Rabu ,
23/03/2011 - 4 roket telah dilancarkan ke Jerusalem
dan hanya mencederakan seorang penduduk Israel, kemudian Tentera Israel Berjaya
membunuh 2 penduduk Palestin dalam serangan balas. Namun sekurang-kurangnya 10
orang telah meninggal dunia dalam minggu ini termasuk 2 kanak-kanak
Rabu , 23/03/2011 – Seorang pendatang Yahudi
bersenjata cuba menyerang Masjid Al-Aqsa melalui Maghariba Gate Ahad malam
lalu, namun penjaga Masjid dan pengawal berjaya menangkap dan mengecewakan
niatnya untuk membunuh jemaah Muslim.
Sumber tempatan menyatakan pendatang itu melalui jalan
Al-Maghariba, naik ke atasnya dan kemudian cuba untuk memanjat dinding Masjid
sebelum ia ditemui pengawal.
Selepas mereka datang untuk menangkap penduduk itu, polis Israel
menyatakan dia mabuk sebagai alasan untuk menafikan apa yang berlaku.
Isnin , 28/03/2011 – Syarikat penerbangan rasmi
Mesir (Egypt Air), mengeluarkan Israel dari laman webnya sebagai salah satu
destinasi penerbangan pesawat mereka.
Rabu lalu, akhbar Yedioth Ahronoth berkata penumpang Israel yang
ingin melakukan perjalanan melalui lapangan terbang Ben-Gurion tidak akan
menemui Israel sebagai destinasi pada laman web EgyptAir.
Akhbar itu mendakwa EgyptAir merupakan syarikat pertama yang
mengeluarkan Israel dari peta syarikat penerbangan, sementara penerbangan
seperti Royal Jordan dan Turki dan masih mengandungi Israel sebagai destinasi.
Semua penerbangan antara Kaherah dan Israel dihentikan sementara
selepas tercetusnya revolusi Mesir Januari lalu.
Selasa , 29/03/2011 - Ahli perubatan Gaza
menanti kelulusan Jawatankuasa Utama Ketenteraan yang telah diberikan kuasa di
Mesir untuk misi bantuan kemanusiaan bagi memasuki Libya berikutan daripada
ketiadaan majoriti staf perubatan kerana mereka telah meninggalkan negara.
“Kami sangat memahami kesengsaraan yang dirasai rakyat Libya,
memandangkan kami saban hari kami diserang dengan keganasan. Perasaan ini
merupakan motivasi terbesar kami untuk membantu rakyat Libya menerusi
tanggungjawab kemanusiaan dan professional, terutamanya setelah kebanyakan
paramedik telah meninggalkan Libya dan menyebabkan kekurangan paramedik.”
Khamis ,
31/03/2011 – Polis Zionis Israel hari ini tidak
semena-mena membuat persiapan memerangi rakyat Palestin atas tuduhan akan
terjadinya serangan ala guerila oleh rakyat Palestin. Pihak polis Zionis
mendakwa terdapat saksi yang nampak sebuah kereta yang ditinggalkan itu
dipenuhi dengan bom. Zionis-Israel sengaja menggunakan alasan seperti ini bagi
memerangi rakyat Palestin.
Jumaat , 01/04/2011 - Pengendali laman sosial
Facebook telah mengikut telunjuk dan arahan ZIonis-Israel dengan menutup terus
laman “Intifadah Ketiga”. Kerajaan rejim Zionis telah menghubungi Mark
Zuckerberg dan mengarahkan agar laman “Intifadah Ketiga” itu ditutp serta
merta. Zionis-Israel menyatakan laman Facebook itu telah banyak mendatangkan
masalah kepada rakyat Zionis.
Sebelum daripada itu, laman Facebook “Kemerdekaan Bagi Palestin”
juga telah menerima nasib yang sama. Laman itu telah ditutup tanpa ada
penjelasan. Jumlah ahli yang mengikuti seramai 21600.
Sabtu ,
03/04/2011 – Tiga penduduk Palestin maut dari
serangan udara Tentera Zionis pagi sabtu lepas dan dikatakan mangsa-mangsa
tersebut adalah Pejuang Hamas.
Selasa ,
05/04/2011 - Seorang anggota Biro Politik Hamas, Izzat
al-Resheq mengumumkan bahawa hubungan pergerakannya dengan kerajaan Mesir
adalah baik dan terus menunjukkan tanda-tanda positif lanjutan daripada
kunjungan-kunjungan
politik yang dilakukan Hamas ke Mesir.
politik yang dilakukan Hamas ke Mesir.
“Hubungan
antara Hamas dengan Kaherah terus bertambah baik selepas berlakunya revolusi
Mesir yang terkenal baru-baru ini,” kata Resheq. “..dan hari ini ini Mesir
semakin hampir menguasai jalan-jalan Arab secara umumnya dan Palestin secara
khususnya . Kuasa Mesir dalam dunia Arab semakin meningkat hari ini.
Hubungannya pula dengan Hamas adalah baik dan terus menampakkan tanda-tanda
positif.”
Selasa , 05/04/2011 – Pihak berkuasa rejim
Zionis (IOA) sedang merancang untuk merampas sejumlah 662 dunum ataupun 163.58
ekar tanah milik rakyat Palestin yang terletak antara Kampung Tur dan Kampung
Aissawayia di Bailtulmaqdis.
Menurut organisasi itu lagi, projek tersebut dijangka akan
diluluskan pada Isnin depan. Sebuah “Taman Negara” akan dibina bagi menyertai
taman-taman lain yang sudah pun dibina di sekitar pintu-pintu masuk ke Kota
Lama.
Walaupun
pertumpahan darah masih berlaku di Semenanjung Gaza, namun Kerajaan Israel
masih tidak mengaku mereka telah melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah
perang terhadap penduduk Palestin. Video – video “live” pengeboman penduduk
Palestin bagaikan video Maharaja Lawak bagi mereka. Tidak ada satu pun bukti
yang boleh membuatkan mereka sedar akan kesalahan mereka.
Terbaru,
PerdanaMenteri Israel,Benjamin Netanyahu mengarahkan Persatuan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) untukmenarik balik Laporan Goldstone selepas Richard Goldstone
iaitu merupakan ketua kepada perwakilan penyiasatan PBB membuat pendedahan yang
menyatakan kumpulan mereka sebenarnya tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk
mengatakanTentera Israel terlibat dalam jenayah perang semasa Operasi ‘Cast
Lead’ dijalankan pada tahun 2008.
Laporan
Goldstone diterbitkan secara rasmi pada September, 2009 dan konklusi bagi
laporan tersebut ialahTentera Israel telah melakukan jenayah perang dalam
Operasi ‘Cast Lead’.
Jika
Palestin dihujani peluru tentera laknatullah, sejatkanlah doa umat Islam ke
langit agar Allah menghujani bala kepada Israel.
Sumber
:
4. http://Palestinkini.info
Disediakan oleh : The Cerebro
No comments:
Post a Comment