuh). โMakanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu.โ Mereka tidak menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi merekalah menganiaya diri mereka sendiri. (Al-Aโraf:160)
Ingatlah Siapa Sebenarnya Pengganas Akhir Zaman

fataat_maleezi
editor:everjihad
Masih ingatkah lagi kita dengan kekejaman yang pernah melanda saudara-saudara kita di bumi Palestin? Israel yang mengganas di Semenanjung Gaza, membunuh orang awam tanpa memperdulikan cemuhan dan kutukan masyrakat dunia terhadap mereka. Mereka ini sekarang seperti Raja Dunia yang berkuasa berbuat sahaja, melanyak segala apa yang dianggap sebagai musuh tanpa ada sesiapa yang mampu menahan kezaliman yang mereka lakukan secara terang-terangan itu.
Mengapa berlaku sedemikian? Bukankah bilangan mereka, bangsa Israel ini sedikit sekali jika dibandingkan dengan umat Islam?. Mengapa umat Islam yang berbilion bilangannya ini tidak mampu mempertahankan saudara seagama mereka di bumi berdarah Gaza ketika ini? Hanya yang mampu kita lakukan hanya berdemonstrasi, menyerahkan memorandum dan pelbagai tindakan yang tidak langsung memberi kesan yang signifikan ke atas nasib penduduk-penduduk islam di Gaza yang tertindas itu. Maka saya kira, kita harus dengan penuh rasa malu mengakui kelemahan kita di dalam menangani hal ini.
Artikel KPP Bil 4
2 serangan udara rejim Zionis
Jumaat, 13/03/2009 - Dua serangan udara Israel telah dilakukan pada waktu subuh Khamis lalu di sempadan Mesir-Palestin berdekatan kem pelarian Yibna, selatan Rafah, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Sumber keselamatan Palestin memberitahu wartawan PIC bahawa pesawat Israel itu mengebom kawasan Al Abd Jabr menyebabkan kerosakan beberapa rumah penduduk Palestin di situ.
Dalam Tebing Barat, askar-askar rejim Zionis pada awal pagi Khamis telah menceroboh bahagian-bahagian lain di bandar Jenin dan menyerang di sepanjang kawasan rondaan mereka.
----------------------------------------------------------------------------------------------
โTIDAK AKAN REDHA YAHUDI DAN NASRANI HINGGA KAMU MENGIKUTI CARA HIDUP MEREKAโ
Artikel KPP Bil 3
Zaman Awal Manusia menduduki Palestin sejak zaman purba. Buktinya Jericho-kota tertua di dunia. Pada tahun 1000 ke-3 sebelum masihi penduduk Palestin terus bertambah dan kotanya terus berkembang sehingga ia memiliki kekuatan ekonomi dan politik. Pada tahun 2500 SM, bangsa Aram, Kanโan, Yabus dan Fenicia berhijrah dari Semenanjung Arab ke tanah Palestin.
Bangsa Kanโan
Jumlah perpindahan bangsa Kanโan sangat besar sehingga akhirnya menjadi masyarakat peribumi di sana. Mereka telah membina Bait Al Maqdis. Bait Al Maqdis telah menjadi pusat ketamadunan di mana sebuah kerajaan telah terbina. Selain itu, mereka mengasaskan bandar baru seperti Usdud, Aka dan Gaza, serta membina kuil dan menganggap Bait Al Maqdis sebagai Bandar suci.
Saturday, 10 April 2010
Artikel KPP Bil 1&5
Berita Palestin semakin senyap. Kita juga turut senyap. Barangan boikot mula mendapat tempat di hati. Sedangkan saudara di Palestin masih menjerit sakit pada kelukaan yang lalu.
Di mana usaha dan pendirian kita yang sebenar-benarnya? Pernahkah kita berusaha untuk memahami sebab-musabab yang menjadikan Palestin itu seperti apa yang kita lihat pada hari ini? Adakah kita masih juga memanjatkan qunut nazilah seperti yang dihebohkan beberapa bulan yang lalu? Atau adakah di sudut hati masih dipanjatkan doa untuk pembebasan Palestin?
Sedangkan menghadiri usrah pun kita liat, inikan pula mahu berjihad di jalan Allah.
Bangkitlah pemuda-pemudi Islam sekalian, jangan biarkan agamamu ini disembelih sewenang-wenangnya!
Terkadang kita merasa marah apabila kaum kufar menghina agama kita dengan cara yang pelbagai. Kita merasa sakit hati apabila saudara kita di Palestin di sakiti. Tetapi itu semua belum memadai seandainya tidak ada tindakan yang kita lakukan.
Pergi berusrah!
Perkara semudah itu kita tidak mampu. Bagaimana agaknya kita mahu menambah ilmu agar dapat membela agama ini satu hari nanti? Agar dapat membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis laknatullah?
