Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Monday 30 May 2011

Kronologi Kedatangan Yahudi ke Palestin




1948! 
Tahun yang menjadi titik hitam bagi segenap umat Islam seantero dunia. Kota Suci Baitul Maqdis jatuh ke tangan kaum YAHUDI LAKNATULLAH. Kini sudah 63 tahun kekejaman dan kezaliman menyelubungi rakyat Palestin.

Kata -kata Sultan Salahuddin al-Ayubi," Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia!" Umat Islam hari ini tidak mengendahkan langsung tentang perihal ini. Kita sudah diracuni dengan pelbagai mutiara kata kaum Barat yang tidaklah sehebat mana. Tambahan pula, anak-anak muda pada hari ini sudah jauh terpesong dari laluan yang lurus kerana terpedaya dengan musik-musik serta budaya barat yang sangat mengasyikkan.Jikalau diimbau sejarah dunia, umat Islam telah berjaya memerintah 2/3 dunia lebih dari 4 abad. Tiada satu kuasa pun yang lebih hebat dari kuasa Islam. Sepanjang itu jugalah, Palestin berada dalam keadaan yang selamat di dalam pimpinan Islam. Namun begitu, setelah pihak kristian dan yahudi mula mengucar-kacirkan Palestin, kuasa Islam sebagai kuasa besar dunia juga sudah lupus.





1882-1904
Gelombang pertama penghijrahan pendatang haram Yahudi dari Eropah ke Palestin.




 
1897
Kongres Zionis pertama bertemu di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia(World Zionist Organization) ditubuhkan.





1904-1914
Gelombang penghijrahan kedua pendatang haram Yahudi.

 






2 November 1917
Menteri Luar England,Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin.

Lord Arthur James Balfour: http://en.wikipedia.org/wiki/Arthur_Balfour


 



9 Disember 1918, 
Tentera British menjajah Palestin.

24 April 1920,
 Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin.

Tahun 1936-39
Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan.





29 November 1947,
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melaluiJawatankuasa Khas mengenai Palestin telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara, sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB). Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Palestin.


9 April 1948,
Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagai kumpulan Irgun  (http://en.wikipedia.org/wiki/Irgun) dan Stern Gang (http://en.wikipedia.org/wiki/Stern_Gang)  melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan Baitul Maqdis.


 






14 Mei 1948
, Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara Israel. Amerika Syarikat menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram Israel.




1949
Pada penghujung tahun 1948, Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin. Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hidup dalamkeadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin.




5 Jun 1967, 
Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari' (http://en.wikipedia.org/wiki/6_days_war).  Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga Palestin dihalau dari kampug halaman mereka.


LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN SEMENJAK TAHUN 1948!




Kita semua ada pendapat masing-masing tentang penubuhan negara israel. Tetapi kita mengetahui dari sumber yang tidak tepat. Anda nilailah sendiri video ini. Jadi siapa yang  menjadi pendatang sebenarnya?

Saksikan video sejarah kedatangan Yahudi ke Palestin di sini...

 




 



 

"Our Palestine,Our Dignity"

Thursday 26 May 2011

Dolak-dalih Israel dan Misi Bantuan Keamanan







20/05/2011 – Seorang perusuh cedera ditembak oleh tentera Israel semasa menyertai demonstrasi jalanan untuk menuntup Palestin kembali. Jurucakap Tentera Israel, mereka mengaku menembak seorang perusuh di kaki kerana dia cuba mendekati sekatan yang dilakukan oleh Tentera Israel di sempadan Palestin-Israel. Demonstrasi ini di rancang melalui laman social Facebook.



21/05/2011 – Seorang remaja berusia 17 tahun, Ibrahim Mohammad Faraj dari Kem Pelarian An-Nuseirat meninggal dunia ditembak oleh tentera Israel. Mayat remaja tersebut dibawa ke Hospital Al-Aqsa.  Jurucakap Tentera Israel, mereka melepaskan tembakan rambang kepada remaja tersebut kerana dia merangkak kea rah pagar sempadan pada waktu malam.



22/05/2011 – Pihak berkuasa Israel melaporkan mereka akan membuka pintu masuk ke Gaza melalui Kerem Shalom pada 23/05/2011. PEgawai Perhubungan Rasmi Palestin mengatakan, pihak Israel akan membenarkan 300 trak dan 20 kereta untuk masuk ke Gaza, dan 82 dari trak yang dibenarkan masuk itu membawa muatan semen dan besi untuk tujuan pembinaan di bawah projek pembangunan semula oleh Agensi Pembangunan German.



23/05/2011–Mahkamah Tentera Ofer menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara bagi seorang kanak-kanak Palestin.  Amjad Ayid Abu Rahma ditangkap 4 bulan lalu kerana menyertai demonstrasi mingguan anti-tembok pemisah yang dibina Israel.



24/05/2011 – Presiden Barack Obama menuduh ‘Perjanjian Damai Hamas-Fatah’ merupakan punca utama yang menggangu rundingan damai antara Palestin-Israel yang sedang diusahakan. Tindakan Presiden Amerika ini adalah untuk menyokong kenyataan Perdana Menteri Israel yang mengatakan Perjanjian Daman Hamas-Fatah merupakan Pemusnah kepada perdamaian dan kemenagan besar bagi keganasan.




