5:30am :Semalam dua protes telah diadakan di Mesir.Yang pertama berlaku di luar kawasan kementerian luar negeri yang hanya disertai beberapa dozen rakyat manakala protes yang kedua di Ramses Square melibatkan beribu rakyat yang mengecam tindakan tentera Israel ke atas armada pembebasan.Protes seperti ini seringkali diabaikan sedangkan kerajaan Mesir sendiri berperanan mengawal ketat segala pergerakan keluar masuk manusia serta bantuan kepada Palestin menerusi rentasan Ouja.Hal ini menyebabkan segala bantuan terpaksa disalurkan melalui terowong bawah tanah secara rahsia.
(dilaporkan pihak Mesir juga sedang cuba menutup laluan ini)
(dilaporkan pihak Mesir juga sedang cuba menutup laluan ini)
" Adalah penting untuk mengetahui bahawa ini adalah protes terbesar berkaitan Palestin sejak perang di Gaza yang diabaikan.Kita akan melihat lebih banyak protes selepas ini termasuk pada hari Jumaat selepas solat...ketika Turki menghalau duta Israel dan Mesir ketika itu masih tidak melakukan apa-apa,ini adalah sesuatu yang sangat teruk bagi Kaherah."
11:27am :Presiden Mesir telah membenarkan supaya pintu Rafah dibuka supaya bantuan perubatan dan kemanusiaan dapat disalurkan.Dan beliau tidak memaklumkan tarikh tetap pintu ini ditutup semula (kebiasaannya pintu Rafah ini dibuka hanya untuk beberapa hari dalam satu masa).
- Tentera keselamatan Hamas membantu wanita
Palestin melintasi
sempadan Rafah - Gaza 15 May lalu.
(sumber Reuters)
Sumber: Al Jazeera.net , Reuters
No comments:
Post a Comment