Friday, 9 April 2010
Struktur Organisasi Kempen 2010/11
STRUKTUR ORGANISASI KEMPEN
PENAUNG
PERUBATAN Pusat
PENASIHAT
Abdul Hadi b Mohd Zuki
EX-OFFICIO
Naim b Sarfaraz Ahmad
Duratulโain bt Muhamad Nazri
Mohd Shafiq b Paridin
Nurul Najuwa bt Sazali
PENGARAH
Muhammad Farhan bin Ahmat Murtza
TIMBALAN PENGARAH
Nurhidayatul Husna bt Johari
SETIAUSAHA DAN BENDAHARI
Najiah bt Abdul Rahim
AJK UNIT SUMBANGAN DAN PENYEBARAN MAKLUMAT
Nur Haizum bt Mohd Noor
Azhani Nurlini bt Nor Azmi
Nur Adila bt Md. Yusuf
Muhamad Faizuddin Syah
Nur Fadzilah bt Mohd Muhauyidin
Noor Ashikin Nordin
AJK UNIT TEKNIKEL DAN ARTIKEL
Muhamad Azhar b Mat Naziz
Nur Hamizah bt Noor Apandi
Nur Atiqah bt Abdul Rahim
AJK UNIT TUGAS-TUGAS KHAS
Muhammad Nor Syafiq
Wan Muhammad Faiz bin Wan Hassan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
**Unit/ Jawatan mungkin akan berubah di masa akan datang mengikut kesesuaian dan persetujuan ahli mesyuarat
BIDANG TUGAS
EX-OFFICIO
1- Menyemak laporan gerak kerja
2- Memantau perjalanan kempen supaya berjalan dengan lancer
3- Menyemak artikel sebelum diterbit dan diedarkan
PENGARAH
1- Mempengerusi dan menyediakan agenda mesyuarat AJK Kempen
2- Memastikan dan mengawal keseluruhan gerak kerja kempen supaya berjalan dengan baik dan lancar
3- Menyelesaikan sebarang masalah yang timbul
4- Mengumpulkan wang yang dikutip oleh AJK Unit Sumbangan dan Tabung Derma (ikhwah)
5- Membantu Ex-Officio dalam menyemak artikel AJK
6- Mengumpul maklumat AJK Kempen bagi memudahkan urusan gerak kerja
TIMBALAN PENGARAH
1- Membantu tugas Pengarah dalam menyelenggara dan menyelesaikan sebarang gerak kerja di pihak akhwat
2- Menggantikan tempat Pengarah ketika ketiadaannya
3- Mengawasi dan memastikan segala perjalanan kempen di peringkat akhwat berjalan dengan lancar
4- Membantu Pengarah dalam menyusun laporan lengkap
SETIAUSAHA /BENDAHARI
1- Mencatit minit mesyuarat dalam setiap mesyuarat KPP
2- Menfailkan setiap minit mesyuarat untuk rujukan Pengarah ataupun Ex-Officio
3- Membuat laporan secara terperinci mengenai kutipan
4- Menyerahkan wang beserta laporan lengkap kutipan kepada kepada Pengarah atau Timbalan Pengarah pada setiap hujung bulan
5- sekiranya terdapat sebarang masalah
6- Bekerjasama dengan unit-unit lain
AJK UNIT SUMBANGAN DAN PENYEBARAN MAKLUMAT
1- Membuat kutipan Tabung KPP di kelas dan rumah-rumah yang telah dibahagikan
2- Membuat laporan kasar mengenai kutipan
3- Menyediakan laporan wang yang digunakan bagi tujuan kempen
4- Menyerahkan wang beserta laporan kasar kutipan kepada Bendahari pada setiap hujung bulan
5- Mengedarkan poster kempen untuk setiap rumah di kelas ataupun di rumah pelajar sendiri mengikut kesesuaian.
6- Mengedarkan risalah lengkap barangan boikot antarabangsa dan di Mesir
7- Merujuk kepada Pengarah dan Timbalannya sekiranya terdapat sebarang masalah
8- Bekerjasama dengan unit-unit lain
AJK UNIT TEKNIKEL DAN ARTIKEL
1- Membuat artikel mingguan
2- Membuat penanda buku mengenai senarai ringkas barangan boikot antarabangsa
3- Menyerahkan artikel untuk disemak oleh Ex-Officio atau Pengarah selewat-lewatnya pada hari Ahad setiap minggu
4- Menyediakan tayangan slaid sekiranya terdapat peluang untuk diselitkan di dalam program-program PCZ mengikut keperluan
5- Mengadakan pameran berkenaan KPP sekiranya perlu
6- Merujuk kepada Pengarah dan Timbalannya sekiranya terdapat sebarang masalah
7- Bekerjasama dengan unit-unit lain
AJK UNIT TUGAS-TUGAS KHAS
1. Membuat kutipan Tabung KPP dari rumah ahli PCZ ikhwah dari semua kamsis
2. Membuat kutipan pakaian untuk diserahkan kepada PROSMA setelah mendapat arahan Ex-Officio
3. Melaksanakan sebarang perkara-perkara lain yang dirasakan perlu untuk KPP atas arahan Pengarah atau Ex-Officio
4. Bekerjasama dengan unit-unit lain