Rabu ,
23/03/2011 - 4 roket telah dilancarkan ke Jerusalem
dan hanya mencederakan seorang penduduk Israel, kemudian Tentera Israel Berjaya
membunuh 2 penduduk Palestin dalam serangan balas. Namun sekurang-kurangnya 10
orang telah meninggal dunia dalam minggu ini termasuk 2 kanak-kanak
Rabu , 23/03/2011 – Seorang pendatang Yahudi
bersenjata cuba menyerang Masjid Al-Aqsa melalui Maghariba Gate Ahad malam
lalu, namun penjaga Masjid dan pengawal berjaya menangkap dan mengecewakan
niatnya untuk membunuh jemaah Muslim.
Sumber tempatan menyatakan pendatang itu melalui jalan
Al-Maghariba, naik ke atasnya dan kemudian cuba untuk memanjat dinding Masjid
sebelum ia ditemui pengawal.
Selepas mereka datang untuk menangkap penduduk itu, polis Israel
menyatakan dia mabuk sebagai alasan untuk menafikan apa yang berlaku.
Isnin , 28/03/2011 – Syarikat penerbangan rasmi
Mesir (Egypt Air), mengeluarkan Israel dari laman webnya sebagai salah satu
destinasi penerbangan pesawat mereka.
Rabu lalu, akhbar Yedioth Ahronoth berkata penumpang Israel yang
ingin melakukan perjalanan melalui lapangan terbang Ben-Gurion tidak akan
menemui Israel sebagai destinasi pada laman web EgyptAir.
Akhbar itu mendakwa EgyptAir merupakan syarikat pertama yang
mengeluarkan Israel dari peta syarikat penerbangan, sementara penerbangan
seperti Royal Jordan dan Turki dan masih mengandungi Israel sebagai destinasi.
Semua penerbangan antara Kaherah dan Israel dihentikan sementara
selepas tercetusnya revolusi Mesir Januari lalu.