Info Misi Kemanusiaan 

       Kapal Bantuan Kemanusiaan Malaysia tidak ke Gaza.

Kapal MV Finch dari Yayasan Keamanan Perdana yang telah diserang oleh Israel pada 16 Mei, tidak akan meneruskan hajat mereka untuk berlabuh di Gaza kerana kerosakkan enjin. Namun bagaimanapun , mereka yang kini berlabuh di perlabuhan Mesir, mendapat kebenaran untuk memunggah barang bantuan yang dibawa dari Malaysia, kemudian bantuan tersebut akan disalurkan ke Gaza melalui Persatuan Pengaman PBB. Kapal MV Finch membawa bahan perpaipan untuk membaiki sistem perpaipan di Bandar Gaza.

    
      “Freedom Flotilla II” akan berlepas pada hujung bulan Jun 2011.
Sebanyak 15 kapal dari gabungan 22 Badan Bukan Kerajaan seluruh dunia dan disertai 1500 orang sukarelawan akan menyertai misi bantuan keamanan Flotilla kali kedua ini. Yayasan Bantuan Kemanusian IHH,  Bülent Yıldırım mengatakan ‘jika Israel bijak, mereka tidak akan mengganggu pelayaran bantuak kemanusiaan kali ini.’Beliau juga menegaskan, semua sukarelawan tidak akan membawa walaupun pisau poket bersama mereka semasa pelayaran.


Jika dilihat, Israel yang katanya sedang mengatur syarat untuk rundingan damai tiba-tiba menyelar Perjanjian Damai Hamas-Fatah. Ini adalah tidak lain lagi merupakan dalih yang mereka cuba gunakan untuk melambatkan proses Perjanjian Damai Palestin Israel. Bagi kita umat Islam yang masih berdalih-dalih untuk berjihad membantu Palestin, fikirlah dimana untuk meletakkan diri anda.


Saksikan sebuah filem terbaru dari Turki yg mengisarkan tentang kejahatan dan keganasan Zionis di Palestin yang juga member gambaran serba sedikit tentang kehidupan saudara kita disana. Sama-sama kita saksikan. 

Full Movie : VALLEY OF THE WOLVES PALESTINE
http://www.youtube.com/watch?v=ovnhXDNH4rw&feature=player_embedded#at=62







Disediakan Oleh:

The cerebro

Permakanan: Kita Ditipu Yahudi?



Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.





Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil" 

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.




1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.



2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.




3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.



4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.




 5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.




6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


sumber:http://tmnjawiindah.blogspot.com/2010/08/kebijaksanaan-yahudi-menipu-kita.html

Monday 23 May 2011

Memurnikan Jihad Kita seperti mereka



Masih ingatkan akan Shabra Shatila??? Kalau tak ingat atau tdakk pernah tahu, cubalah search kembali apakah peristiwa ‘Shabra Shatila’. Mudah ceritanya, peristiwa tersebut adalah pembunuhan beramai-ramai pihak Zionis terhadap umat Islam. Mungkin kian luput dari ingatan umat Islam...Jangan pula 10 tahun lg, bila ditanya serangan trhadap kapal kmanusiaan Marvi Marmara pun kita sudah lupa. Semoga semangat juang kita terus istiqamah, bukan hnya apabila setiap kali Israel melakukan kezaliman. Dan kalaupun begitu, seharusnya semangat kita takkan pernah pudar kerana kezaliman mereka berterusan hari demi hari. Setiap hari, ada saja pmbunuhan saudara seIslam kita. Mari kita lihat kembali hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

"Tak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri"



Kaki terpijak duri pun kita dah mengeluh menderita sakit..bagaimana pula saudara kita yang dibom dengan bom phosphorus yg membunuh itu. Luarnya kelihatan keperitan  penderitaan dan dalamnya meraung kepedihan akibat kesakitan melampau dan menyeksa. Kita sayangkan diri kita?? Kita tidak akan biarkan kesakitan sebegitu. Biasanya orang yang paling kita sayang tentulah keluarga kita. Cuba kita anggap dan lihat semua umat Islam lelaki yg lebih tua dari kita adalah ayah dan abang kita dan bagi perempuan yang lebih tua adalah ibu dan kakak kita sndiri dan juga mereka yang lebih muda adalah adik kita sndiri. 

Kenapa tak boleh? Bukankah umat Islam itu bersaudara dengan terikatnya hubungan kalimah syahadah. Jika begitu yg kita amalkan, tentunya kasih sayang akn terjalin dengan erat antara Muslim dan tentulah kasih sayang kita terhadap ibu bapa, abang kakak dan adik kita di Palestin lebih mendalam dan diterjemah dengan perbuatan dan doa kita.

