Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Tuesday 29 November 2011

1/3 Penduduk Dunia Itu Islam




24/11/2011 - Israel mengenakan sekatan baru kepada pemilik perniagaan di Gaza. Baru-baru ini berlansung satu pertemuan antara Pihak Israel dan Peniaga-Peniaga di Gaza. Akhbar melaporkan yang Israel telah membantu melancarkan banyak perkara untuk memudahkan peniaga di Gaza khususnya perniagaan bahan binaan di jalankan, namun bila ditanya kepada pihak peniaga, mereka mengatakan yang sebenarnya Pihak Israel memudahkan kemasukan bahan binaan namun meletakkan syarat yang mereka perlu menjual bahan binaan berkenaan dengan harga yang tinggi. Ini adalah antara usaha Israel untuk menindas kerajaan Palestine dan mengelakkan berlakunya pembangunan pesat di Gaza.

26/11/2011 - Israel mengugut akan memotong bekalan air bersih ke Gaza. kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Menteri Luar Negara Israel. Beliau mengata yang Israel sedang menimbang untuk memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza sekiranya rundingan damai antara Hamas dan Fatah berjaya. Bagi mereka, jika berlaku pendamaian antara Hamas dan Fatah, kerajaan Palestine sekarang yang berasa di bawah pemerintahan Fatah susah bertukar kepada kerajaan pengganas kerana mengiktiraf Hamas.

26/11/2011 - Israel melambatkan pelepasan 3 banduan Palestin yang sudah tamat tempoh penjara. Ada antara banduan tersebut yang sudah 10 tahun berada dalam penjara.

27/11/2011 - Sebuah keluarga diserang oleh 5 orang yang bersenjata api, dan kesemua kanak-kanak dalam keluarga tersebut meninggal dunia. 5 kanak-kanak yag terlibat semua berumur antara umur 5-12 tahun. Kejadian berlaku selepas kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik mereka untuk tidur, selepas menyalakan lilin, bilik mereka di tingkap bawah ditembak bertalu-talu. Ibu bapa kanak-kanak ini hanya cedera kerana ingin menyelamatkan anak-anak mereka.

28/11/2011 - Jet Pejuang Israel mula menyerang Gaza. Serangan ini bermula selepas Perdana Menteri Israel menyatakan setiap rocket Palestine yang sampai ke tanah Israel, akan dibalas dengan serangan yang lebih hebat. Dalam serangan udara ini, tentera Israel menyerang bangunan-bangunan yang dikataka berlakunya aktiviti dari terrorism.Namun mereka turut menyerang satu kem pelarian.

29/11/2011 – Hamas dan Fatah berbincang untuk melepaskan banduan politik sesame mereka. Presiden Mahmoud Abbas mengarahkan Ketua Perwakilan rundingan damai antara Hamas dan Fatah untuk melepaskan lebih kuran 47 orang banduan politik Hamas yang berada dibawah tahanan Fatah. Dan perkara yang sama turut akan dilakukan oleh Hamas.

 Dari demi hari, perdamaian antara Fatah dan Hamas tampak akan berjaya, namun Israel tetap cuba menggagalkan usaha tersebut dengan cara mengugut memotong bekalan air dan elektrik kepada Gaza. Perkara seperti ini pernah berlaku di Mekah sebelum penghijrahan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dimana umat Islam ketika itu bilangannya sedikit dan mereka di boikot oleh pihak musyrikin Mekah sehinggakan peniaga Islam tidak dapat berniaga, mereka dicerca, hamba Islam diseksa hanya kerana bilangan mereka sedikit. Namun sekarang jika perkara ini masih berlaku, adakah bilangan 1/3 penduduk dunia itu masih sedikit bagi Israel? Dimana kita sebagai umat Islam?


Disediakan oleh : The Cerebro++

Saturday 26 November 2011

Muhasabah Nikmat Islam




17/11/2011 – Pihak berkuasa Israel kembali menyerbu masuk ke sebuah kampung dan menangkap semula banduan yang telah dilepaskan. Namun jurucakap pihak berkuasa Israel mengatakan mereka tidak ada rekod berkenaan tangkapan tersebut.

19/11/2011 – Asset sebanyak 6 juta USD sebuah bank Islam di Palestin dibekukan atas perintah mahkamah. Perintah ini dikeluarkan mahkamah kerana semua bank di Gaza dsabitkan tidak membayar cukai dari tahun 2005, namun pihak bank menyatakan pada tahun 2007, Presiden Mahmoud Abbas menghapuskan cukai kepada semua bank di Palestin.

21/11/2011 – Banduan yang sakit di Hospital Penjara Ramla berhadapan risiko kesihatan yang lebih buruk apabila dipindahkan ke cel baru mereka. Bilangan banduan yang sakit di Hospital penjara tersebut juga berkurang kerana ramai pesakit meninggal dunia. Cel baru mereka sempit dan bagi banduan kurang upaya, tiada kemudahan untuk mereka bergerak.

22/11/2011 – Banduan Palestin yang berada dalam penjara Israel menyambung mogok lapar mereka sebagai tanda protes kepada pihak pengawal penjara. Mereka tidak makan selama 20 hari dan tidur di atas lantai. Dalam masa mogok, banduan dipukul dan diseksa oleh warden penjara.

24/11/2011 – Deligasi dari Hamas tiba di Kaherah untuk rundingan semula dengan Presiden Mahmoud Abbas berkenaan pelan damai yang termeterai antara mereka Mei lalu. Mesir menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam rundingan ini.

