Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Sunday, 5 February 2012

Erti Hari Ini




Menatap Pagi Yang Sepi
Suara Merdu, Penuh Syahdu
Silih berganti
Di pagi penuh cahaya

Di dalam duniaku
Segala masalah mampu
Dilerai dengan menyanyi
Pintaku, hasratku, cintaku,
Di pagi penuh bahagia

Aku masih percaya
Walau sekadar bermimpi
bahawa ada yang akan
Merealisasikan mimpiku
Untuk dunia yang lebih baik
Dari dunia kecilku

Maafkan aku
Tertewas terjatuh melaksanakan
Tanggungjawabku
Oh Tuhan semaikan impian
Semua yang kau cinta

Aku tetap percaya
Walau sekadar bermimpi
Bahawa ada yang akan
Merealisasikan mimpiku
Untuk dunia yang lebih baik
Dari dunia kecilku

Aku masih keliru
Dan tidak memahami
Adakah ini semua lebih
Berharga dari nyawa
Seorang insan bermakna
Yang ingin merasa nikmatnya

Aku tetap percaya
Walau sekadar bermimpi
Bahawa ada yang akan
Merealisasikan mimpiku
Aku tetap percaya

Wednesday, 28 December 2011

PALESTIN MU PALESTIN KU JUA, PERJUANGAN MU PERJUANGAN KU JUA






“Ya Tuhan Kami, berilah kepada mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya” – Al Ahzab 33:68.


Allahuakhbar!! Moga Yahudi laknatullah itu menerima azab yg sepedih-pedihnyanya didunia dan di akhirat. Allah tidak pernah menyalahi janji-janji-Nya, tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya walaupun sesaat.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa padaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada –Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran”- Al Baqarah 2:186

Cuma tika ni Dia menguji kita, menguji sejauh manakah dan sebesar manakah cinta kita pada-Nya. Sebesar manakah pengorbanan yang rela kita lakukan Demi menegakkan agama-Nya. Menegakkan maruah Islam. Apakah kita rela berkorban dengan nyawa dan darah? Berkorban dengan segala harta yang dimiliki Demi berjihad di jalan Allah? Demi menegakkan agama yang satu ini!!!

Disinilah IMAN kita dapat diniai. “Sejauh MANA aku benar2 mampu berkorban untuk agamaku????”

Ada yang mengaku beriman, tetapi masih berkira untuk berkorban..masih berkira-kira untuk menjaga kepentingan masing-masing..masih berkira-kira untuk memperjuangkan kebenaran, masih mampu untuk menutup mata memekakkan telinga dengan segalanya. Masih berpura-pura untuk tidak mengerti apa-apa…masih tega-teganya menyalurkan wangnya kepada Yahudi musuh Islam itu!!

Kenapa ISLAM tidak bersatu???? Kenapa tidak diingatkan pada hadis Rasulullah s.a.w “Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu lebih dari kamu kasihi diri kamu sendiri”. Kemana perginya nilai kasih sayang mereka terhadap saudara seislam sendiri. Untuk berkorban menahan nafsu dari membeli makanan itu pun kita tak mampu, apatah lagi untuk berkorban harta dan nyawa. Dimana nilai agama dan berapakah harga ISLAM ini disisi umat-umat Islam tersebut.

Sedih sekali rasanya saat melihat saudara2 Palestin yg dibunuh saban hari..terasa seluruh hati ini bagai disiat-siat..terasa sakit dan pedih sekali. Seperti ditusuk-tusuk sembilu tajam. Tetapi, jauh dari segalanya..adakah kita tidak iri hati dan cemburu pada para saudara kita di Palestin sana? Setiap hari hidup mereka adalah PERJUANGAN. Mereka terbentang dengan jalan SYAHID. Kerana itu mereka berlumba-lumba untuk mati. Siapa yang tidak mahu mati bergelar SYAHID!!! Siapa yang tidak rindukan syurga yang dijanji untuk para syahid-Nya? Subhanallah, setitis darah mereka harumnya semerbak kasturi.

Hati kita sepatutnya menangis meronta-ronta utk berjihad disana..untuk mati juga bergelar syahid Allah. Untuk mengorbankan nyawa dan darah ini demi mempertahankan agama yang mulia ini, namun jalan juang kita kini bukan disana. Malah kita patut merasa kasihan sekali pada umat Islam di Malaysia yang masih tiada kesedaran. Kenapa harus berbangga dengan negara yang aman damai andai IMAN terkoyak dan makin suram? Kenapa berbangga dengan nikmat dan kesenangan tetapi jauh sekali dari redha Allah?? Apa ertinya!!

Kesenangan itu membuat manusia lalai, menipu manusia hidu-hidup..terasa Allah sayang dan limpahkan rahmatNya sedangkan hal itu lebih menakutkan. Apakah Allah masih pandang MALAYSIA ini? Takut sekali andai sedang dalam keseronokan dan penuh nikmat ini, tiba-tiba Allah datangkan malapetaka hingga hilang sekelip mata segalanya..Naudzubillah. Ibarat yg disebut dlm surah Al A’ra “Dan melapetaka itu datang menimpa mereka ketika mereka sedang lalai dan bergembira”. Itukah yang dimahukan??