Begitulah kisah perjuangan ditemani juga penderitaan saudara kita di Palestin. Jihad mereka dilakukan ikhlas lillahi ta’ala. Menegakkan syiar Islam dan juga untuk membebaskan Palestin tercinta dari belenggu kekejaman Zionis. Kita di sini, boleh berjihad dan berjuang seperti mereka Cuma method yang mungkin berbeza tetapi matlamat dan tujuan tetap sama. Kita tetapkan menuntut ilmu adalah jihad kita.  Manakala imtihan adalah umpama medan perjuangannya.

************************

Pernah sekali dalam satu ujian kecil, guru menegur pelajar yang kelihatan cuba menjenguk jawapan rakan sebelahnya ketika ujian. Teguran doktor tersebut disertakan dengan hadis berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”


Menipu. Banyak sebenarnya perkara yang boleh kita tipu. Luas penggunaannya, dalam percakapan dan perbuatan. Dalam perniagaan dan juga pembelajaran. Kita ambil keadaan kita sekarang yakni fatrah imtihan. Haa..munkin kita boleh terbayang akan penipuan dalam imtihan kan? Banyak cara yang ada malah jika pada yang ‘expert’ mungkin ada 1001 teknik nak menipu dalam imtihan.

Sememangnya bidang perubatan bukanlah satu bidang yg mudah. Tepu otak membacanya. Tapi kita kena yakin dengan apa yang kita usaha dan pertolongan Allah. Jangan pula kerana terkejut dngan soalan, lantas mngambil langkah untuk meniru. Mungkin kita berjaya meniru dan Allah mengizinkan kita berjaya dlm peperiksaan, namun pmbalasan daripada Allah tetap akan datang. Tak hari ini, esok..tak esok mungkin masa-masa akan datang dan tidak mungkin terlepas di akhirat kelak. Dan jika tidak terhadap diri kita, mungkin kesannya terhadap pesakit-pesakit kita atau org disekeliling kita yang kemudian natijahnya tetap kembali kepada kita. Sungguh,tak guna kita berjaya dengan meniru. Pelik juga, apabila kita berusaha bersungguh-sungguh tetapi bila sampai hari ujian dan bila kita sudah rasa ‘tak boleh’, kita mengmbil langkah yang mudah tetapi salah. Kita bermula dengan usaha yg baik tapi disudahi dngan penipuan. Rugilah kita...

Jika saudara-saudara kita di Palestin berjihad sepenuh jiwa dan raga mereka di medan peperangan sana. Anggaplah medan imtihan ini adalah medan jihad kita. Jangan cemarkan jihad kita dengan penipuan. Jangan di kala kita berjihad, kita tergolong di kalangan mereka yang tidak diakui oleh Nabi Muhammad S.A.W. sebagai golongannya Na'uzubillah...Bila di medan jihad, hanya ada dua keputusan : syahid ataupun kemenangan. Kemenangan memerlukan persiapan dan persediaan yang rapi dan bukanlah syahid disini bermakna gagal. Ingat! Org yang syahid itu tidak gagal bahkan lebih mulia disisi Allah...Begitu jga kita dlm imtihan, hendakkan kejayaan perlulah melalui usaha yang bersungguh dan keyakinan kepada Allah dan jika ditakdirkan Allah bukan rezeki kita untuk kjayaan kali ini, biarlah kita ‘syahid’ iaitu mulia disisiNya. Amat malang sekali jika kita memilih pilihan yang tiada dalam medan jihad iaitu ‘menipu’ dan seterusnya tergolong dalam kalangan mereka yg tak diakui sebagai kalangan umat Nabi Muhammad S.A.W. oleh baginda sendiri.Na'uzubillah...

Munkin gaji kita hasil dari perbuatan meniru itu halal , tetapi rezeki kita tidak akan diberkati Allah S.W.T. Mari elakkan dari perbuatan meniru dalam peperiksaan. Kejayaan disebabkan oleh  hasil perbuatan meniru adalah kejayaan palsu semata-mata kerana itu bukanlah kejayaan dari hasil usaha kita. 

Kepada yang pernah meniru dan sudah berjaya,ingat ada mungkin berjaya di dunia tetapi di akhirat belum tentu lagi. Bertaubatlah, semoga Allah menerima taubat kita dan gaji pendapatan yang kita dapat untuk menyara keluarga kita akan diberkati Allah. Oleh itu marilah kita menjadi 'pejuang' sejati yang bukan hanya inginkan kecemerlangan di dunia semata-mata malah kita mahukan kecemerlangan di akhirat yang lebih penting !! Wallau'alam...

Thursday 19 May 2011

Fakta-Fakta Mengenai An-Nakbah – Hari Bencana Besar Ketika Entiti Zionis Didirikan








Mengapa ribuan penduduk Palestin di Lebanon dan Suriah bergerak mendekati pagar-pagar yang menghalang mereka dengan tanah Palestin yang dikuasai Zionis pada hari Ahad 15 Mei lalu ?

Mengapa mereka berani menempuh pagar-pagar berduri dan berani berdepan muntahan peluru timah panas yang bakal merobek tubuh mereka?

Jawapannya: Mereka ingin pulang ke rumah-rumah yang terpaksa mereka tinggalkan pada 15 Mei 1948 karana askar-askar Zionis bersenjata menghalau, membunuh, memperkosa dan membakar serta merampas seluruh harta mereka.

Dengan baju di badan, tanpa alas kaki, mereka berjalan kaki berpuluhan,beratus malahan beribu-ribu kilometer untuk mencari tempat berteduh di Suriah, Lebanon, Yordan, Kuwait. 

Beberapa dari mereka masih menggenggam dan menyimpan hinggi kini anak-anak kunci pintu rumah mereka. Itulah sebabnya mengapa anak kunci menjadi lambang bagi al-haqqu al-audah – hak untuk kembali. The Right of Return.

Itulah An-Nakbah, Hari Bencana Besar, 63 tahun lalu yang menjadi titik awal mereka kehilangan  rumah, harta benda, sumber pertanian, sumber pendapatan, dan paling utama Masjid Al-Aqsa juga dirampas Zionis.

Itulah hari ketika ketika Zionis mengusir keluar penduduk Palestin untuk mereka membuat sebuah negara Yahudi.

Setelah rakyat Palestina diusir, rumah-rumah kosong milik mereka pun diduduki oleh penjajah Zionis.

Dalam bahasa Arab, An-Nakba atau An-Nakbah bermakna “Kehancuran”. Kehancuran yang kini  diraikan oleh Zionis sebagai ulang tahun mereka.

Terdapat beberapa fakta penting tentang An-Nakbah:

1. An-Nakbah sebenarnya adalah akar permasalahan dari konflik Palestin dan Zionis.
An-Nakbah ditetapkan pada tanggal 15 Mei, tepat sehari setelah Zionis mendeklarasikan ‘negara’ mereka pada tahun 1948.

2. An-Nakbah adalah peristiwa tragis yang menyebabkan krisis untuk penduduk Palestin.
Pada penghujung tahun 1948, dua per tiga populasi Palestin diusir oleh Zionis. Sekitar 50% dipaksa keluar dari tanah kelahiran mereka di bawah paksaan tentara Zionis.

Sisanya menyelamatkan diri karana pembunuhan rakyat Palestin dilakukan Zionis di mana-mana, seperti yang terjadi di Desa Deir Yassin dan Tantura.

 3. Pemimpin Yahudi memandang ‘transfer’ ini sebagai langkah penting dalam pembentukan 'negara Israel’.

‘Transfer’ yang dimaksudkan adalah pengusiran rakyat Palestin sebanyak mungkin, sebelum negara-negara Arab lain sempat membantu mempertahankan diri.

Pembersihan etnik ini disebut dengan Haganah, yang oleh Perdana Menteri ‘Israel’ pertama, David Ben Gurion, dijelaskan sebagai:

“Penggunaan pengganas, pembunuhan, rampasan perlahan-lahan, penyekatan layanan sosial untuk untuk menghapus populasi Arab yang ada.”

4. Ratusan kota dan desa Palestin dihancurkan sejak hari An-Nakbah.

Kaum Yahudi Zionis mengosongkan lebih dari 450 kota dan desa, sebagian besarnya dihancurkan.

5. Kemudahan dan barang berharga milik rakyat Palestin dirampas habis-habisan oleh Zionis.

Pemerintah ‘Israel’ mengambil kemudahan penduduk Palestn. Namun tidak ada penghargaan sedikitpun terhadap hak-hak rakyat Palestin, termasuk hak untuk kembali ke rumah mereka.

Apa yang hilang dari rakyat Palestin, diakui sebagai milik kaum Zionis; rumah, barang-barang pertanian, perabot, baju, buku, hingga haiwan peliharaan.

6. Sebagian rakyat Palestin tinggal di daerah yang diakui sebagai daerah ‘Israel’ dan mendapat perlakuan diskriminasi.

Meskipun sebagian besar penduduk Palestina diusir, sebagian lain bertahan di negera yang kini disebut sebagai negara ‘Israel’. Mereka mendapat hak untuk bekerja dalam sistem perkilangan, tetapi tidak mendapat hak istimewa yang hanya khusus bagi Yahudi.

7. Jutaan penduduk Palestin masih tersebar di penjuru dunia, hingga hari ini.

Saat ini, penduduk Palestin yang terdaftar di dalam data PBB berjumlah sekitar 4.4 juta orang. 

Dianggarkan masih terdapat 1 juta penduduk Palestin lainnya yang belum dicatat oleh PBB. Maka dapat disimpulkan, dari 10 juta rakyat Palestina, lebih dari setengahnya berstatus sebagai pelarian.

8. Hukum antarabangsa menetapkan bahawa para penduduk Palestin memiliki hak untuk kembali.
Seluruh pelarian Palestin di seluruh dunia sebenarnya memiliki hak yang diakui secara antarabangsa untuk kembali ke daerah asal mereka. Kemudian berhak pula menerima pampasan diatas kerugian yang dialami dari pengusir.

Inilah yang terjadi pada perjanjian damai seperti di Kamboja, Rwanda, Kroasia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Irlandia Utara, Kosovi, Burundi, dan Darfur.

Hak kembali ke daerah asal ini juga telah ditetapkan PBB bagi para pelarian Palestin pada Resolusi PBB 1948.