25/11/2011 - Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Yusuf Al-Qaradawi turut menyertai  'Jumaat Al-Aqsa'  di Masjid Al-Azhar hari ini dalam tunjuk perasaan yang diundang oleh Kesatuan Ulamak dan Jawatankuasa Kempen Masyarakat Menentang Pengyahudian Al-Quds  sebagai bantahan kepada tindakan zionis yang melakukan kerja pengyahudian sehasta demi sehasta ke atas Palestin. Ini juga untuk mengingatkan bahawa  negara umat Islam tidak pernah melupai Al-Aqsa dan Baitul Maqdis meskipun masing-masing ditimpa berbagai-bagai peristiwa.

26/11/2011 - Sumber-sumber dalaman mendedahkan kebimbangan Zionis Israel akan perkembangan positif dan sokongan rakyat Mesir terhadap Ikhwanul Muslimin terutamanya pada pilihanraya umum yang akan datang. Perkembangan ini boleh menjejaskan hubungan Israel dan Mesir. Pihak tentera Zionis telah meletakkan kumpulan khusus di sempadan Mesir-Israel bagi memantau situasi semasa.

Menahan diri dari lapar dan dahaga itu bukan suatu perkara yang mudah, apatah lagi jika diseksa. Kita dapat lihat bagaimana kisah Sumayyah gugur syahid dan ramai lagi. Sanggupkah kita masih mengucap 2 kalimah syahadah walaupun diseksa dengan teruk? Itulah yang dilalui hari demi hari banduan Palestin dalam tahanan Israel. Muhasabahlah nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepada kita setiap saat.


 Disediakan oleh : The Cerebro++

Thursday 24 November 2011

Palestin Dan Kita



Palestin..!!

Apakah gambaran kita tatkala setiap kali kita mendengar nama bumi Anbiya’ ini? Ya, pastinya gambaran kesusahan,peperangan,penderitaan, dan mangsa kezaliman zionis Yahudi.

Tetapi..

“Selamat datang ke dunia yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagian..” Itulah kata-kata yang diucapkan oleh seorang penduduk Palestin apabila wakil Viva dari Malaysia tiba di bumi anbiya tercinta itu.Kemudian,mereka dengan gembiranya menunjukkan perpustakaan yang mereka miliki walaupun hanya beberapa rak yang kelihatan tersusun di situ, kerana itulah yang mereka punyai dan itulah yang Allah tinggalkan untuk mereka. Mereka sentiasa bangga dengan apa yang masih mereka miliki dan tidak pernah memandang rendah terhadap diri mereka.

Mereka masih mampu bekerja dan pergi ke sekolah dengan gembira. Wajah-wajah comel dan ceria itu masih bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang mereka punyai walaupun kelihatannya seperti segala-galanya hancur. Kata mereka,bangunan yang hancur itu bukankah mampu dibina semula. Tetapi yang penting adalah membina jiwa-jiwa mukmin yang izzah dengan Islam.

Betapa mereka sangat berjiwa besar. Sehingga masih berikhtiar untuk mengutip dana untuk mangsa-mangsa bencana alam di negara-negara lain. Masih mampu memikirkan tentang bencana dan kesusahan yang manusia di negara lain sedang hadapi. Betapa anak-anak kecil itu sudah memahami erti sesuatu yang besar. Mengumpulkan patung mainan mereka untuk mangsa-mangsa di negara lain. MashaAllah.

Setandingkah kita dengan mereka?

Tidak malukah kita kepada mereka?

Apa sahaja yang telah kita sumbangkan untuk Islam dalam kehidupan seumur hidup kita?

Mengapa generasi kita kini sehingga ada yang malu dan tidak bangga dengan Islam,agama yang kita katakan haq??Agama yang kita katakan paling benar?

Apabila melihat mereka,pernahkah kita terfikir adakah kita mampu untuk menghadapi kehidupan seperti itu?

Pernahkah kita terfikir bagaimana mereka mampu hidup gembira dan ceria walaupun dalam keadaan seperti itu?

Berbezanya kita dan mereka kerana mereka meletakkan sepenuhnya pergantungan dan pengharapan hanya kepada-Nya?

Walhal kita?

Kita yang diuji dengan nikmat yang banyak,terkadang secara tidak kita sedari kita lebih bergantung kepada nikmat dunia yang Dia berikan berbanding pergantungan kepada-Nya.

Seperti Rasululullah s.a.w. sendiri begitu tenang dan mampu tersenyum ketika Baginda bersama Abu Bakar r.a. bersembunyi daripada orang kafir,dan mengatakan,”La tahzan,sesungguhnya Allah bersama kita”. Di sini jelas terbukti pergantungan Nabi ketika itu sememangnya 100% dan sepenuhnya pergantungan itu 
kepada-Nya kerana tiada apa yang dapat membantu ketika itu selain-Nya.

Berbeza pula ketika perang Hunain, ketika tentera umat Islam ketika itu lebih ramai bilangannya daripada tentera kafir,umat Islam yang ketika itu lengkap dengan perlengkapan senjata,seorang sahabat melihat baginda Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah dengan sesungguh-sungguhnya sehingga Nabi menadahkan tangannya tinggi ke langit. Sahabat bertanya dan Rasulullah s.a.w. ketika itu mengatakan bahawa sesungguhnya baginda khawatir jika dengan lengkapnya senjata dan ramainya bilangan tentera Islam ketika itu akan menyebabkan berkurangnya pengharapan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.Itulah maksud sebenar pergantungan kepada Allah.

Bergantung kepada-Nya sehingga tidak merasakan apa-apa yang lain yang dapat membantu kita selain-Nya.
Berhati-hati dengan cinta dunia(wahan) dan keinginan kita kepada dunia ini.

Kadang-kadang kita secara tidak sedar,banyak bergantung kepada perkara-perkara yang ada di sekeliling kita. Sedangkan itu semua juga merupakan nikmat daripada-Nya.

Adakah kita sudah benar-benar menyerahkan diri kita sepenuhnya pada-Nya dalam setiap aspek yang kita lakukan dalam kehidupan kita? Sama-sama kita bermuhasabah.

Kekuatan itu hanya ada pada-Nya.

Sama-sama kita bina dan bentuk jiwa-jiwa besar, jiwa-jiwa Al-Quran semula seperti jiwanya Nabi Muhammad dan sahabat dan sahabiah. Setiap jiwa kita ini mampu untuk mencontohi mereka yang juga merupakan manusia-manusia biasa dengan keazaman dan keimanan yang teguh.  

InsyaAllah.

Sunday 20 November 2011

Diari Pejuang : Panglima Izzuddin al Qassam




Nama lengkap beliau adalah Muhamad Izzuddin Abdul Qadir al Qassam. Dilahir pada tahun 1882 M di Jabalah, Syria. Datang dari keluarga yang kuat berpegang kepada Islam. Bapanya seorang guru Quran yang mengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafal al-Quran. Dia pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun dan di sana dia belajar daripada tokoh terkenal, Sheikh Muhammad Abduh. Semasa di zaman menuntut lagi beliau telahpun gigih melakukan usaha dakwah.Nama lengkap beliau adalah Muhamad Izzuddin Abdul Qadir al Qassam. Dilahir pada tahun 1882 M di Jabalah, Syria. Datang dari keluarga yang kuat berpegang kepada Islam. Bapanya seorang guru Quran yang mengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafal al-Quran. Dia pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun dan di sana dia belajar daripada tokoh terkenal, Sheikh Muhammad Abduh. Semasa di zaman menuntut lagi beliau telahpun gigih melakukan usaha dakwah.
Sheikh Al Qassam adalah seorang imam, guru dan juga sheikh Tareekat Ash-Shazaliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di bahagian utara Syria. Beliau menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk menerangkan kepada umat bahawa tugasnya bukan sekadar asas-asas agama Islam semata-mata tetapi juga menerangkan setiap isu yang menyentuh kepentingan umat dan Negara dari sudut pandangan Islam. Kepimpinannya telah menyedarkan masyarakat untuk kembali kepada Islam. Pentarbiyahan beliau telah berjaya merubah pemikiran masyarakat.
Semasa perang dunia pertama, dia mengambil bahagian secara aktif di dalam Revolusi Syria memerangi penjajahan Perancis. Revolusi tersebut berakhir dengan berlakunya pertempuran Melson pada tahun 1920.
Perjuangan di Syria menjadi semakin rumit apabila penjajah Perancis menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Beliau yanghanya mempunyai dua pilihan iaitu hukuman mati atau tunduk dengan kehinaan telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Haifa di Palestin. Tujuan lain perpindahannya ke kota Haifa adalah kerana kewujudan pendatang haram Yahudi yang semakin bertambah besar di bumi Palestin.
 Kenapa Izzuddin berhijrah ke Palestin?
Izzudin Al Qassam datang ke Palestin sebagai mujahid kerana dia benar-benar memahami rancangan jahat yahudi yang mengerikan yang telah dibuat oleh Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Swizland pada 29-30hb Ogos 1896. Mereka telah membuat resolusi untuk mendirikan sebuah negara nasional untuk orang Yahudi di Palestin. Beliau juga melihat pakatan sulit antarabangsa yang mendapat sokongan kaum penjajah umumnya dan British khususnya. Sheikh Izzudin juga melihat penghijrahan orang Yahudi secara besar-besaran ke bumi Palestin dan para pemuda Yahudi bersenjata datang dari pelbagai penjuru dunia untuk merebut tanah dengan kekerasan mahupun dengan pujuk-rayu.
Di Haifa dia tinggal di rumah Haji Amin Nuruddin dan bergiat dengan aktiviti mengajar dan berceramah di Masjid An Nasr. Beliau kemudiannya bertugas di Masjid Al Istiqlal iaitu masjid terbesar di Haifa pada masa itu. Pada tahun 1927 dia mendirikan pejabat cawangan  Jam’iyah Asy-Syubban Al-Muslimin (Persatuan pemuda Muslim) di Kota Haifa dan beliau sendiri bertindak sebagai pemimpinnya.
Beliau mengajak para warga Arab Palestin berbincang mengenai ancaman Yahudi ini walaupun ada sebahagian daripada mereka yang mempunyai pendapat yang aneh. Ada di antara mereka yang bepandangan bahawa cukup untuk menghadapi mereka dengan demonstrasi dan sebahagiannya mengatakan cukup dengan perundingan sahaja. Bahkan ada yang pergi ke Britain untuk mencari jalan penyelesaian permasalahan ini.
Selama tujuh tahun digunakan oleh beliau untuk mengadakan hubungan dengan orang ramai, mengenali identiti mereka, mengadakan pembinaan, latihan organisasi dan mempersiapkan mereka untuk berhadapan dengan saat yang bakal menentukan masa depan mereka. Dalam tempoh tersebut beliau menjalankan pelbagai tugasan; guru di sekolah, pembimbing rohani di masjid, pekerja di Pejabat Syariat dan ketua pergerakan. Hubungan dengan berbagai kalangan masyarakat juga mengizinkan beliau memiliki dana kewangan.
