Ratusan
ribu masyarakat dunia hari ini mengadakan protes terhadap kebiadapan tentera
rejim Israel yang menceroboh misi konvoi flotilla keamanan ke Gaza.
Serangan tentera Israel keatas Kapal Mavi Marmara semalam menyebabkan 19
orang terkorban dan lebih 50 orang cedera. 12 jam yang lalu, tiada maklumat
diperolehi kerana semua sistem komunikasi yang menghubungkan mereka dengan
darat dan balai berita telah disekat oleh tentera Israel.
Hari ini, laporan terakhir mengatakan misi kemanusiaan
Freedom Flotilla yang diserang oleh komando rejim Israel menyebut bahawa
sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara. Menurutnya
lagi, kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dalam keadaan kosong
Penumpang aktivis kebanyakkannya memiliki hubungan
diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan lain-lain semantara
selebihnya berasal dari negara yang tiada hubungan diplomatic dengan Israel.
Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan
diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah, maka Israel maka
mereka akan dihantar pulang secara langsung dengan menaikkan
pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv.
Manakala bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan
diplomatik, ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima
mereka.
Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera
menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah
Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta
Amerika Syarikat.
Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di
Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan
kerajaan Israel selesai.
No comments:
Post a Comment