Pengawal Revolusi Iran
Zada menyatakan "selepas tindakan ganas Israel ke atas Freedom Flotilla,Bulan Sabit Merah memutuskan untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza,sekali lagi",dan menambah bahawa beberapa mesyuarat telah diadakan mengenai hal ini. Tambahnya lagi kapal pertama akan membawa bekalan kemanusiaan manakala kapal kedua akan membawa bantuan perubatan untuk Bulan Sabit Merah Palestin.
Pengawal Revolusi Iran memberitahu awal minggu ini bahawa mereka bersedia untuk mengiringi dan mengawal kapal-kapal tersebut atas arahan Ketua Tertinggi Iran,Ali Khomeini.
Ali Shirazi,pembantu Khomeini,menyatakan bahawa Pengawal Revolusi telah bersedia dan sanggup mengiringi dan mengawal keselamatan kapal-kapal tersebut serta memastikan bekalan kemanusiaan sampai ke Gaza.
Sebelum ini Majlis Keselamatan PBB telah memilih untuk mengenakan tindakan kali ke empat ke atas Iran kerana gagal untuk menghentikan projek nuklearnya.
Tindakan tersebut termasuk menghalang sebarang ativiti perdagangan serta menyekat ekonomi negara tersebut. Namun menurut Amerika Syarikat tindakan ini tidak memadai dan menuntut sesuatu yang lebih berat ke atas Tehran.
Republik Islam (Iran,Pakistan,Afghanistan dan Mauritania) menegaskan bahawa projek nuklear yang dijalankan bukanlah satu projek senjata tetapi projek penjanaan tenaga.
Sumber imemc.org
No comments:
Post a Comment