Apakah fokus perjuangan Izzuddin al Qassam?
Perjuangannya sangat menitikberatkan kepada tiga perkara utama.
1.       Kewaspadaan terhadap ancaman Yahudi secara berterusan.
2.      Ajakan untuk berjihad.
3.      Memilih orang-orang yang berkualiti dan dibekalkan dengan pemikirian yang benar serta kemahiran ketenteraan.
Mempersiapkan generasi pendokong kebenaran menurut Izzudin memerlukan
1.       Mengadakan hubungan baik dengan setiap orang, baik yang mempunyai komitmen pada agama mahupun tidak. Jika orang ini berubah, maka ia akan menjadi pejuang yang hebat dan dapat menjalankan tugas-tugasnya untuk memelihara hubungan yang luas.
2.      Menanamkan rasa cinta di antara sesama manusia kerana penjajah dan yahudi telah banyak menyebarkan bibit-bibit perpecahan di kalangan masyarakat.
3.      Mengajak orang yang dianggap baik dengan berkunjung ke rumahnya. Sheikh Izzudin saling membina suasana keakraban dan persaudaraan sehingga mencapai tahap berterus-terang untuk menyatakan tujuan perjuangan iaitu menyelamatkan Palestin.
4.      Izzudin berkeyakinan bahawa Palestin tidak akan dapat diselamatkan kecuali jika rakyatnya dibangkitkan rasa tanggung-jawabnya samada lelaki, perempuan, orang awam ataupun ulama mesti meyakininya dan bangun berjuang.
5.      Pada tahun 1931, pasukan yang beliau bentuk telah menyerang perkampungan Yahudi di Yagur. Dalam penyerangan tersebut tiga orang tentera Yahudi telah terbunuh. Pasukan Izzuddin Al-Qassam meneruskan penyerangannya dan menyebarkannya ke seluruh wilayah pergunungan.
6.      Setelah pasukan Inggeris yang bekerjasama erat dengan Zionis bertindak mempersempitkan ruang geraknya di Haifa, maka Sheikh Al Qassam bersama enam sahabat rapatnya berpindah ke daerah pergunungan pada tahun 1935.
7.      Pasukan ketenteraan yang beliau bentuk mencapai jumlah seramai 200 orang. Dari jumlah tersebut dia membahagikannya kepada beberapa kelompok. Setiap kelompok terdiri daripada lima orang dan salah seorang daripada mereka akan diangkat sebagai pemimpin dan pemberi arahan. Dalam tempoh yang agak singkat, pasukannya bertambah banyak dan mencapai keanggotaan seramai 800 pejuang. Setiap unit yang asalnya terdiri daripada lima orang membesar menjadi sembilan orang.
8.     Rancangan berjalan sebagaimana yang diharapkan. Di tahun 1935, Izzudin Al Qassam dalam usianya yang telah mencapai enam puluh tahun keluar pada satu malam dengan mengenakan pakaian pejuang setelah meninggalkan pakaian tokoh agama. Dia mengumpulkan anggota keluarganya untuk memberitahukan niatnya dan menjanjikan keazaman untuk berjumpa dengan mereka di syurga kelak.
9.      Pasukan Inggeris dengan senjata yang lengkap dan dibantu dengan pesawat tempur telah menyerang pasukan Izzuddin Al-Qassam di Ya’bad. Dalam pertempuran tersebut Izzuddin Al-Qassam gugur sebagai syahid bersama dua orang pejuang lainnya pada 20hb November 1935.
10.  Orang-orang Palestin di seluruh negara melakukan solat jenazah ghaib untuk beliau. Jenazah as Syahid Izzudin al Qassam dengan bajunya yang berlumuran darah dibawa oleh ribuan orang ke makam di kampungnya. Kesyahidan tiga pejuang tersebut telah mencetuskan lebih banyak penentangan, pergolakan dan permogokan terhadap penjajahan Inggeris dan Zionis terhadap bumi palestin.
11.   Jasa Sheikh Izzuddin Al Qassam sentiasa dikenangi oleh orang-orang Islam terutamanya di Palestin malahan sebuah sayap ketenteraan HAMAS (Harakah Muqawamah Islamiyah), mengabadikan namanya dalam unit dan bendera mereka.
12.  Berbicara mengenai tradisi pergerakan Islam moden dan sejarahnya, nama Izzudin Al Qassam tidak dapat dipisahkan; beliau memiliki cara yang tersendiri dalam pembinaan generasi Islam dengan menggunakan pendekatan pendidikan, kesiap-sagaan, organisasi dan jihad. Jika diamati lagi, dalam aliran pergerakan Islam terdapat seorang tokoh besar yang mempunyai kaedah pergerakan yang pelbagai dan dia adalah salah seorang tokohnya.

Sumber :

Thursday 17 November 2011

Satu Penipuan bernama Perdamaian





Aku masih ingat
Seluruh dunia terpaku
Menyaksikan satu perdamaian bersejarah
Antara dua bangsa berseteru
Kini mereka bersekutu
Untuk memecahkan masalah Al-Quds yang satu

Dijulanglah dua nama itu
Sebagai pahlawan-pahlawan perdamaian terbilang
Yang satu…
Dulu ketua gerombolan Irgun Zvai Leumi
Pembunuh Deir Yassin yang keparat itu
Yang satu lagi…
Mati terkapar ketika lintas hormat soldadu
Atas nama Islam beliau dihujani peluru

Sudah lama perjanjian Camp David itu
Pelarian masih menunggu
Perdamaian yang disambut dunia itu
Hairannya mereka masih di situ
Di khemah-khemah pelarian itu..

