Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Sunday 11 April 2010

Peluang Itu Selagi Ada

Disediakan oleh:
Nurhidayatul Husna Bt Johari



Nafsu memang selalu merajai diri.Hingga terlupa tanggungjawab yang harus dipikul.Kalau tidak masakan kita dengan senang hati tidak hadir ke kelas?Sedang doktor berhabis daya meletakkan usahanya.Apa ilmu doktor itu tidak bergunakah?Kita masih membuang masa yang kononnya lapang itu dengan bergelak tawa bersama rakan.Buku dibiar tersusun di rak,kemas tidak bersentuh.



Kita tahu bagaimana rakyat Palestin begitu gigih mencari ilmu.Lihat saja khemah-khemah di sekeliling runtuhan rumah.Lihat pula semangat anak-anak Palestin berpakaian uniform ke khemah itu.Mahu bermainkah?Tidak.Mahu mencari ilmu.Biar ilmu penuh di dada,kemudian kita rancang strategi bijak.Zionis harus dijatuhkan,Palestin harus dikembalikan semula.

Tahanan penjara juga ramai yang berdaftar di universiti-universiti seluruh dunia.Sehingga mampu menghabiskan pengajian mereka secara online.Kita harus malu sahabat.Ketika kita masih berat-berat mahu mengkhatamkan Ophthalmologi,dia selesai sijil doctor falsafahnya dalam bidang sains politik.



Jadi kembalikan semangat kita.Belajar kerana Allah,bukan kerana peperiksaan semata. Bersusah-susah itu kebiasaan.Kerana letih itu akan hilang,kebahagiaan pula akan datang.Biar Islam ditinggikan dengan warga ilmuan.Itu tanggungjawab rakyat Palestin,itu juga tanggungjawab kita.Kerana kita warga Muslim sedunia.

1 comment: