Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Sunday 11 April 2010

Artikel KPP Bil 3

Palestin dalam sejarah..


Zaman Awal Manusia menduduki Palestin sejak zaman purba. Buktinya Jericho-kota tertua di dunia. Pada tahun 1000 ke-3 sebelum masihi penduduk Palestin terus bertambah dan kotanya terus berkembang sehingga ia memiliki kekuatan ekonomi dan politik. Pada tahun 2500 SM, bangsa Aram, Kan’an, Yabus dan Fenicia berhijrah dari Semenanjung Arab ke tanah Palestin.

Bangsa Kan’an
Jumlah perpindahan bangsa Kan’an sangat besar sehingga akhirnya menjadi masyarakat peribumi di sana. Mereka telah membina Bait Al Maqdis. Bait Al Maqdis telah menjadi pusat ketamadunan di mana sebuah kerajaan telah terbina. Selain itu, mereka mengasaskan bandar baru seperti Usdud, Aka dan Gaza, serta membina kuil dan menganggap Bait Al Maqdis sebagai Bandar suci.

Empayar Mesir
Bait Al Maqdis tunduk di bawah pemerintahan Mesir apabila kekuasaan Haxos runtuh dan Palestine dikuasai Mesir secara mutlak.

Bangsa Palestin
“Bangsa Pelaut” ataupun kemudiannya dikenali sebagai bangsa Palestin menyerang wilayah pesisir Syam dan Mesir tetapi Ramses III berjaya mengusir mereka. Namun begitu, mereka diizinkan untuk mendiami selatan Palestin. Mereka telah membangunkan 5 kerajaan dan membina kota baru. Bangsa Palestin bercampur dengan bangsa Kan’an. Mereka telah memberikan nama Palestin sempena dengan nama mereka.

Kerajaan Bangsa Yahudi
Bangsa Yahudi telah datang ke Palestin dari timur Jordan di bawah pimpinan Yashou yang menggantikan Nabi Musa AS untuk memimpin mereka menyeberangi sungai Jordan. Mereka dapat menakluk Jericho. Kemudian mereka berusaha untuk menakluki Jerusalem tetapi gagal kerana bilangan mereka yang kecil. Semasa Nabi Daud AS menjadi raja, baginda berjaya menyatukan bangsa Yahudi. Baginda menjadikan Bait Al Maqdis sebagai ibu kota. Bangsa Yahudi menganggap kota ini sebagai kota suci setelah peti Taurat dipindahkan ke sana oleh Nabi Sulaiman. Selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS, Jerusalem menjadi ibu kota kerajaan Selatan manakala ibu kota kerajaan Utara adalah Nablus. Bait Al Maqdis diserang oleh kerajaan Utara beberapa kali.

Empayar Mesir Shishak (firaun) menguasai Bait Al Maqdis. Bait Al Maqdis, harta Haikal Sulaiman dan harta rampasan perang.

Kerajaan Asyur Seorang pahlawan bangsa Asyur mengembalikan penduduk asal Bait Al Maqdis setelah menyerang kerajaan Israel.

Kerajaan Mesir Tentera Mesir telah menawan kerajaan Selatan dan meneruskan serangan ke utara. Jatuhlah kerajaan Israel.

Kerajaan Babilon Maharaja Bukhtanasar telah menguasai Bait Al Maqdis.

Empayar Parsi Maharaja Parsi berjaya menakluki Negara Chaldania Babilon pada tahun 539 SM dan memperluaskan pengaruhnya hingga seluruh wilayah Palestin.

Penawanan Alexander Makedonia Tahun 332 SM, penguasa Makedonia, Alexander dapat menduduki Palestin dalam kempennya. Sejak itu Palestin memasuki Era Helenistik Yunani hingga 63 SM.

Pemerintahan Ptolemaik Kematian Alexander menyebabkan pembahagian kerajaan. Sebahagian Palestin jatuh ke tangan salah seorang jeneral Alexander, Ptolemy 1 Soter.

Kerajaan Seleucids
Bangsa Selecuids mendominasi Palestin setelah menang dalam pertempuran Banion dan meraih kemenangan yang gemilang atas bangsa Ptolemik. Rejim kekuasaan bertukar menjadi warisan , pemimpin menganggap diri seperti raja. Yahudi dibebaskan daripada kewajipan membayar pajak. Simon dilantik menjadi raja. Pada era raja Yahudi Alexander Janous, rejimnya meluas sehingga ke Trans-Jordan

Empayar Rom Pompel, pemimpin Rom telah memasuki Bait Al Maqdis dan menukar nama Hierosolyma.
Empayar Parsi Tahun 40 SM, orang-orang Parsi menyerang Palestin dan melantik Ante Johanous sebagai penguasa dan ketua para pendita.

Empayar Rom 37 SM, Rom dapat menakluk Parsi dan mengembalikan kekuasaannya yang hilang di Palestin. Tahun 6 M institusi beraja digantikan dengan pemerintahan gabenor. Bangsa Yahudi melancarkan pemberontakan terhadap Gabenor Rom pada tahun 66 M tetapi berjaya ditumpaskan oleh panglima tentera Rom Titus. Dia berjaya memasuki Jerusalem, melakukan pembunuhan dan pembakaran sehingga semuanya musnah. Jerusalem menjadi kota mati dan tawanan dijual sebagai hamba. Bangsa Yahudi kembali memberontak dibawah pimpinan Simon dari tahun 132-135 M. Dia berjaya mengumpulkan Yahudi dalam jumlah yang besar namun masih berjaya dikalahkan oleh tentera Rom.

Empayar Rom Timur (Baizantin)
Bait Al Maqdis menjadi bandar Kristian setelah Maharaja Kostantinople memeluk agama tersebut. Kristian diiktiraf sebagai agama rasmi Negara. Ratu Helen telah membina Gerja Akhirat di Bait Al Maqdis, Gereja Mahdi di Bait Laham dan Gereja Basyirah di Al Nasirah

Empayar Parsi
Maharaja Parsi, Khusrau II menawan Jerusalem pada 614-628 M. ramai penduduk di bunuh dan gereja dimusnahkan. Tahun 628 M, Jerusalem dirampas kembali oleh Rom Timur.

Zaman Pembukaan Islam

Perang Mu’tah merupakan permulaan pertembungan antara umat Islam dan Byzantine. Setelah melalui beberapa peperangan antaranya perang Al Riddah dan perang Ajnadin. Setelah kematian Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA memerintahkan tentera Islam untuk meneruskan peperangan. Melihat kaitan Bait Al Maqdis dengan Islam, Saidina Umar RA bersungguh-sungguh untuk membuka Bait Al Maqdis. Tentera Islam disatukan dan berjaya menewaskan Rom dan mengusir mereka sepenuhnya daripada Palestine. Pasukan Islam akhirnya berjaya masuk ke Palestin dan mengadakan perdamaian. Ia dipersetujui oleh para paderi dan Yahudi tidak dibenarkan menetap di Palestin. Sejak itu, banyak kabilah-kabilah berpusu-pusu masuk ke Palestin majoritinya beragama Islam. Selepas pembukaan, Bait Al Maqdis menjadi pusat ketamadunan Islam.

Khilafah Umawiyah
Khalifah Abdul Malik membina kubah batu di tempat Nabi SAW, serta Masjid Al Aqsa yang kekal hingga kini. Khalifah Sulaiman pula membina Masjid Putih di Al Ramlah.

Khilafah Abbasiyah

Pembangunan bercirikan Arab diperhebatkan oleh Khalifah Al Makmun dan anaknya Al Mahdi. Muncul juga generasi baru kesan kahwin campur antara orang arab dan orang tempatan.

Kerajaan Tulun
Kurun ke-3 H, kerajaan Tulun telah berjaya merampas Lubnan, Syria, Palestin dan Mesir kesan daripada kelemahan cengkaman Khilafah Abbasiyah.

Zaman Kacau Bilau
Kurun ke-4 H,golongan Qaramitah telah menyerang dan menawan Syam dan Palestin. Selepas itu Palestin telah diperintah beberapa kerajaan antaranya Fatimiyah dan Saljuk.

Penaklukan Kristian (Perang Salib)
Tentera Eropah mengepung dan menawan Bait Al Maqdis. Baba Urban II menyeru penganut Kristian agar membebaskan kubur Al Masih daripada umat Islam dan membersihkan Palestin dari mereka. Perang Salib berlangsung hampir 2 kurun. Tentera Kristian telah menawan Al Ramlah, Yafa dan mengepung Bait Al Maqdis. Selepas sebulan dikepung, Bait Al Maqdis yang berada di bawah naungan Mesir pada masa itu menyerah kalah pada 1099 M. Tentera Kristian membunuh 70 000 penduduk Bait Al Maqdis dan mengumumkan Palestin sebagai negara Kristian.

