Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Tuesday, 29 November 2011

1/3 Penduduk Dunia Itu Islam




24/11/2011 - Israel mengenakan sekatan baru kepada pemilik perniagaan di Gaza. Baru-baru ini berlansung satu pertemuan antara Pihak Israel dan Peniaga-Peniaga di Gaza. Akhbar melaporkan yang Israel telah membantu melancarkan banyak perkara untuk memudahkan peniaga di Gaza khususnya perniagaan bahan binaan di jalankan, namun bila ditanya kepada pihak peniaga, mereka mengatakan yang sebenarnya Pihak Israel memudahkan kemasukan bahan binaan namun meletakkan syarat yang mereka perlu menjual bahan binaan berkenaan dengan harga yang tinggi. Ini adalah antara usaha Israel untuk menindas kerajaan Palestine dan mengelakkan berlakunya pembangunan pesat di Gaza.

26/11/2011 - Israel mengugut akan memotong bekalan air bersih ke Gaza. kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Menteri Luar Negara Israel. Beliau mengata yang Israel sedang menimbang untuk memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza sekiranya rundingan damai antara Hamas dan Fatah berjaya. Bagi mereka, jika berlaku pendamaian antara Hamas dan Fatah, kerajaan Palestine sekarang yang berasa di bawah pemerintahan Fatah susah bertukar kepada kerajaan pengganas kerana mengiktiraf Hamas.

26/11/2011 - Israel melambatkan pelepasan 3 banduan Palestin yang sudah tamat tempoh penjara. Ada antara banduan tersebut yang sudah 10 tahun berada dalam penjara.

27/11/2011 - Sebuah keluarga diserang oleh 5 orang yang bersenjata api, dan kesemua kanak-kanak dalam keluarga tersebut meninggal dunia. 5 kanak-kanak yag terlibat semua berumur antara umur 5-12 tahun. Kejadian berlaku selepas kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik mereka untuk tidur, selepas menyalakan lilin, bilik mereka di tingkap bawah ditembak bertalu-talu. Ibu bapa kanak-kanak ini hanya cedera kerana ingin menyelamatkan anak-anak mereka.

28/11/2011 - Jet Pejuang Israel mula menyerang Gaza. Serangan ini bermula selepas Perdana Menteri Israel menyatakan setiap rocket Palestine yang sampai ke tanah Israel, akan dibalas dengan serangan yang lebih hebat. Dalam serangan udara ini, tentera Israel menyerang bangunan-bangunan yang dikataka berlakunya aktiviti dari terrorism.Namun mereka turut menyerang satu kem pelarian.

29/11/2011 – Hamas dan Fatah berbincang untuk melepaskan banduan politik sesame mereka. Presiden Mahmoud Abbas mengarahkan Ketua Perwakilan rundingan damai antara Hamas dan Fatah untuk melepaskan lebih kuran 47 orang banduan politik Hamas yang berada dibawah tahanan Fatah. Dan perkara yang sama turut akan dilakukan oleh Hamas.

 Dari demi hari, perdamaian antara Fatah dan Hamas tampak akan berjaya, namun Israel tetap cuba menggagalkan usaha tersebut dengan cara mengugut memotong bekalan air dan elektrik kepada Gaza. Perkara seperti ini pernah berlaku di Mekah sebelum penghijrahan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dimana umat Islam ketika itu bilangannya sedikit dan mereka di boikot oleh pihak musyrikin Mekah sehinggakan peniaga Islam tidak dapat berniaga, mereka dicerca, hamba Islam diseksa hanya kerana bilangan mereka sedikit. Namun sekarang jika perkara ini masih berlaku, adakah bilangan 1/3 penduduk dunia itu masih sedikit bagi Israel? Dimana kita sebagai umat Islam?


Disediakan oleh : The Cerebro++

Saturday, 26 November 2011

Muhasabah Nikmat Islam




17/11/2011 – Pihak berkuasa Israel kembali menyerbu masuk ke sebuah kampung dan menangkap semula banduan yang telah dilepaskan. Namun jurucakap pihak berkuasa Israel mengatakan mereka tidak ada rekod berkenaan tangkapan tersebut.

19/11/2011 – Asset sebanyak 6 juta USD sebuah bank Islam di Palestin dibekukan atas perintah mahkamah. Perintah ini dikeluarkan mahkamah kerana semua bank di Gaza dsabitkan tidak membayar cukai dari tahun 2005, namun pihak bank menyatakan pada tahun 2007, Presiden Mahmoud Abbas menghapuskan cukai kepada semua bank di Palestin.

21/11/2011 – Banduan yang sakit di Hospital Penjara Ramla berhadapan risiko kesihatan yang lebih buruk apabila dipindahkan ke cel baru mereka. Bilangan banduan yang sakit di Hospital penjara tersebut juga berkurang kerana ramai pesakit meninggal dunia. Cel baru mereka sempit dan bagi banduan kurang upaya, tiada kemudahan untuk mereka bergerak.

22/11/2011 – Banduan Palestin yang berada dalam penjara Israel menyambung mogok lapar mereka sebagai tanda protes kepada pihak pengawal penjara. Mereka tidak makan selama 20 hari dan tidur di atas lantai. Dalam masa mogok, banduan dipukul dan diseksa oleh warden penjara.

24/11/2011 – Deligasi dari Hamas tiba di Kaherah untuk rundingan semula dengan Presiden Mahmoud Abbas berkenaan pelan damai yang termeterai antara mereka Mei lalu. Mesir menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam rundingan ini.

25/11/2011 - Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Yusuf Al-Qaradawi turut menyertai  'Jumaat Al-Aqsa'  di Masjid Al-Azhar hari ini dalam tunjuk perasaan yang diundang oleh Kesatuan Ulamak dan Jawatankuasa Kempen Masyarakat Menentang Pengyahudian Al-Quds  sebagai bantahan kepada tindakan zionis yang melakukan kerja pengyahudian sehasta demi sehasta ke atas Palestin. Ini juga untuk mengingatkan bahawa  negara umat Islam tidak pernah melupai Al-Aqsa dan Baitul Maqdis meskipun masing-masing ditimpa berbagai-bagai peristiwa.

26/11/2011 - Sumber-sumber dalaman mendedahkan kebimbangan Zionis Israel akan perkembangan positif dan sokongan rakyat Mesir terhadap Ikhwanul Muslimin terutamanya pada pilihanraya umum yang akan datang. Perkembangan ini boleh menjejaskan hubungan Israel dan Mesir. Pihak tentera Zionis telah meletakkan kumpulan khusus di sempadan Mesir-Israel bagi memantau situasi semasa.

Menahan diri dari lapar dan dahaga itu bukan suatu perkara yang mudah, apatah lagi jika diseksa. Kita dapat lihat bagaimana kisah Sumayyah gugur syahid dan ramai lagi. Sanggupkah kita masih mengucap 2 kalimah syahadah walaupun diseksa dengan teruk? Itulah yang dilalui hari demi hari banduan Palestin dalam tahanan Israel. Muhasabahlah nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepada kita setiap saat.


 Disediakan oleh : The Cerebro++

Thursday, 24 November 2011

Palestin Dan Kita



Palestin..!!

Apakah gambaran kita tatkala setiap kali kita mendengar nama bumi Anbiya’ ini? Ya, pastinya gambaran kesusahan,peperangan,penderitaan, dan mangsa kezaliman zionis Yahudi.

Tetapi..

“Selamat datang ke dunia yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagian..” Itulah kata-kata yang diucapkan oleh seorang penduduk Palestin apabila wakil Viva dari Malaysia tiba di bumi anbiya tercinta itu.Kemudian,mereka dengan gembiranya menunjukkan perpustakaan yang mereka miliki walaupun hanya beberapa rak yang kelihatan tersusun di situ, kerana itulah yang mereka punyai dan itulah yang Allah tinggalkan untuk mereka. Mereka sentiasa bangga dengan apa yang masih mereka miliki dan tidak pernah memandang rendah terhadap diri mereka.

