Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”
Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Saturday, 22 May 2010

Ringankan Beban,Kembalikan Senyuman

Oleh : NAJIAH Abdol Rauh


ZAGAZIG,  1  Mei  -  Unit Kempen Prihatin Palestin (KPP) di bawah Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2010/2011 telah menganjurkan Program Kutipan Perdana.Kutipan perdana ini dilaksanakan sebagai intensif terakhir kutipan sebelum penangguhan KPP sempena musim peperiksaan. Program ini beroperasi selama 7 hari bermula pada 24 April 2010 sehingga 1 Mei 2010 yang melibatkan semua pelajar Kuliah Perubatan, Kuliah Farmasi dan pelajar Kuliah Pengajian Islam Universiti Al-Azhar di Zagazig.

Sebagai menambah lagi pengetahuan mengenai Palestin,dua artikel telah diedarkan sepanjang program ke setiap rumah.Turut disertakan artikel dan video ‘trailer’ program di dalam blog KPP.Di samping itu,program ini juga mengadakan jualan makanan “Food for Us, Food for Gaza” yang berkonsep ‘membeli sambil menderma’ seperti Nasi Lemak, Pau, Karipap, Ayam Masak Merah, Ikan Masak Kicap, Nasi Ayam Gaza dan Nasi Ayam Paprik bagi menambah kutipan.

Hari Kutipan Perdana pula dilaksanakan pada hari Selasa bersamaan 27 April 2010.Penerangan oleh AJK pelaksana mengenai program ini turut menekankan kesedaran daripada setiap ahli tentang kepentingan menyumbang kepada rakyat Palestin secara total. Sambutan yang agak menggalakkan dari setiap ahli turut diterima. 

Keuntungan dari jualan makanan berjumlah LE 2346.Keseluruhan kutipan yang berjaya dikumpul dianggarkan berjumlah USD 2254.

Dengan berakhirnya jualan makanan makan malam pada 29 April 2010, maka berakhirlah program Kutipan Perdana Kempen Prihatin Palestin. Program ini berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaupun dalam keadaan masa yang singkat dan tenaga kerja yang tidak mencukupi. Semoga usaha yang sedikit ini mampu meringankan beban serta mengembalikan senyuman saudara kita di Palestin.

Sunday, 25 April 2010

Food for Us, Food 4 Gaza

Food for Us
Food 4 Gaza!!!
'Jom membeli sambil menderma!!'


     
*klik gambar untuk paparan teliti


     -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                         
    MENU 

                        SARAPAN                                                                 MALAM
                         --------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISNIN                 Nasi Lemak                                      Nasi + Ayam masak merah
                    (5.00 LE)                                                      (6.50 LE)

SELASA         Karipap (3biji)                                     Nasi + Ikan masak kicap
                    (2.00 LE)                                                      (5.00 LE)

RABU               Nasi Lemak                                              Nasi Ayam Gaza
                    (5.00 LE)                                                      (6.50 LE)

KHAMIS               Pau                                                  Nasi + Ayam Paprik    
                   (2.00 LE)                                                       (6.50 LE)
            ---------------------------------------------------------------------------------------------------------



MASA TEMPAHAN         SEHARI SEBELUM PENGHANTARAN
                               Sarapan: Sebelum 12 t/hari
                               Malam: Sebelum 12 tgh malam


MASA PENGHANTARANSEHARI SELEPAS TEMPAHAN
                              Sarapan: 6.30 Pagi
                              Malam: Selepas maghrib


UNTUK TEMPAHAN, SILA HUBUNGI:

Naim Sarfaraz Ahmad (Ikhwah) - 011 764 2720
Azhani Nurlini (Akhawat) - 016 311 4435



"Setiap Keuntungan Disalurkan ke Palestin"

Program Kutipan Perdana KPP


PROGRAM KUTIPAN PERDANA KPP

ANJURAN : 
UNIT KEMPEN PRIHATIN PALESTIN 
UNIT KEBAJIKAN PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2010/11



PENDAHULUAN
Program Kutipan Perdana KPP merupakan usaha mengumpul kutipan sumbangan besar-besaran Unit KPP PERUBATAN Cawangan Zagazig berdasarkan kesinambungan usaha-usaha KPP yang lalu. Program ini bertujuan untuk mengumpul kutipan sumbangan sebelumnya atau semasa bersama sebagai intensif terakhir sebelum unit ini melabuhkan tirainya untuk musim ini memandangkan musim peperiksaan yang bakal menjelang.  

Program Kutipan Perdana KPP ini dijalankan oleh Unit Kempen Prihatin Palestin (KPP) dibawah pantauan Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Zagazig 10/11. Justeru,Program Kutipan Perdana KPP ini adalah medium untuk menyambut seruan rakyat Palestin dengan sedaya upaya kudrat Allah S.W.T bagi merialisasikan amanah yang murni ini.

OBJEKTIF
a)     1. Mempergiat dan memperhebatkan kutipan bagi Program Kutipan Perdana KPP kepada ahli PCZ khususnya dan azhar umumnya.
b)      2.Membantu mengumpulkan dana keseluruhan pada musim ini untuk penduduk Palestin bagi mencapai sasaran maksimum.
c)      3.Memupuk kesedaran total kepada ahli PCZ dan azhar pada pentingnya isu umat Islam di Palestin khususnya.
d)     4. Merapatkan ukhwah islamiah dalam kalangan ahli PCZ dan azhar

SASARAN
Semua ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ)  Kuliah Perubatan, Kuliah Farmasi dan mahasiswa Kuliah Al Azhar di Zagazig
  
TARIKH:
24 April 2010 – 1 Mei 2010