Perang Hittin
Salahuddin Al Ayyubi menyempurnakan pembebasan Palestin yang dimulakan oleh Nuruddin Zenki dalam perang Hittin. Apabila kota tersebut dibuka, penduduk bangsa Yahudi di Bait Al Maqdis bertambah dengan pantas.
Kerajaan Mamalik Kerajaan menamatkan ancaman Eropah dan Tartar. Mereka telah membaiki kesan sejarah antaranya Masjid Al Aqsa. Kerajaan ini juga berjaya membendung kemaraan tentera Mongol yang kejam dalam perang Ain Jalut. Mamalik telah membahagikan wilayah tadbir, membina sekolah dan memperbaiki Masjid Al Aqsa, Kubah Batu dan Masjid Nabi Sulaiman AS. Khalil b Qalawun telah membebaskan saki baki Bandar-bandar Palestin yang masih dalam genggaman tentera Salib

Empayar Uthmaniyah
Tahun 1516 M,Bait Al Maqdis telah menadi naungan Empayar Islam Uthmaniyah selepas menewaskan kerajaan Mamalik dalam perang Marj Babak. Bait Al Maqdis diperbaiki pada zaman Sulaiman Al Qanuni. Palestin selatan di bawah wilayah Syam dan berpusat di Damsyik.

Serangan Napoleon
Menyerang pada 1799 M selepas menawan Mesir. Namun begitu ia gagal apabila ditewaskan di Aka.

Serangan Muhammad Ali
Merupakan gabenor Mesir. Ingin meluaskan pengaruh kerajaannya hingga ke Syam. Disebabkan layanan buruk anak nya terhadap rakyat, berlaku pemberontakan. Pemerintahan ini hanya bertahan selama 10 tahun. Akhirnya Syam kembali ke Empayar Islam Uthmaniyah.

Perjanjian Sikes-Beco 1916 M
Ditandatangani oleh Britain dan Perancis untuk membahagikan wilayah Arab kepada 2. Lubnan dan Syria di bawah Perancis, Iraq dan Jordan di bawah Britain, manakala Palestin sebagai kawasan antarabangsa.

Naungan British
Selepas Perang Dunia Pertama 1918 M, Bait Al Maqdis dan seluruh Palestin telah jatuh ke tangan British selepas Empayar Islam Uthmaniyah tewas. Maka bermulalah perpindahan besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin. Bait Al Maqdis sebagai ibu kota selama 1918-1947M.

Jajahan Israel
Pada 1948 M, Bait Al Maqdis dibahagikan kepada Bait Al Maqdis Barat yang diperintah Israel dan Bait Al Maqdis Timur yang diperintah Jordan. Israel mengisytiharkan Bait Al Maqdis Barat sebagai ibu kota. Jun 1967 M, Israel menawan Bait Al Maqdis Timur atas nama pembebasan dan penyatuan.



------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengapa perlu kita pertahankan?

Dari sejarah, bangsa Yahudi memerintah Bait Al Maqdis selama 400 tahun sahaja manakala kerajaan babilon, Parsi, Yunani, dan Rom telah memerintah selama 12 kurun sehingga ia telah dibuka oleh kerajaan Islam dan berada di bawahnya selama 12 kurun. Ini jelas menunjukkan Bait Al Maqdis tidak pernah menjadi Bandar bangsa Yahudi.
Sesungguhnya majoriti penduduk Palestin datang dari Jazirah Arab dan memang berhak diakui sebagai penduduk wilayah ini hingga sekarang.

Umat Islam adalah lebih berhak untuk mewarisi peninggalan para Nabi Bani Israel. Kesinambungan dakwah yang dibawa para Nabi adalah kebenaran yang diteruskan umat Islam sekarang.

Bait Al Maqdis dan Palestin mempunyai nilai yang tersendiri dalam Islam. Sebagai kiblat pertama dan tanah suci yang ke-3 selepas masjid Al Haram dan Masjid Al Nabawi serta merupakan tempat tinggal kebanyakan para Nabi dan Rasul.

Justeru, sudah menjadi kewajipan kepada umat Islam agar kesucian dan kehormatan Masjid Al Aqsa sentiasa terpelihara daripada tangan-tangan yang cuba merosakkan Islam.




Artikel Penuh (muat turun dengan klik kanan dan "Save link as"):
Page 1 | Page 2 | Page 3

No comments:

Post a Comment