Akan tetapi, Zionis tidak mengendahkan peraturan tersebut dan tetap melarang pelarian Palestin yang ingin kembali ke rumah mereka.

9. Penyelesaian masalah hak para pelarian amatlah penting bagi kedamaian di Timur Tengah.

Majoriti rakyat Palestin bersepakat bahwa hak-hak mereka perlu dipenuhi terlebih dahulu, sebelum perdamaian antara Palestin dan ‘Israel’ mungkin tercapai.

Berdasarkan statistik pada Ogos 2007 yang diadakan oleh Pusat Komunikasi dan Media Jerusalem, sekitar 70 peratus masyarakat Palestin percaya bahawa kembali ke tanah air adalah hak setiap dari mereka.

Sumber : http://sahabatalaqsha.com

Monday 16 May 2011

Kapal Bantuan Kemanusiaan Malaysia Diserang Zionis


16 Mei - Kapal The Spirit of Rachel Corrie milik yayasan yang dipimpin mantan PM Malaysia Dr Mahathir siang ini diserbu dan ditembaki oleh pasukan Zionis di perairan Palestin,

Kapal yang membawa 7.5 km paip PVC yang dirancangkan untuk membina kembali sistem perparitan di Gaza itu diserang pukul 6.54 pagi waktu Yordan.


Penasihat politik Mahathir, Mathias Chang berkata, kapal kemanusiaan itu didekati dan dikelilingi oleh sebuah kapal angkatan laut Zionis yang kemudian melepaskan tembakan.


Tidak ada yang terluka, namun kapal tersebut kemudian dipaksa digiring ke perairan Mesir sekitar 1.5 mil laut jauhnya dari perairan Gaza.



Menurut seorang aktivis yang berada di kapal Rachel Corrie, Derek Graham, yang mendekati kapal mereka bukan cuma kapal Zionis tapi juga kapal Mesir.


Kapal Rachel Corrie meninggalkan Port of Pirraeus di Yunani hari Rabu minggu lepas.


Sukarelawan di atas kapal itu termasuk 7 warga Malaysia, 2 warga Irlandia, 2 warga India dan seorang Kanada.


Rachel Corrie adalah gadis Amerika yang tewas dilindas buldozer Zionis ketika berusaha mencegah penghancuran rumah warga Palestin.


Kapal Rachel Corrie direncanakan mengikut dalam Freedom Flotilla pada Mei lalu, tapi gagal berlayar karana kerosakan yang disyaki akibat sabotaj.


Beberapa waktu sesudah peristiwa penyerangan Kapal Mavi Marmara 31 Mei 2010, Rachel Corrie telah berlayar namun diserang dan dihentikan perjalanannya oleh tentara Zionis.

http://sahabatalaqsha.com/nws/?p=5917



FLOTTILLA 
 


Berikut adalah kenyataan Rasmi dari  Kerajaan Turki berkenaan dengan sebuah persitiwa yang berlaku tahun lepas di mana Kapal yang sarat dengan bantuan dari 37 badan bukar kerajaan seluruh dunia untuk membantu Palestin di serang dengan pasukan komando Israel. Masih ingatkah kita tetang peristiwa ini? Bagi yang ingat mungkin juga kerana mereka ingat yang pada tahun lepas mereka pernah menukar profile picture aid for gaza.


 “11/04/2011 - TURKISH NATIONAL COMMISSION OF INQUIRY—Israeli military forces on the early hours of 31 May 2010 attacked in international waters an international and multi-faith convoy of six ships organized by a coalition of NGOs from 37 countries transporting certified humanitarian aid to the Gaza Strip. The attack took place 72 nautical miles from the nearest coast, and 64 nautical miles from the zone declared unlawfully, as will be seen, blockaded by Israel. As a result of the attack, eight Turkish citizens and one US citizen of Turkish descent were killed. Over 70 passengers from a host of nationalities were wounded. One of these remains in a coma to this day.”


Berita lanjut : http://gazaflotilla.delegitimize.com/statements/international-statements/official-turkish-report-israeli-attack-on-the-humanitarian-aid-convoy-to-gaza/


Walaupun peristiwa tahun lepas masih menghantui mereka, namun aktivis-aktivis kemanusiaan ini masih teguh bersatu untuk mengadakan sekali lagi pelayaran keamanan sambil membawa bantuan kepada penduduk Palestin pada bulan Jun 2011.

Baru-baru ini seorang dari aktivis di bunuh dan di gantung di Bandar Gaza oleh Militan Ektrimis Islam kerana mereka menolak bantuan dari luar, dan ingin menghentikan niat murni kumpulan sukarelawan ini. Ini dapat dilihat dari petikan dibawah :


“15/04/2011 - The murder of human rights activist, Vittorio Arrigoni, is a tragedy for his family, for those of us who knew him, and for the Palestinians who loved and admired him. The Steering Committee of Freedom Flotilla 2 condemns this senseless murder and the people who are behind it”




Tidak kurang dengan tentangan hebat dari Perdana Menteri Israel. Dia menghantar bantahan rasmi kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghalang Flotilla 2 dilakukan dengan alasan yang mengatakan semua kapal-kapal yang bakal terlibat itu akan membawa bantuan senjata api dari Iran.



