Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Tuesday 1 June 2010

Masyarakat Dunia Kutuk Israel

Ratusan ribu masyarakat dunia hari ini mengadakan protes terhadap kebiadapan tentera rejim Israel yang menceroboh misi konvoi flotilla keamanan ke Gaza.  Serangan tentera Israel keatas Kapal Mavi Marmara semalam menyebabkan 19 orang terkorban dan lebih 50 orang cedera. 12 jam yang lalu, tiada maklumat diperolehi kerana semua sistem komunikasi yang menghubungkan mereka dengan darat dan balai berita telah disekat oleh tentera Israel.

 Kapal Mavi Marmara merupakan kapal induk konvoi kemanusiaan ke Gaza dibawah NGO Turki Insani Yardim dalam misi memberi bantuan kepada penduduk Gaza.
Hari ini, laporan terakhir mengatakan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang oleh komando rejim Israel menyebut bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara. Menurutnya lagi, kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dalam keadaan kosong
Penumpang aktivis kebanyakkannya memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan lain-lain semantara selebihnya berasal dari negara yang tiada hubungan diplomatic dengan Israel.
Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah, maka Israel maka mereka akan dihantar pulang  secara  langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv.
Manakala bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik, ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka.

  Sumber : Al Jazeera.net

Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta Amerika Syarikat.
Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan kerajaan Israel selesai.


 Sumber : Al Jazeera.net. CNN Turk

No comments:

Post a Comment