Setelah Camp David datang pula tawaran di Madrid
Kini bukan seorang Presiden yang masuk perangkap
Tetapi seluruh raja-raja Arab
Diumpan dengan kalimah ‘perdamaian’
Sehingga termeterailah satu persetujuan
Sekali lagi dunia meraikan kejayaan
Kononnya akan membawa keamanan
Pelarian tetap menunggu

Kata Israel…
Jangan sentuh soal pelarian..
Kita selesaikan masalah wilayah dulu
Peta dilakar di Oslo I, Oslo II, di Cairo, di Taba, di Sharm el-Sheikh I…
dan Sharm al-Syeikh II
Kali ini bukan seperti Camp David
Sekadar menamatkan permusuhan
Tetapi melepaskan tuntutan
Ke atas 77% kawasan
Yang dirampas oleh 181 setengah kurun lalu
Tak cukup dengan itu
Baitul Maqdis mereka yang tentu
Kerana telah diisytihar ibu negara yang satu
Dan abadi pula statusnya itu

Bagaimana pula dengan Al-Aqsa
Mereka bahagikan pula kepada dua lapisan
Apa-apa yang ada di atasnya milik Palestin
Yang selebihnya milik mereka
Ibarat sebuah binaan, hanya bumbung yang menjadi kepunyaan
Begitulah liciknya mereka
Mengabui rampasan dengan umpan perdamaian

Bangkitlah umat
Melaungkan intifadah
Sebagai jawapan kepada penjualan maruah dan wilayah
Kepada Zionis laknatuLlah
Mereka bentangkan pula ‘Pelan Damai’
Pelan menuju sebuah negara Palestin yang merdeka
Dan berdaulat..

Berdaulat tanpa Baitul Maqdis?
Berdaulat tanpa Al-Aqsa?
Berdaulat dan pelarian masih di situ?
Di khemah-khemah pelarian itu?
Seperti biasa jawapan-jawapan pada persoalan itu
Nanti kita akan selesaikan
Dengan syarat hentikan intifadah dulu

Dan pemimpin-pemimpin itu mengangguk-angguk
Memberi kepercayaan kepada
Sebuah penipuan
Yang bernama perdamaian
Ibarat memasuki lubang…
Yang sama berulang-ulang.










Monday 14 November 2011

Jangan Pesongkan Hati Kami



10/11/2011 Seorang bekas banduan wanita melancarkan mogok lapar kepada Kerajaan Palestin kerana tidak memberikan dia rawatan yang sepatutnya selepas dibebaskan dari penjara. Amal Jumaa, 41 tahun mengalami banyak penyakit antaranya kanser uterus dan banyak lagi. Dia dikeluarkan dari penjara atas sebab pendarahanserisu didalam perut namun hanya dihantar ke hospital tanpa apa-apa tindakan selanjutnya oleh pihak hospital.

11/11/2011 – Lebih ramai banduan wanita akan dibebaskan menurut sumber dari Hamas. Pembebasan ini adalah kesinambungan dengan perjanjian pertukaran banduan yang telah dilakukan bulan lalu dan di pantau oleh Mesir.

12/11/2011 – Rejim Zionis cuba menghalang pengkebumian seorang wanita Palestin. Penduduk yang mengusung jenazah itu telah disekat oleh askar Israel semasa melalui jalan besar ke tanah perkuburan berdekatan, namun mereka menggunakan jalan lain untuk ke tanah perkuburan. Sampai di tapak pengkebumian, askar Israel melepaskan gas pemedih mata kepada yang hadir dalam upacara pengkebumian tersebut.

14/11/2011 – Israel menyerbu dan menangkap kembali bekas banduan yang telah dilepaskan mereka dalam perjanjian pertukaran banduan dengan seorang askar Israel. Antara yang ditangkap semula ialah Nael Barghouti. Dia  merupakan bekas banduan yang paling lama berada dalam tahanan Israel iaitu selama 33 tahun.

14/11/2011 – Israel masih mahu membekukan cukai pendapatan dan cukai-cukai lain milik penduduk Palestin yang bernilai lebih kuran 100 milion USD setiap bulan!. Sebelum ini cukai-cukai tersebut diambil oleh kerajaan Israel untuk kepentingan mereka sendiri. Namun selepas Palestin diterima secara sah untuk menjadi sebagaian daripada anggota kebudayaan UNESCO, mereka sepatutnya dilayan sebagai sebuah negara berdaulat dan berhak mendapat cukai-cukai tersebut.

14/11/2011 – Pihak berkuasa Israel bersama bulldozers membakar dan meratakan kawasan pertanian milik beberapa petani di kampung Azzun Atma. Petani yang terlibat mengatakan ini semua adalah salah satu daripada rancangan Israel untuk meluaskan kawasan petempatan mereka. Bila aduan dibuat kepada pihak berkuasa Israel atas alasan mereka melakukan perkara ini, mereka hanya menjawab yang perkara ini tidak diketahui pihak atasan dan mereka tidak boleh berbuat apa-apa

Semakin dikaji, semakin banyak diketahui semakin kita sedar dan sedih bila melihat sebuah kaum yang pernah mendapat hadiah dari Allah, yang telah menyaksikan kebesaran Allah khas kepada mereka namun mereka masih berpaling. Itulah Bani Israel. Sebelum ini mereka menghalang umat Islam menunaikan haji, kini mereka menghalang upacara pengkebumian Islam. Berdoalah kita agar tidak menjadi seperti mereka dan berdoalah agar Allah tidak memesongkan hati kita. 


    "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (Surah Al- Imran : 8)



Disedikan oleh : The Cerebro

Cerpen : Aku Rindu Kamu



“Sumayyah.. rindu sama kamu!”

“Rindu kamu juga, Khadijah!”

Aku memeluk erat sahabat baikku, Khadijah Al-Kubra. Senyuman paling manis aku hadiahkan buatnya. Gadis kelahiran bumi Palestin ini tampak manis dengan busana Arabnya. Dialah sahabatku. Sahabat dunia akhirat!

“Sumayyah… lama kita tak lumba lari..huhu”

“Ye la.. kenapa? Dah lama tak rasa kekalahan ke?”

“Amboi..tolong sikit… Khadijah saja ja bagi awak menang tuh!”

Aku tersenyum. Keningku sengaja diangkat sedikit.

“Betul ni?”
          
           Sumayyah sudah mencekak pinggangnya.

          “Betul la!!”

          Aku sudah ketawa kecil. Bangun memeluknya.


          “Baik sahabatku sayang.. kali ni, kita tengok.. sapa yang menang?”

          Khadijah terus meleraikan pelukan. Menepuk lembut bahuku. Aku hanya diam memerhati. Wah! Siap buat garisan lagi!

          “No problem dear.. nampak tak kedai kecil berhadapan kuliah Adab?”

          Aku berdiri di sebelahnya. Mengenyitkan mata menandakan aku nampak.

          “Nak lari sampai sana ka?”

          Khadijah mengangguk lembut. Aku angkat tangan. Orait!

*****

          1….2….3

          Aku memecut laju. Pantas larianku. Perutku terasa senak. Aku pandang ke tepi. Khadijah menghampiriku sambil mengenyit matanya. Perutku terasa pedih yang teramat sangat. Aku memperlahankan larian. Aku nampak Khadijah sudah jauh ke depan. Kakiku makin lemah. Perutku terlampau sakit. Aku jatuh terduduk.

          “Yeaaah! Khadijah menang…!”

          Dari jauh kedengaran suara riang Khadijah. Meraikan kemenangannya. Khadijah menoleh ke belakang. Kaget melihat keadaan diriku.

          “Sumayyah…!”

          Aku hanya tersenyum melihatnya berlari mendapatkanku.

          “Kenapa ni..?”

          “Sumayyah ok je… Cuma sakit perut sikit..”

          “Jom kita gi Markaz Sihi…”

          “Eh..tak pa ja.. mungkin Sumayyah tak makan pagi tadi.. jom kita balik..?”

          “Eaaa.. betul ni? Jom kita balik rehat..”

          Khadijah memapahku. Aku tersenyum dan terus tersenyum. Aku cuit hidungnya. Dia memandangku kehairanan..?

          “Ada orang tuh menang hari ni..”

          “Dok diam-diam! Tak padan dengan sakit..!”

          Aku hanya ketawa kecil. Memeluk erat Khadijah. Subhanallah.. inilah sahabatku! Dialah temanku, sentiasa di sisi tika susah dan senang.

*****

          Jumaat yang sunyi. Kawasan jami’ah Yarmouk lengang dengan lautan manusia. Aku berjalan seorang diri di sebalik kesejukan pagi bumi Irbid. Membawa sekeping hati yang terlalu merindui susuk tubuh itu, Khadijah Al-Kubra. 2 tahun sudah berlalu. Kenangan itu masih tersemat di kalbu. Sekian lama kami bina persahabatan indah ini, ukhwah kami teruji.

          “Sumayyah…”

          “Ya…kenapa?”

          Aku kehairanan memandang wajah sugul Khadijah. Aku genggam tangannya. Ada air mata yang mengalir di pipinya.

          “Khadijah terpaksa pergi..”

          “Ha…? Pergi mana?”

          “Khadijah perlu pulang ke Palestin. Abi dan akhi Khadijah sudah syahid. Tiada siapa yang mahu menjaga adik-adik. Ummi keseorangan…”

          Khadijah sudah menunduk. Dia langsung tidak menatap wajahku. Aku sudah sebak. Ya Allah..inikah ujian persahabatan yang Engkau berikan kepada kami? Sesungguhnya aku tersangat mencintai sahabatku ini Ya Allah…

          “Pergilah Khadijah…”

          Khadijah memandangku. Mata kami bertaut. Aku sudah sebak. Aku peluk erat Khadijah. Allah…mampukah aku? Berpisah dengan seorang sahabat yang amat aku sayangi?

          Air mataku menitis. Ku genggam rantai tangan pemberian Khadijah kepadaku. Terukir namanya di situ. Sungguh! Aku rindu kamu, Khadijah Al-Kubra.

*****

          Aku berjalan di dalam sebuah taman, berhadapan kuliah Adab. Aku toleh ke sebelah kanan. Aku tersenyum. Aku menghampiri pohon zaitun. Aku berhenti di situ. Memejam mataku rapat-rapat. Pohon zaitun inilah menjadi saksi. Di sinilah ukhwah kami bersemi.

          “Assalamualaikum…”

          “Waalaikummussalam..”     

          “Kaifahaluki?

          “Alhamdulillah…”

          “Ana Khadijah Al-Kubra.. wa enti?”

          “Errr… ana Sumayyah…Malizi..”

          “Yaa… Malizi?”

          “Na’am.. min enti?”

          “Palestine…”

          Ukhwah kami bersemi hanya sebegitu cuma. Pertemuan di bawah pohon zaitun yang mengeratkan kami. Setiap kali ada masa terluang. Pohon zaitun itulah menjadi tempat untuk kami berehat sementara menunggu kelas seterusnya.

          Aku ingin sekali, mengulang kisah kami dahulu. Merindui kehangatan pelukan seorang sahabat dari bumi Al-Quds. Aku duduk menyandar di bawah pohon zaitun itu. Membuka lembaran surat dari Khadijah yang ku terima sebulan lepas.


Salam sayang sahabatku, Sumayyah..

          Apa khabar dirimu, Sumayyah. Khadijah harap, Sumayyah sentiasa sihat dan ceria selalu walaupun tanpa kehadiran Khadijah di sisi. Khadijah di sini, baik-baik sahaja. Arhh.. rindunya padamu sahabat. Rindu pada bumi Irbid. Subhanallah..tidak terbendung lagi rasa rindu ini. Apakan daya, pada Allah aku titipkan rasa rindu ini…

Sahabat..

          Bagaimana kehidupanmu sekarang? Khadijah agak sibuk menguruskan adik-adik dan keluarga. Ummi masih trauma. Meskipun sudah 2 tahun berlalu… kenangan abi dan akhi Khadijah masih menghantuinya. Ummi masih belum mampu menerima hakikat, bahawa abi dan akhi sudah pergi.

          Khadijah yang perlu bertungkus lumus membesarkan adik-adik. Akhir-akhir ini, serangan Israel di Tebing Gaza semakin menjadi-jadi. Ketakutan menghantui adik-adik Khadijah. Air mata yang menemaniku sahabat, bagaimana Khadijah mahu membesarkan adik-adik dengan suasana yang sebegini rupa?

          Khadijah tidak gentar Sumayyah. Dari kecil hinggalah Khadijah tumbuh menjadi seorang gadis, bumi Al Quds ini masih dijajah. Khadijah sudah lali. Andai kematian menjemput Khadijah..Khadijah tidak gentar sahabatku sayang.. kerana inilah realiti kehidupan kami di sini..

Sumayyah..

          Sahabatku dunia akhirat. Mungkin ini warkah terakhirku. Kekangan waktu dan kesibukanku menyebabkan masa terluang amat terbatas untukku. Khadijah banyak meluangkan masa untuk adik-adik dan gerakan mujahidah di sini.

          Akhawat merupakan aset penting dalam perjuangan. Khadijah telah bersedia dan menyerahkan khidmat diri ini untuk perjuangan gerakan mujahidah di sini, yakni membantu gerakan mujahidin. Doakan kami syahid dengan redha Ilahi..

          Doakan perjuangan Khadijah..doakan bumi AL QUDS ini! Sumayyah..   Khadijah sayang Sumayyah..apakan daya.. kita terpaksa berpisah..titipkan saja doa pada Allah…

Salam sayang dariku,

~Khadijah Al-Kubra~

*****

          Kitab مدخل الئ العقيدة aku tutup rapat. Hampir sejam Dr. Malkawi bersyarah di hadapan. Namun, tiada satu pun yang melekat ke dalam mindaku. Aku hanya memandang Dr. Malkawi dengan pandangan yang kaku. Perutku dari awal pagi tidak selesa. Seakan-akan dicucuk dengan duri yang tajam!

          Sabirin..kawan arabku hanya menampar bahuku lembut. Dia meminta izin untuk pulang. Aku hanya mengangguk lesu. Bilik kuliah 102 ini sudah lengang dengan pelajar. Aku mengagahkan diri untuk bangun. Aduh! Terasa pedih yang teramat sangat.

          Aku berjalan perlahan menuju ke Hijazi. Menahan pedihnya rasa, hanya Allah yang tahu. Betapa sakitnya. Betapa peritnya.

          Sampai sahaja di rumah, aku terus merebahkan diri. Aku berbaring di atas katil, memandang siling. Kosong! Ada keluhan kecil yang ku lepaskan. Aku mengiringkan badan. Mataku tertancap pada potret indah aku dan Khadijah di Petra. Ada air hangat yang mengalir. Aku rindu kamu, Khadijah!

          Aku lihat sebuah bangunan yang tersergam indah. Seakan aku kenal bentuknya. Kubahnya. Warnanya. Al-quds kah itu? Arghh…tidak mungkin itu Al-Quds! Aku di bumi Jordan. Al Quds di bumi Palestin.

          Aku berjalan menghampiri bangunan itu. Benar! Itu Al-Quds. Aku menggosok dahiku. Aneh! Dari kejauhan, di sebalik pintu utama Al Quds, aku nampak seseorang. Seseorang yang aku rindui, Khadijah!

          Aku berlari mendapatkannya. Ya! Dia Khadijah. Khadijah tersenyum memandangku. Aku peluk Khadijah erat. Aku menangis dalam pelukannya. Betapa ku rindu padamu sahabat!

          “Sumayyah..”

          Aku meleraikan pelukan. Sungguh, aku rindu akan suaramu. Aku memandangnya. Dia masih tersenyum kepadaku…

          “Mari ikut Khadijah…”

          “Pergi mana Khadijah..?”

          “Kita pergi jauh sahabatku……..”

          “Jauh…? Tapi ke mana?”

          “Ke tempat yang penuh ketenangan…”

          “Tapi…..”