Kalau ada diantara aktivis yang berjuang ini bukan Islam, tidak terasakah kita yang masih tidak memulakan langkah untuk menolong Palestin?



Disediakan oleh : The cerebro



Tuesday 10 May 2011

PERBANDINGAN ANTARA KITA DAN REMAJA DI PALESTIN


 Pendahuluan


Bukan setahun dua tetapi pencerobohan haram yahudi ke atas tanah orang Islam Palestin sejak 1948 telah mengubah secara keseluruhan landskap negara berdaulat yang disemai dengan kasih sayang serta menyimpan pelbagai nostalgia silam kini terdedah kezaliman dan penindasan yang berterusan. Sudah sekian lama tidak kelihatan ketenangan dan kedamaian tetapi dipenuhi dengan tangisan dan darah.

Malaysia, antara negara yang majoriti besar adalah umat yang beragama Islam yang semakin hari semakin peka dengan isu kemanusiaan di Palestin kerana dasar akidah dan tanggungjawab sebagai saudara seislam.

Walau apapun yang diperkatakan tiada yang dapat menafikan tunjang kebangkitan dan kekuatan kedua-dua negara ini adalah para remaja dan belia yang akan menjadi pelapis, pelindung dan penerus amanah dakwah dan kepemimpinan negara. Mereka inilah yang akan meneruskan ‘baton’ kepemimpinan mahupun perjuangan menentang kezaliman yang menjadi lubuk serangan pihak musuh.

Berbicara mengenai remaja dan belia ini, umum mengetahui hampir lebih separuh dari populari Malaysia adalah para remaja dan belia ini yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang cukup hebat dari segi simpanan aset remaja dan pemuda yang diidam-idamkan kerana potensi yang ada pada diri mereka ini.
 
Potensi Remaja

Jika kita selami potensi diri remaja ini jika dibelai, diasah dan ditonjolkan maka tidak ada sesiapapun berani mencabar mahupun berdebat bahkan akan duduk terdiam melihat potensi dan keberanian tersembunyi yang mampu menewaskan jutaan parameter yang lain. Kita lihat dahulu bagaimana antara puluhan kisah, kita renungkan satu kisah yang membuka mata seluruh dunia dengan tindakan cekal seorang remaja dengan pengorbanan agung dalam membuktikan semangat ‘orang muda’ iaitu kisah bagaimana syahidnya Fares Audah, 12 yang merupakan si cilik dari kem pelarian Jabalia di Palestin.

Kisah bagaimana keberanian seorang remaja menyahut panggilan Intifadhah dengan dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk mempertahankan bumi anbiya’, tempat di mana menjadi kiblat pertama umat Islam.. Serangan ditujukan bukan kepada burung ataupun kucing tetapi berhadapan dengan kereta kebal Yahudi yang sedang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya.

Itulah rutin harian Fares Audah selepas balik dari sekolah bersama-sama dengan rakan sebayanya. Walaupun ibunya seringkali risau akan tindakanya, tetapi dia menjawab “ kenapa kita tidak boleh menyerang mereka, sedangkan mereka menyerang kita”.

Malah tindakan ini menjadikan ada ketikanya Yahudi takut dan berundur dengan balingan-balingan batu ini. Selepas 40 hari berjihad bertempur dengan kereta-kereta kebal yahudi menjadikan Fares Audah sebagai sasaran ancaman kepada Yahudi.


 Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berhadapan dengan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan Sniper menembaknya tepat dikepala. Berjayanya pembunuhan Fares Audah disambut dengan parti minum-minum gembira oleh tentera-tentera yahudi meraikan kemenangan mereka ke atas si cilik bertuah yang bergelar As-Syahid.



Itulah kisah pengorbanan agung remaja bukan pada waktu silam tetapi pada ketika ini yang menunjukkan hebatnya remaja-remaja ini hasil didikan dan pemahaman yang betul. Itu kisah terpuji di negara perang yang sudah lama tidak kenal erti kedamaian, kesejahteraan, kasih sayang keluarga yang kurang akibat kematian orang tersayang, tiada sistem persekolahan yang teratur dan seribu macam perkara lagi. Jadi, bagaimana pula dengan remaja di negara kita yang sepatutnya lebih hebat daripada yang diceritaka kerana kita jauh berada dalam keamanan, kedamaian, kekayaan, kesejahteraan, penuh teknologi dan seribu macam lagi keselesaan.

Perbandingan Senario remaja di Malaysia dengan Palestin

Kita selaku mereka yang peka dan mengambil berat isu ummah ini sudah melakukan sedaya kita dalam menggerakkan kempen-kempen kesedaran isu palestin, menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membantu saudara-saudara kita di Palestin, tidak kurang menggunakan kepakaran dalam bidang masing-masing bagi menyampaikan maklumat bagi mendedahkan situasi sebenar yang berlaku di sana.