Mereka masih mampu bekerja dan pergi ke sekolah dengan gembira. Wajah-wajah comel dan ceria itu masih bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang mereka punyai walaupun kelihatannya seperti segala-galanya hancur. Kata mereka,bangunan yang hancur itu bukankah mampu dibina semula. Tetapi yang penting adalah membina jiwa-jiwa mukmin yang izzah dengan Islam.

Betapa mereka sangat berjiwa besar. Sehingga masih berikhtiar untuk mengutip dana untuk mangsa-mangsa bencana alam di negara-negara lain. Masih mampu memikirkan tentang bencana dan kesusahan yang manusia di negara lain sedang hadapi. Betapa anak-anak kecil itu sudah memahami erti sesuatu yang besar. Mengumpulkan patung mainan mereka untuk mangsa-mangsa di negara lain. MashaAllah.

Setandingkah kita dengan mereka?

Tidak malukah kita kepada mereka?

Apa sahaja yang telah kita sumbangkan untuk Islam dalam kehidupan seumur hidup kita?

Mengapa generasi kita kini sehingga ada yang malu dan tidak bangga dengan Islam,agama yang kita katakan haq??Agama yang kita katakan paling benar?

Apabila melihat mereka,pernahkah kita terfikir adakah kita mampu untuk menghadapi kehidupan seperti itu?

Pernahkah kita terfikir bagaimana mereka mampu hidup gembira dan ceria walaupun dalam keadaan seperti itu?

Berbezanya kita dan mereka kerana mereka meletakkan sepenuhnya pergantungan dan pengharapan hanya kepada-Nya?

Walhal kita?

Kita yang diuji dengan nikmat yang banyak,terkadang secara tidak kita sedari kita lebih bergantung kepada nikmat dunia yang Dia berikan berbanding pergantungan kepada-Nya.

Seperti Rasululullah s.a.w. sendiri begitu tenang dan mampu tersenyum ketika Baginda bersama Abu Bakar r.a. bersembunyi daripada orang kafir,dan mengatakan,”La tahzan,sesungguhnya Allah bersama kita”. Di sini jelas terbukti pergantungan Nabi ketika itu sememangnya 100% dan sepenuhnya pergantungan itu 
kepada-Nya kerana tiada apa yang dapat membantu ketika itu selain-Nya.

Berbeza pula ketika perang Hunain, ketika tentera umat Islam ketika itu lebih ramai bilangannya daripada tentera kafir,umat Islam yang ketika itu lengkap dengan perlengkapan senjata,seorang sahabat melihat baginda Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah dengan sesungguh-sungguhnya sehingga Nabi menadahkan tangannya tinggi ke langit. Sahabat bertanya dan Rasulullah s.a.w. ketika itu mengatakan bahawa sesungguhnya baginda khawatir jika dengan lengkapnya senjata dan ramainya bilangan tentera Islam ketika itu akan menyebabkan berkurangnya pengharapan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.Itulah maksud sebenar pergantungan kepada Allah.

Bergantung kepada-Nya sehingga tidak merasakan apa-apa yang lain yang dapat membantu kita selain-Nya.
Berhati-hati dengan cinta dunia(wahan) dan keinginan kita kepada dunia ini.

Kadang-kadang kita secara tidak sedar,banyak bergantung kepada perkara-perkara yang ada di sekeliling kita. Sedangkan itu semua juga merupakan nikmat daripada-Nya.

Adakah kita sudah benar-benar menyerahkan diri kita sepenuhnya pada-Nya dalam setiap aspek yang kita lakukan dalam kehidupan kita? Sama-sama kita bermuhasabah.

Kekuatan itu hanya ada pada-Nya.

Sama-sama kita bina dan bentuk jiwa-jiwa besar, jiwa-jiwa Al-Quran semula seperti jiwanya Nabi Muhammad dan sahabat dan sahabiah. Setiap jiwa kita ini mampu untuk mencontohi mereka yang juga merupakan manusia-manusia biasa dengan keazaman dan keimanan yang teguh.  

InsyaAllah.