          Khadijah mengenggam tanganku. Dia tersenyum. Sedikit demi sedikit dia berjalan meninggalkanku. Aku menangis. Aku cuba menahannya dari pergi meninggalkanku..

          “Khadijah, Sumayyah nak ikut..”

          Aku terasa bahuku ditepuk lembut. Aku membuka mata. Kelihatan Aisyah tersenyum memandangku. Aku terus bangun. Duduk menghadap Aisyah. MasyaAllah..aku bermimpi lagi.  

          “Rindu Khadijah ya?”

          “Hmm…”

          “Dah azan maghrib ni.. bangun solat ya..”

          Aku mengangguk lembut. Aku beristigfar beberapa kali. Allah, aku mimpi rupanya.

*****

          “InsyaAllah..pengarah Program Akses Pemikiran Islam kali ini, adalah Saudara Muaz. Manakala timbalan pengarah adalah Saudari Sumayyah..”

          Aku terkedu! Sejak bila pula aku boleh jadi timbalan pengarah? Aku pandang AJK Akhawat Permai yang lain. Masing-masing hanya tersenyum memandangku. Bila ku tanya, masing-masing menjungkitkan bahu.

          “Errr…maafkan ana, kenapa ana jadi timbalan pengarah?”

          “Ya…itu keputusan semua. Tanyalah akhawat yang lain..”

          Aku terus toleh ke belakang untuk kali keduanya. Masing-masing hanya menunduk. Diam seribu bahasa. Kedengaran tawa kecil di sebelah syabab. Aku naik geram. Terus aku pandang ke hadapan.

          “Hmmm…baiklah..ana cuba..”

*****

          Program Akses Pemikiran Islam berjalan dengan jayanya selama seminggu. Hanya berbaki sehari sahaja lagi. Kesihatanku agak tidak stabil akhir-akhir ini. Ramai kenalan akhawat menegurku. Perubahan susuk tubuh yang mendadak. Allah…

          “Sumayyah…enti ok tak ni?”

          “Ya…ana ok je Aisyah..”

          Aku melemparkan senyuman kepada Aisyah.

          “Jom..kita masuk dewan..”

          “Ok..”

          Aku berjalan seiringan dengan Aisyah. Perutku terasa pedih yang teramat sangat. Sukar untuk ku melangkah anak tangga depan kuliah Adab ini. Aku genggam tangan Aisyah. Aisyah memandangku.

          “Kenapa ni Sumayyah? Sejuknya tangan enti..”

          “Err…tak da pa.. ana nak minum air..”

          Aku masih menggengam tangan Aisyah. Aisyah tampak kerisauan. Kepalaku terasa berat. Pandanganku kian kabur.. Genggaman tanganku kian terlerai. Aku rebah menyembah bumi.

          “Sumayyah…Sumayyah…”

*****

          Dewan Kindi gamat dengan tepukan para pelajar yang terdiri dari pelajar Yarmouk dan juga pelajar JUST. Open Debate yang dianjurkan berjaya menghangatkan suasana. Semua orang ceria, bergelak ketawa sepanjang program.

          Haikal, selaku pengerusi majlis masih menahan debar di dada. Panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi membuatkan hatinya sebak. Riak muka cuba ditenangkan setenang mungkin sebelum dia melangkah keluar ke hadapan pentas.

          Dia memejam mata rapat-rapat. Menarik nafas sedalam mungkin. Dia pandang sahabatnya yang lain. Muaz mengangguk lembut. Haikal terus melangkah ke hadapan pentas. Dia pandang ke hadapan dewan. Masih ada saki baki senyuman yang tidak lekang dari bibir para pelajar. Allah..

          “Alhamdulillah…Open Debate kita telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada para pendebat kerana anda mampu menghangatkan suasana…”

          Tepukan gemuruh kedengaran. Haikal diam seribu bahasa. Dewan kembali sunyi.

          “Di sini…ada dua berita sedih yang ingin ana khabarkan kepada kalian.. Pertamanya, kepada siapa yang masih mengingati Saudari Khadijah Al-Kubra, pelajar kelahiran bumi Palestin ini.. telah kembali ke rahmatullah kerana terbunuh sewaktu serangan di Tebing Gaza semalam.. mari sama-sama kita membacakan Al-Fatihah buatnya..”

          “Berita kedua..”

          Haikal tidak mampu meneruskan kata-kata. Dia menangis di hadapan pentas. Dewan menjadi gamat untuk seketika. Semua orang kaget dengan reaksi Haikal. Apa yang berlaku..?

          Haikal sedaya upaya menahan tangisnya. Dia perlu kuat untuk menyampaikan berita ini.

          “Berita ini mungkin akan menyebabkan kalian terkejut terutamanya di pihak akhawat..seorang insan yang kita sayangi, seorang insan yang juga merupakan timbalan pengarah Program Akses Pemikiran Islam ini….Saudari Sumayyah telah kembali kepada Pencipta-Nya sebentar tadi..kerana kanser perut yang dialaminya sejak 2 tahun yang lalu…”

          Usai berita itu, kedengaran esak tangis di sebelah akhawat. Barisan syabab juga turut bersedih dengan pemergian insan ini. Sumayyah..akhawat Irbid yang teguh keperibadiannya.. Haikal hanya mampu menundukkan pandangannya. Benarlah.. Khadijah dan Sumayyah saling mencintai dan menyayangi. Allah memakbulkan doa mereka...

        "Moga syahid mengirimu sahabat!.."




Sumber : http://qaniahmawaddah.blogspot.com/