Hati kita sepatutnya lebih sakit melihat remaja-remaja Malaysia yang terlonjak-lonjak melompat memenuhi konsert. Menangis-nangis menitiskan airmata tatkala kalah dalam pertandingan menyanyi. Apa nilai airmata yng ditumpahkan itu??? Sehebat itukah cintanya pada keseronokan dunia yang sementara itu? Hingga mampu menangis teresak-esak hanya kerana terkeluar dalam pertandingan nyanyian.


Anak-anak muda di palestin berjuang mengangkat senjata menegakkan agama ISLAM,,tetapi anak-anak muda di Malaysia menggadaikan IMAN dan MARUAH agama sendiri. Malu rasanya pada sahabat-sahabat kita di Palestin. Malu rasanya pada Allah, terasa tidak mampu mengankat muka untuk mengadap wajah kanak-kanak Palestin yg tergantung senjata di tengkuknya, yang membara semangat jihadnya, yang bila-bila pun mahu mati untuk agama-Nya, yg bila-bila pun bersedia mengorbankan nyawa dan darah mereka demi tertegaknya Islam ini. Subhanallah!! 

Ya Allah….tempatkan kami juga di kalangan para syuhadaMu..amin





"Apa yang ada disisimu akan lenyap dan, dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"- Al Nahl 16:96"

Tuesday, 20 December 2011

Dunia Di Belakang Palestin




16/12/2011 - Persatuan Banduan Palestine mendapat lagi 550 senarai nama banduan yang akan dibebaskan dalam masa terdekat. Ini adalah pertukaran banduan yang sedang dilakukan antara Israel dan Hamas. Fasa pertama telah dilakukan pada 18 oktober 2011 dan kini fasa kedua menjelang. Namun senarai banduan yang dilepaskan adalah mereka yang tidak pernah menduduk penduduk Israel

16/12/2011 - 3 masjid dibakar dan seorang penduduk Islam Palestine di bunuh dalam masa seminggu di petempatan yang bercampur Yahudi dan Palestine. Perkara ini menunjukkan sikap pilih kasih penguatkuasa Israel kerena tidak mengendahkan jenayah yang berlaku dah pesalah masih bebas tidak ditangkap.

17/12/2011 - Seorang nelayan berusia 45 tahun cedera di kaki kerana di tembak marin Israel yang menjaga perairan Gaza. Pihak berkuasa Israel berkata mereka menembak enjin bot tersebut sebagai tembakan amaran kerana nelayan tersebut telah masuk ke kasawan perairan Israel. Persatuan Bulan Sabit Merah melaporkan yang industri perikanan di Palestin hampir pupus dek kerana dasar yang ditetapkan oleh Israel.

17/12/2011 - Beratus-ratus penduduk Islam di Israel turun ke jalan untuk melakukan demonstrasi disebabkan pengharaman penggunaan peti pembesar suara ketika azan di Masjid. Pengharaman ini turut mendapat sokongan perdana menteri Israel. Penduduk Islam merasa di anak tirikan kerana penduduk Yahudi menggunakan loceng namun tidak diharamkan.

18/12/2011 - Seorang penduduk di kem Palestine meninggal dunia di tembak tentera Israel mengikut laporan pegawai Hospital Syuhada Al-Aqsa. Majid Nabaheen, 35 tahun mati ditembak di hadapan khemah arwah kerana terkena tembakan rambang yang dilepaskan oleh tentera Israel. Alasan yang diberikan pihak Israel adalah mereka mendengar bunyi letupan berdekatan khemas Majid, lalu mereka melepaskan tembakan rambang kerana menyangkakan itu adalah kawasan operasi pengganas.

18/12/2011 - 4 lelaki cedera selepas masjid yang dibina mereka runtuh. Mereka di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Doktor mengatakan yang keempat-empat mereka hanya cedera ringan.

 20/12/2011 – 182 negara menyokong draf ucapan Duta Palestine yang mengatakan tentang Hak Penduduk Palestine untuk menentukan nasib mereka sendiri dan Hak mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dalam perhimpunan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Antara 9 negara yang mebangkan draf ini adalah Canada, Amerika Syarikan dan Israel.

Tertarik melihat kekuatan penduduk Islam di Israel yang berani turun ke jalan untuk berjuang laungan Azan di bumi Israel walaupun mereka sedar yang mereka dikelilingi 80% penduduk Yahudi di Israel. Itulah keazaman jihad mereka untuk menegakkan Islam. Kita di Malaysia, sebuah Negara Islam, namun ada sesetengah tempat umat bukan Islam memfailkan bantahan penggunaan pembesar suara, semua hanya mengambil endah-tidak endah sahaja. Kemudian kita dapat lihat kini bukan sahaja doa umat Islam mengiringi pejuang-pejuang Palestine kita, namun kuasa dunia juga ingin melihat Palestine mengambil kembali apa yang hak. Allah itu Maha Adil.



Disediakan oleh : The Cerebro ++