Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Tuesday 1 June 2010

Propaganda Israel

Sumber imemc.org
Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa Israel akan meneruskan pengepungan ketenteraan ke atas Jalur Gaza dan pendirian ini tidak akan berubah selagi Hamas masih bergerak dan menguasai Gaza.

Merujuk kepada serangan ganas Israel ke atas Armada Pembebasan,Netanyahu menggambarkan tentera mereka sebagai hero dan Armada Pembebasan sebagai pengganas,bukan armada yang membawa misi keamanan.Ini dikuatkan lagi dengan bukti bahawa kapal-kapal tersebut membawa gergaji,kapak,pisau,belantan,palang besi dan kemungkinan mereka juga membawa senjata api.

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Menteri Dalaman Israel,aktivis-aktivis berasal dari negeri berikut :

Australia, 3, Azerbaijan, 2, Ireland, 9, Indonesia, 12, Algeria, 28, Italy, 5, Ireland, 9, Bosnia, 1, United States, 11, Bulgaria, 2, Belgium, 5, Bahrain, 4, South Africa, 1, United Kingdom, 31, Holland, 2, Germany, 11, Yemen, 4, Macedonia, 3,Greece, 38, Kuwait, 15, Jordan, 30, Malaysia, 11, Mauritania, 3, Lebanon 3, Egypt, 3, Syria, 3, Morocco, 7, Norway, 3, Pakistan, 3, Kosovo, 1, Serbia, 1, New Zealand, 1, Pakistan, 3, Oman, 1, France 4, Sweden, 11, Canada, 1, Czech Republic, 4, Turkey, 380.

Semua aktivis yang terbunuh masih berada di Institut Perubatan Forensic Abu Kabir untuk dibedah siasat.
 

 Demonstrasi keamanan di tanah air- Reuters

Sumber palestinkini.info
Tentera Laut Israel telah menyekat semua talian komunikasi di atas kapal Konvoi Kebebasan,menyekat isyarat telefon dan sambungan internet yang terdapat di atas kapal tersebut.Agensi Berita Malaysia,Astro Awani serta stesen TV Al-Jazeera meminta kerajaan Israel supaya memberikan maklumat serta perlindungan ke atas wartawan stesen masing-masing kerana mereka terputus hubungan sejurus serangan ganas Israel itu.

Tentera Israel juga mendakwa kapal-kapal tersebut membawa barang-barang "risiko keselamatan"-termasuk krayon,pensil,peralatan perubatan dan bahan bangunan yang dikhuatiri digunakan untuk membuat bahan letupan.

 Israel mendakwa barang-barang seperti ini memberi "risiko keselamatan"

No comments:

Post a Comment