ZAGAZIG, 1 Mei - Unit Kempen Prihatin Palestin (KPP) di bawah Unit Kebajikan PERUBATAN
Cawangan Zagazig (PCZ) 2010/2011 telah menganjurkan Program Kutipan Perdana.Kutipan
perdana ini dilaksanakan sebagai intensif terakhir kutipan sebelum penangguhan
KPP sempena musim peperiksaan. Program ini beroperasi selama 7 hari bermula
pada 24 April 2010 sehingga 1 Mei 2010 yang melibatkan semua pelajar Kuliah
Perubatan, Kuliah Farmasi dan pelajar Kuliah Pengajian Islam Universiti
Al-Azhar di Zagazig.
Sebagai
menambah lagi pengetahuan mengenai Palestin,dua artikel telah diedarkan
sepanjang program ke setiap rumah.Turut disertakan artikel dan video ‘trailer’ program
di dalam blog KPP.Di samping itu,program ini juga mengadakan jualan makanan “Food
for Us, Food for Gaza” yang berkonsep ‘membeli sambil menderma’ seperti Nasi
Lemak, Pau, Karipap, Ayam Masak Merah, Ikan Masak Kicap, Nasi Ayam Gaza dan
Nasi Ayam Paprik bagi menambah kutipan.
Hari Kutipan
Perdana pula dilaksanakan pada hari Selasa bersamaan 27 April 2010.Penerangan
oleh AJK pelaksana mengenai program ini turut menekankan kesedaran daripada setiap
ahli tentang kepentingan menyumbang kepada rakyat Palestin secara total. Sambutan
yang agak menggalakkan dari setiap ahli turut diterima.
Keuntungan
dari jualan makanan berjumlah LE 2346.Keseluruhan kutipan yang berjaya dikumpul
dianggarkan berjumlah USD 2254.
Dengan
berakhirnya jualan makanan makan malam pada 29 April 2010, maka berakhirlah program
Kutipan Perdana Kempen Prihatin Palestin. Program ini berjaya mendapat sambutan
yang amat menggalakkan walaupun dalam keadaan masa yang singkat dan tenaga
kerja yang tidak mencukupi. Semoga usaha yang sedikit ini mampu meringankan
beban serta mengembalikan senyuman saudara kita di Palestin.
No comments:
Post a Comment