17/11/2011 – Pihak berkuasa Israel kembali
menyerbu masuk ke sebuah kampung dan menangkap semula banduan yang telah
dilepaskan. Namun jurucakap pihak berkuasa Israel mengatakan mereka tidak ada
rekod berkenaan tangkapan tersebut.
19/11/2011 – Asset sebanyak 6 juta USD sebuah
bank Islam di Palestin dibekukan atas perintah mahkamah. Perintah ini
dikeluarkan mahkamah kerana semua bank di Gaza dsabitkan tidak membayar cukai
dari tahun 2005, namun pihak bank menyatakan pada tahun 2007, Presiden Mahmoud
Abbas menghapuskan cukai kepada semua bank di Palestin.
21/11/2011 – Banduan yang sakit di Hospital
Penjara Ramla berhadapan risiko kesihatan yang lebih buruk apabila dipindahkan
ke cel baru mereka. Bilangan banduan yang sakit di Hospital penjara tersebut juga
berkurang kerana ramai pesakit meninggal dunia. Cel baru mereka sempit dan bagi
banduan kurang upaya, tiada kemudahan untuk mereka bergerak.
22/11/2011 – Banduan Palestin yang berada
dalam penjara Israel menyambung mogok lapar mereka sebagai tanda protes kepada
pihak pengawal penjara. Mereka tidak makan selama 20 hari dan tidur di atas
lantai. Dalam masa mogok, banduan dipukul dan diseksa oleh warden penjara.
24/11/2011 – Deligasi dari Hamas tiba di
Kaherah untuk rundingan semula dengan Presiden Mahmoud Abbas berkenaan pelan
damai yang termeterai antara mereka Mei lalu. Mesir menawarkan diri untuk
menjadi orang tengah dalam rundingan ini.
25/11/2011 - Ketua
Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Yusuf Al-Qaradawi turut
menyertai 'Jumaat Al-Aqsa' di Masjid Al-Azhar hari ini
dalam tunjuk perasaan yang diundang oleh Kesatuan Ulamak dan Jawatankuasa
Kempen Masyarakat Menentang Pengyahudian Al-Quds sebagai bantahan kepada
tindakan zionis yang melakukan kerja pengyahudian sehasta demi sehasta ke atas
Palestin. Ini juga untuk mengingatkan bahawa negara umat Islam tidak
pernah melupai Al-Aqsa dan Baitul Maqdis meskipun masing-masing ditimpa
berbagai-bagai peristiwa.
26/11/2011 - Sumber-sumber dalaman
mendedahkan kebimbangan Zionis Israel akan perkembangan positif dan sokongan
rakyat Mesir terhadap Ikhwanul Muslimin terutamanya pada pilihanraya umum yang
akan datang. Perkembangan ini boleh menjejaskan hubungan Israel dan Mesir.
Pihak tentera Zionis telah meletakkan kumpulan khusus di sempadan Mesir-Israel
bagi memantau situasi semasa.
Menahan diri dari lapar dan dahaga itu bukan
suatu perkara yang mudah, apatah lagi jika diseksa. Kita dapat lihat bagaimana
kisah Sumayyah gugur syahid dan ramai lagi. Sanggupkah kita masih mengucap 2
kalimah syahadah walaupun diseksa dengan teruk? Itulah yang dilalui hari demi
hari banduan Palestin dalam tahanan Israel. Muhasabahlah nikmat Islam yang
dikurniakan Allah kepada kita setiap saat.
No comments:
Post a Comment