Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Saturday, 12 November 2011

Musuh Sedar Kekuatan Kita



1/11/2011 – Ketua dan anak lelaki pemimpim Hamas ditangkap tentera Israel. Rumah beliau diserbu tentera Zionis pada pukul 3 pagi dan menangkap beliau dan anak lelakinya. Mereka kemudian di tahan serta disoal siasat kemudian dilepaskan semula. Jurucakap Tentara Zionis mengatakan itu adalah prosidur biasa untuk menyoal siasat pemimpin pergerakan Islam.

2/11/2011 – Hamas menggesa Presiden Mahmoud Abbas untuk menghentikan rundingan dengan Isreal selepas Israel secara terang-terangan mengganggu  usaha Palestin untuk menjadi sebagai Ahli UNESCO. Semenjak persidangan UNESCO bermula, Israel merancakkan lagi pembinaan penempatan haram Israel di Gaza dan telah melancarkan banyak serangan ke atas Gaza sehinggakan minggu lepas 12 orang pejuang Palestin terkorban.

3/11/2011 - 180 orang banduan Palestin akan dilepaskan oleh kerajaan di Gaza semperna cuti raya haji. Selepas selasai cuti raya haji, 160 daripada orang banduan akan kembali ke penjara manakala baki 20 orang akan diberikan pengampunan awal.

5/11/2011 – Peristiwa Pembunuhan Keluarga Doktor Palestin yang pernah berkhidmat di Israel dan dibunuh sendiri oleh kereta kebal Israel akan dipentaskan. Ahli Keluarga Dr Izzeldin Abuelaish yang terselamat melarikan diri ke Canada selepas kejadian tersebut. Dalam pementasan tersebut, dimuatkan juga panggilan terakhir Dr Izzeldin kepada rakannya di Israel, merayu agar serangan keatas rumah beliau dihentikan.

6/11/2011 - 2 kapal ditawan oleh pasukan Komando Israel semasa di perairan antarabangsa untuk mengghulurkan bantuan perubatan bernilai 30,000 USD ke Gaza. Kapal tersebut membawa 27 aktivis keamanan dari 9 buah negara. Mereka dipaksa untuk menandatangani perjanjian yang mengatakan mereka akan keluar dari perairan tersebut dan pulang ke negara masing-masing dan mengaku ingin masuk ke perairan Gaza secara tidak sah. Namun kesemua aktivis menolak untuk menanda tangani perjanjian tersebut

9/11/2011 – Deligasi keamanan isu Timur tengah akan bertemu dengan Palestin dan Israel secara berasingan pada 14 November ini kata menurut sumber dari Amerika Syarikat. Ini adalah usaha yang dilakukan oleh AS dalam menyelesaikan konflik yang sudah berdekad lamanya. Pertemuan ini akan berlangsung di Baitulmaqdis.

Bila dilihat bagaimana Israel cuba menggagalkan usaha Palestin untuk menjadi Negara Anggota UNESCO, ternyata yang mereka seperki anjing yang takut akan bayang-bayang sendiri. Mengapa mereka perlu gusar sekiranya mereka tahu yang 3 kuasa veto dunia akan menyokong dakyah mereka. Ataupun mereka takut dengan kebergantungan umat Islam dengan tali Allah? Wahai Umat Islam sedarlah Allah itu sentiasa disisi kita, sedangkan musuh Islam takut akan keesaan Allah, bila lagi kita mahu sedar akan kekuasaan dan kekuatan doa umat Islam?



Disediakan oleh : The Cerebro

Sunday, 6 November 2011

Aidiladha Disambut Serba Kekurangan






Rakyat Palestin, Kemboja, Afghanistan dan Somalia rai Aidiladha serba kekurangan

HARI ini umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidiladha iaitu perayaan keagamaan penting sempena memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim mengorbankan anak lelakinya, Nabi Ismail sebagai tanda beliau mematuhi suruhan Allah SWT.
Bagi kebanyakan umat Islam, sejak awal pagi lagi keluar menunaikan solat Aidiladha dengan berpakaian cantik dan berwarna-warni. Namun berbeza keadaannya bagi umat Islam di sesetengah negara yang terpaksa meraikannya dalam serba kekurangan akibat masalah kebuluran, kemiskinan, krisis politik dan peperangan.
Tidak seperti di negara mewah yang menganjurkan ibadat korban secara besar-besaran, ada negara miskin seperti Palestin, Kemboja dan Somalia misalnya, menyaksikan ibadat itu tidak dapat ditunaikan. Jika ada pun, hanya segelintir saja yang dapat menikmatinya, menyebabkan sambutan itu secara sederhana.

Di Pakistan, sambutan Aidiladha kali ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya kerana terkena tempias krisis kewangan yang melanda Asia Selatan. Kuasa membeli di kalangan umat Islam di sana juga berubah dan kebanyakannya mengamalkan sikap berjimat cermat. 

Tahun ini jualan untuk haiwan bagi ibadat korban seperti kambing, lembu dan kerbau juga menurun kerana yang tidak mampu kerana harganya yang tinggi iaitu meningkat 100 peratus berbanding tahun sebelumnya. Jika pada tahun lalu harga seekor lembu $20,000 rupee Pakistan (RM727), kini ia mencecah $40,000 rupee Pakistan (RM1,400).

“Sukar untuk saya membeli haiwan korban mahu pun pakaian dan aksesori lain untuk Aidiladha berikutan kenaikan harga barang, jadi saya fikir hanya akan membeli pakaian baru untuk anak-anak saja," kata Nadia Ali, seorang suri rumah di Islamabad, ibu negara Pakistan. 


Di Afghanistan, selain masalah kenaikan harga, kekacauan yang meletus tidak menampakkan sebarang tanda akan reda. Pertempuran bukan hanya membabitkan anggota Taliban dengan tentera kerajaan tetapi pertikaian antara puak Sunnah dan Syiah.

Di Palestin yang baru mendapat keanggotaan penuh UNESCO - agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), minggu lalu, majoriti penduduknya membuat persediaan dalam serba sukar akibat beberapa sekatan yang dilakukan Israel termasuk petani tidak dapat menunai hasil pertanian manakala pengeluaran hasil penternakan juga berkurangan. 

Akibat sekatan itu juga, harga ternakan melambung dan ini menyebabkan rakyat Palestin biasa tidak mampu untuk membeli daging manakala mendapatkan bekalan daging import lebih sukar kerana harganya lebih mahal.

Dianggarkan 50 peratus pelarian Palestin di Lubnan pula hidup di bawah garis kemiskinan dengan sekitar 53 peratus daripadanya tinggal di kem-kem pelarian. 

Pada dasarnya, rakyat Palestin hidup tanpa kerakyatan kerana hak mereka dinafikan. Sejak penjajahan bermula pada 1967, Israel merampas bangunan dan tanah di wilayah diduduki Palestin dan kini ada 230 penempatan haram dengan isi rumah mencecah 500,000 di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis. 

Mengenai sambutan Aidiladha, seperti tahun-tahun sebelumnya, warga Palestin memang menantikan sumbangan negara asing terutama daging korban daripada negara yang lebih mewah seperti Arab Saudi, Qatar dan Turki. Malah, Malaysia turut menyumbang daging korban yang sudah ditinkan untuk warga Palestin yang rata-ratanya adalah golongan fakir dan miskin.

Menyamai nasib saudara di Palestin, daging sumbangan warga asing turut dinantikan orang Islam Champa di Kemboja. Kebanyakan umat Islam di sana biasanya hanya akan dapat makan daging setahun sekali pada Aidiladha sumbangan masyarakat Islam antarabangsa termasuk Malaysia.

Memandangkan umat Islam di Kemboja dikategorikan sebagai minoriti, Aidiladha tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, namun majoriti umat Islam di sana menyambut meriah Aidiladha walaupun tanpa pakaian cantik dan hidangan mewah seperti yang ada di negara kita.

Selepas menunaikan solat Aidiladha, rata-rata penduduk akan menghadiri majlis korban yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada seluruh pelusuk dunia. NGO dan Organisasi Pertubuhan Islam dari Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak putus-putus menaja majlis kenduri korban di Kemboja, manakala negara di Asia Barat seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan Bahrin menyumbangkan daging korban yang ditinkan.

Somalia yang terletak di benua Afrika, kini menghadapi krisis bekalan makanan dan kebuluran pastinya menyambut Aidiladha penuh kedaifan, namun lebih tiga juta ternakan seperti bebiri dari negara itu tiba di Jeddah untuk keperluan ketika musim haji dan Aidiladha.

Bantuan kemanusiaan yang dihulurkan masyarakat antarabangsa masih tidak dapat menyelesaikan masalah di Somalia malah, masalah di negara itu akan berterusan sehingga tahun depan, lebih-lebih lagi adanya pertempuran antara puak pemisah di sana. 

Hakikatnya, Aidiladha bukan sekadar sambutan keagamaan dan ibadat korban, sebaliknya mengandungi pelbagai pengajaran untuk semua umat. Cuma di negara tertentu, ada umatnya merasai erti sebenar pengorbanan apabila menjadi mangsa penindasan seperti dialami warga Palestin.

INFO: Statistik terkini umat Islam Sedunia

  • Penduduk Muslim 2010:
  • Asia Pasifik: 1,005,507,000 (62.1%)
  • Asia Barat dan Afrika Utara: 321,869,000 (19.9%)
  • Afrika Sub-Sahara: 242,544,000 (15 %)
  • Eropah 44,138,000 (2.7%)
  • Amerika Syarikat 5,256,000 (0.3%)
  • Jumlah 1,619,314,000 (100%)

    Jangkaan Penduduk Muslim 2030:
  • Asia Pasifik: 1,295,625,000 (59.2%)
  • Asia Barat dan Afrika Utara: 439,453,000 (20.1%)
  • Afrika Sub-Sahara: 385,939,000 (17.6%)
  • Eropah 58,209,000 (2.7%). 
  • Amerika Syarikat 10,927,000 (0.5%)
  • Jumlah: 2,190,154,000 (100%) 

    Sumber: Forum Pusat Penyelidikan PWE mengenai Agama dan Kehidupan Awam: The Future of the Global Muslim Population (Washington, DC: Pew Research Center, 2011). 
  • Tuesday, 1 November 2011

    Hajiku Terhalang Oleh Israel


    25/10/2011- Polis Israel melakukan tangkapan rakyat Palestin di sekitar tebing barat baru-baru ini. Seramai 9 orang rakyat Palestin di tahan kerana terlibat dalam pertempuran dengan penguat kuasa Israel. Menurut sebuah kumpulan yang memperjuangkan hak tahanan Israel iaitu Addameer menganggarkan 650,000 rakyat Palestin telah ditahan sejak tahun 1967

    29/10/2011- Pihak Fatah mengutuk keras perbuatan Israel baru-baru ini yang melancarkan serangan udara dan membunuh 5 orang pejuang Fatah. Mereka mengatakan perkata itu adalah pembunuhan beramai-ramai yang dibuat oleh penguatkuasa Israel. Tambahan mereka lagi, ini merupakan jenayah terancang untuk mengucar-kacirkan negara mereka dan mengatakan rakyat Palestin ada penjenayah.

    30/10/2011- Gencatan senjata antara Palestin dan Israe yang bertujuan untuk menghentikan keganasan di sepadan Gaza-Israel l gagal apabila 9 terbunuh termasuk orang awam. Tiga roket pertama dilancarkan ke Israel, namun dua daripadanya berjaya dimusnahkan dan hanya satu yang berjaya mendarat di Israel. Namun tidak adak sebarang kecederaan. Kemudian Israel membalas serangn dan membunuh 6 penduduk Palestin dan 3 lagi orang dalam serangan udara yang berbeza.

    30/10/2011- Dalam satu siding akhbar, Perdana Menteri Israel Benjamin Nentayu menjawab soalan dari wartawan berkenaan isu seorang penduduk Israel terbunuh akibat serangan misel dari Palestin “Membunuh atau kita dibunuh”. Itulah Konsep yang digunakan Israel dalam menangani masalah keganasan di Tebing Barat. Presiden Israeli Simon Peres pula menyalahkan Hamas keatas sebarang yang berlaku antara Palestin-Israel kerana mereka mengatakan Hamas adalah pihak yang menguasai Gaza, dan apa yang berlaku adalah salah mereka, bukan Israel.

    31/10/2011- Israel menghalang 29 jemaah haji dari Palestin untuk ke Makkah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa Israel hanyalah kerana keluarga Jemaah haji tersebut berada dalam tahanan mereka.Ini bukan kali pertama Israel mengganggu umat Islam Palestin menunaikan haji, tahun lepas mereka turut melakukan perkara sedemikian rupa.

    Mungkin bila saudara mara kita terbunuh di Palestin, ada benak hati yang mengatakan ‘Owh..sekurang-kurangnnya mereka dapat peluang untuk gugur syahid’, jadi mungkin ada hikmahnya jikalau Palestin berterusan berperang. Namun bila Israel menghalang umat Islam beribadat, iaitu menunaikan rukun haji yang ke-5, adakah umat Islam masih ingin duduk diam di atas kerusi dan hanya bergoyang kaki? Lupakah kita akan peristiwa Perjanjian Hudaibiyah? Bagaimana musryikin Makkah takut akan umat Islam menyerang mereka. Kita umat Islam akhir zaman mempunyai kekuatan yang sama seperti kekuatan umat Islam dahulu,  kerana kita beriman kepada Allah yang Maha Agung, Maha Satu. Sama sahaja dengan tuhan yang disembah oleh umat Islam terdahulu. Tapi mengapakah musuh Islam berani memijak kepala kita sekarang? Renung-renungkan kerana jawapannya ada pada diri kita sendiri...


    Disediakan oleh : The Cerebro