Bagaimana pula dengan isu remaja-remaja tonggak pelapis kita di Malaysia ini? Jika hanya satu kisah Fares Audah yang dipersembahkan, adakah yang setanding dengannya dalam mempertahankan Islam dan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini?

Semua pihak perlu jelas dengan realiti remaja di Malaysia pada ketika ini yang terlalu dimanjakan dan kurangnya pemfokusan dalam keatas mereka dalam satu sistem atau acuan yang benar-benar mantap dalam membentuk pemahaman, jati diri dan rasa tanggungjawab.

Kita lihat bagaimana pengaruh Hedonisme atau menjadikan falsafah keseronokan dan hiburan sebagai matlamat dalam hidup. Ini telah menjadikan hilangnya nilai-nilai ketimuran dalam setiap tindak-tanduk para remaja . ini belum lagi kisah remaja-remaja pada usia semuda 12 tahun menubuhkan kumpulan Black Metal yang dianggotai oleh rakan-rakan sebaya seperti yang pernah dilaporkan berlaku di Sg. Petani, Kedah. Belum lagi dikira jumlah yang terlibat dengan ajaran-ajaran sesat akibat terlalu menyanjung barat sehingga diawal usia ini ada yang berani menghina tuhan, kencing pada Al-quran, mengamalkan budaya sesat dengan memuja syaitan dan pelbagai lagi perkara-perkara yang tidak masuk akal.


 Bagaimana perbandingan antara semangat, wawasan dan ketaatan As-Syahid Fares Audah dengan Remaja di Malaysia pada usia mereka yang sebaya?

Satu persatu kita boleh dirungkaikan, jika di Palestin menuntut ilmu sangat dititikberatkan sehinggakan batu dijadikan pensil, tanah dijadikan kertas dalam kesungguhan anak-anak kecik menuntut ilmu walaupun dalam keadan perang.

Dijadikan dinding bukan binaan-binaan indah tersistem tetapi khemah pelarian yang tidak beratap. Kawasan sekitarnya penuh dengan habuk dan kesan kimia daripada penggunaan senjata yahudi bukannya selesa dengan keaadan berhawa dingin. Mereka mendesak pengganas, tidak dihiraukan perkara lain sehingga belajar dibawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada mereka.

Lain pula kisahnya dinegara kita, walaupun disediakan dengan sistem yang tersusun, guru-guru yang ramai dan berkelayakan, sumber-sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, kemudahan internet, kawasan pembelajaran yang efektif dan kondusif serta pelbagai kemudahan terus meletakkan remaja-remaja di zon selesa. Apa yang terjadi?

Budaya lepak yang berterusan tanpa sebarang rasa tanggungjawab terhadap ilmu dan masa depan ditambah dengan penglibatan dalam gengsterisme, berjudi, melawan guru, penyalahgunaan dadah, mencabul kehormatan dan pelbagai lagi jika ditunjukkan statistik pasti semua pihak akan terus menuding jari dan menggeleng kepala melihat teruknya tahap pemikiran, pemahaman dan perlakuan sebahagian besar remaja-remaja di Malaysia, sebuah negara penduduk Islam yang membangun.

Ketidakpedulian kepada ilmu agama menjadi faktor paling penting yang mencorakkan remaja-remaja ini ke arah gejala negatif dan jika tidak dirawat segera secara kolektif akan terperosok di lembah kehinaan. Jangan sesekali menganggap pembelajaran matapelajaran Agama Islam pada peringkat rendah dan menengah dengan secara teori untuk menjawab dalam peperiksaan itu sudah mencukupi untuk membentuk jiwa melahir insan berperibadi muslim tanpa penerapan secara total unsur-unsur pemahaman dan pengamalan dengan cara yang sebenarnya.

Adakah kita tidak mengambil iktibar bagaimana dalam keadaan perang yang tersangat dahsyat dalam sejarah dunia, Palestin bersungguh menerapkan ilmu agama dan berjaya melahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.

“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.”

Demikian antara petikan kata-kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia itu daripada rejim Zionis Israel.


Dimana kita, dimana mereka?

Banyak lagi perkara memalukan yang tak mampu kita redahi, bagaimana remaja-remaja dilalaikan dengan program-program realiti televisyen (tv) yang semakin mendapat sokongan akar umbi. Semakin hari semakin bertambah, malahan stesen-stesen di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Kita disajikan dengan rancangan-rancangan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor Mencari Cinta, The Most Beutiful, One In a Million,Maharaja Lawak dan banyak lagi. Kegilaan terhadap realiti tv ini amat dasyat dan kesan atau pengaruhnya amat menakutkan sekali.

Sebenarnya program realiti tv ini merupakan satu bentuk penjajahan baru ke atas pemikiran umat islam atau “ghazwatul fikr”. Ini merupakan agenda Yahudi dan Nasrani yang mempunyai agenda tersembunyi untuk melemahkan umat Islam melalui serangan pemikiran yang akan mematikan daya tahan, daya juang dan semangat jihad umat Islam. Umat Islam dilekakan dengan program realiti tv ini.

Kemudian artis-artis yang tidak sepatutnya akan dijadikan idola tanpa mengambil kira syariat agama. segala perlakuan, kata-kata, cara hidup dan semuanya akan diikuti untuk dicontohi yang berterusan meletakkan mereka hanya Islam pada nama tanpa mengambil berat tentang agama yang dianuti.

Mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui nasib saudara seagama mereka yang tertindas di Palestin atau di Iraq. Mereka lebih senang menangisi penyingkiran peserta AF daripada menangisi nasib umat Islam lain yang dibunuh, disiksa oleh tentera Israel di bumi Palestin.

Tidak ketinggalan juga, Bola Sepak menjadi kegilaan remaja dan belia, menghilangkan semangat tidak kena pada tempatnya. Untuk bangun ditengah malam menyokong pasukan pilihan dengan mengorbankan tidur dapat dilakukan tetapi untuk bangun mendirikan solat malam berapa kerat yang mengamalkannya, sejauh manakah penekanannya pada remaja-remaja pada zaman moden ini?

Peristiwa ini seakan mengulangi Tragedi 1967, iaitu ketika orang Arab disibukkan dengan sebuah kejohanan bola sepak, Israel menyerang Sinai, menyebabkan dunia Arab dan Islam dimalukan.

Keterlibatan remaja-remaja dan belia dalam kancah zina dan seks terlarang juga sedang menghancurkan institusi sosial di negara kita memalukan negara yang dikatakan Negara Islam contoh kepada dunia. Pergaulan silang jantina yang bebas melampau batas, seks menjadi santapan harian sebagai satu perkara lumrah, apatah lagi dengan pendedahan aurat dan lain-lain tuntutan agama yang sudah hampir dikuburkan.

Kesannya pembuangan bayi merata-rata, pengguguran berleluasa malah mula ada cadangan untuk mewujudkan bank bayi dan sebagainya. Tidakkah hinanya manusia pada ketika ini jika dibandingkan dengan haiwan pun yang menyayangi anaknya. Kehancuran demi kehancuran, penyakit HIV/AIDS akan mula menjadi kebiasaan dan seterusnya menghancurkan tamadun.

Kita lihat statistik pendaftaran anak luar nikah pada 1999-2003 yang mencatatkan bilangan 70430 di seluruh negara. Ini adalah jumlah tidak termasuk yang tidak didaftarkan yang pasti akan meningkatkan jumlah ini yang dicatatkan pada setengah dekad yang lalu. Kini pastinya angka-angka ini sudah jauh meningkat dengan keadaan sosial dan cara hidup remaja di negara kita.

Sedikit demi sedikit jika kita luangkan masa untuk mengkaji dan menilai umat ini, kita akan tersangat malu kerana berani mendabik dada mengatakan berada dalam era nano-teknologi, kemajuan infrastruktur tetapi kehancuran institusi agama dan masyarakat.

Penutup

Jika Bayi di Malaysia dihina dengan dibuang di dalam tong sampah dalam keadaan masih merah bertali pusat, bayi di palestin pula disanjung akibat syahid ditembak oleh tentera zionis.

Pelajar-pelajar di Malaysia melepak di pasaraya membeli-belah dengan aktiviti merugikan diri agama dan negara, tetapi pelajar-pelajar di Palestin sana mendesak, mendesak tentera yahudi untuk berundur. Mereka relakan diri belajar dibawah muncung senapang kerana ilmu mereka akan gunakan untuk berjuang pada kemudian hari.


Semangat remaja-remaja Malaysia adalah berhibur, gembira dalam keseronokan pergaulan bebas, zina, rokok, arak dan disko. Semangat di Palestin adalah bertempur dengan semangat jihad kerana Allah. Mereka bertempur dengan lastik dan batu berhadapan senjata-senjata berteknologi tinggi dan kereta kebal.

Kematian di Malaysia kerana pecah kepala atau hancur tubuh akibat lumba haram juga jenayah dan gengsterisme tetapi kemalangan menghasilkan maut di Palestin adalah kerana di Bom dalam serangan menghancurkan akidah umat Islam.

Di Malaysia pendedahan aurat kerana inginkan kebebasan, keseronokan didampingi agar dilihat lelaki bukan mahram tetapi di sana dalam keadaan perang dan darurat mereka menjaga aurat dengan cukup tegas.

Jika diteruskan pasti tidak akan berhenti perbezaan yang boleh dinukilkan kerana terlalu banyak bezanya, kadang-kadang tidak layak untuk dibandingkan kerana kemuliaan dan kehinaan cukup jauh taraf dan martabatnya.

Maka bersama-samalah kita berusaha agar lembah kehinaan yang semakin dalam ini dalpat ditimbusi dengan pemantapan akidah, pemahaman.Bersama-samalah kita berusaha agar lembah kehinaan yang semakin dalam ini dalpat ditimbusi dengan pemantapan akidah, pemahaman islam secara total agar berlaku hijrah dari lembah kehinaan ke puncak kemuliaan, tidak lain tidak bukan dengan taqwa

Sama-sama kita renungi...Wallahu'allam.


Penulis:
Al Amin Bin Mohamed Sultan
B.Eng (Hons) Manufacturing Engineering (Manufacturing Management)