Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Thursday, 24 November 2011

Palestin Dan Kita



Palestin..!!

Apakah gambaran kita tatkala setiap kali kita mendengar nama bumi Anbiya’ ini? Ya, pastinya gambaran kesusahan,peperangan,penderitaan, dan mangsa kezaliman zionis Yahudi.

Tetapi..

“Selamat datang ke dunia yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagian..” Itulah kata-kata yang diucapkan oleh seorang penduduk Palestin apabila wakil Viva dari Malaysia tiba di bumi anbiya tercinta itu.Kemudian,mereka dengan gembiranya menunjukkan perpustakaan yang mereka miliki walaupun hanya beberapa rak yang kelihatan tersusun di situ, kerana itulah yang mereka punyai dan itulah yang Allah tinggalkan untuk mereka. Mereka sentiasa bangga dengan apa yang masih mereka miliki dan tidak pernah memandang rendah terhadap diri mereka.

Mereka masih mampu bekerja dan pergi ke sekolah dengan gembira. Wajah-wajah comel dan ceria itu masih bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang mereka punyai walaupun kelihatannya seperti segala-galanya hancur. Kata mereka,bangunan yang hancur itu bukankah mampu dibina semula. Tetapi yang penting adalah membina jiwa-jiwa mukmin yang izzah dengan Islam.

Betapa mereka sangat berjiwa besar. Sehingga masih berikhtiar untuk mengutip dana untuk mangsa-mangsa bencana alam di negara-negara lain. Masih mampu memikirkan tentang bencana dan kesusahan yang manusia di negara lain sedang hadapi. Betapa anak-anak kecil itu sudah memahami erti sesuatu yang besar. Mengumpulkan patung mainan mereka untuk mangsa-mangsa di negara lain. MashaAllah.

Setandingkah kita dengan mereka?

Tidak malukah kita kepada mereka?

Apa sahaja yang telah kita sumbangkan untuk Islam dalam kehidupan seumur hidup kita?

Mengapa generasi kita kini sehingga ada yang malu dan tidak bangga dengan Islam,agama yang kita katakan haq??Agama yang kita katakan paling benar?

Apabila melihat mereka,pernahkah kita terfikir adakah kita mampu untuk menghadapi kehidupan seperti itu?

Pernahkah kita terfikir bagaimana mereka mampu hidup gembira dan ceria walaupun dalam keadaan seperti itu?

Berbezanya kita dan mereka kerana mereka meletakkan sepenuhnya pergantungan dan pengharapan hanya kepada-Nya?

Walhal kita?

Kita yang diuji dengan nikmat yang banyak,terkadang secara tidak kita sedari kita lebih bergantung kepada nikmat dunia yang Dia berikan berbanding pergantungan kepada-Nya.

Seperti Rasululullah s.a.w. sendiri begitu tenang dan mampu tersenyum ketika Baginda bersama Abu Bakar r.a. bersembunyi daripada orang kafir,dan mengatakan,”La tahzan,sesungguhnya Allah bersama kita”. Di sini jelas terbukti pergantungan Nabi ketika itu sememangnya 100% dan sepenuhnya pergantungan itu 
kepada-Nya kerana tiada apa yang dapat membantu ketika itu selain-Nya.

Berbeza pula ketika perang Hunain, ketika tentera umat Islam ketika itu lebih ramai bilangannya daripada tentera kafir,umat Islam yang ketika itu lengkap dengan perlengkapan senjata,seorang sahabat melihat baginda Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah dengan sesungguh-sungguhnya sehingga Nabi menadahkan tangannya tinggi ke langit. Sahabat bertanya dan Rasulullah s.a.w. ketika itu mengatakan bahawa sesungguhnya baginda khawatir jika dengan lengkapnya senjata dan ramainya bilangan tentera Islam ketika itu akan menyebabkan berkurangnya pengharapan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.Itulah maksud sebenar pergantungan kepada Allah.

Bergantung kepada-Nya sehingga tidak merasakan apa-apa yang lain yang dapat membantu kita selain-Nya.
Berhati-hati dengan cinta dunia(wahan) dan keinginan kita kepada dunia ini.

Kadang-kadang kita secara tidak sedar,banyak bergantung kepada perkara-perkara yang ada di sekeliling kita. Sedangkan itu semua juga merupakan nikmat daripada-Nya.

Adakah kita sudah benar-benar menyerahkan diri kita sepenuhnya pada-Nya dalam setiap aspek yang kita lakukan dalam kehidupan kita? Sama-sama kita bermuhasabah.

Kekuatan itu hanya ada pada-Nya.

Sama-sama kita bina dan bentuk jiwa-jiwa besar, jiwa-jiwa Al-Quran semula seperti jiwanya Nabi Muhammad dan sahabat dan sahabiah. Setiap jiwa kita ini mampu untuk mencontohi mereka yang juga merupakan manusia-manusia biasa dengan keazaman dan keimanan yang teguh.  

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment