25/10/2011- Polis Israel melakukan
tangkapan rakyat Palestin di sekitar tebing barat baru-baru ini. Seramai 9
orang rakyat Palestin di tahan kerana terlibat dalam pertempuran dengan penguat
kuasa Israel. Menurut sebuah kumpulan yang memperjuangkan hak tahanan Israel
iaitu Addameer menganggarkan 650,000 rakyat Palestin telah ditahan sejak tahun
1967
29/10/2011- Pihak Fatah mengutuk keras
perbuatan Israel baru-baru ini yang melancarkan serangan udara dan membunuh 5
orang pejuang Fatah. Mereka mengatakan perkata itu adalah pembunuhan
beramai-ramai yang dibuat oleh penguatkuasa Israel. Tambahan mereka lagi, ini
merupakan jenayah terancang untuk mengucar-kacirkan negara mereka dan
mengatakan rakyat Palestin ada penjenayah.
30/10/2011- Gencatan senjata antara Palestin
dan Israe yang bertujuan untuk menghentikan keganasan di sepadan Gaza-Israel l
gagal apabila 9 terbunuh termasuk orang awam. Tiga roket pertama dilancarkan ke
Israel, namun dua daripadanya berjaya dimusnahkan dan hanya satu yang berjaya
mendarat di Israel. Namun tidak adak sebarang kecederaan. Kemudian Israel
membalas serangn dan membunuh 6 penduduk Palestin dan 3 lagi orang dalam
serangan udara yang berbeza.
30/10/2011- Dalam satu siding akhbar,
Perdana Menteri Israel Benjamin Nentayu menjawab soalan dari wartawan berkenaan
isu seorang penduduk Israel terbunuh akibat serangan misel dari Palestin
“Membunuh atau kita dibunuh”. Itulah Konsep yang digunakan Israel dalam
menangani masalah keganasan di Tebing Barat. Presiden Israeli Simon Peres pula
menyalahkan Hamas keatas sebarang yang berlaku antara Palestin-Israel kerana
mereka mengatakan Hamas adalah pihak yang menguasai Gaza, dan apa yang berlaku
adalah salah mereka, bukan Israel.
31/10/2011- Israel menghalang 29 jemaah
haji dari Palestin untuk ke Makkah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima.
Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa Israel hanyalah kerana keluarga
Jemaah haji tersebut berada dalam tahanan mereka.Ini bukan kali pertama Israel
mengganggu umat Islam Palestin menunaikan haji, tahun lepas mereka turut
melakukan perkara sedemikian rupa.
Mungkin bila saudara mara kita terbunuh di
Palestin, ada benak hati yang mengatakan ‘Owh..sekurang-kurangnnya mereka dapat
peluang untuk gugur syahid’, jadi mungkin ada hikmahnya jikalau Palestin
berterusan berperang. Namun bila Israel menghalang umat Islam beribadat, iaitu
menunaikan rukun haji yang ke-5, adakah umat Islam masih ingin duduk diam di
atas kerusi dan hanya bergoyang kaki? Lupakah kita akan peristiwa Perjanjian
Hudaibiyah? Bagaimana musryikin Makkah takut akan umat Islam menyerang mereka.
Kita umat Islam akhir zaman mempunyai kekuatan yang sama seperti kekuatan umat
Islam dahulu, kerana kita beriman kepada
Allah yang Maha Agung, Maha Satu. Sama sahaja dengan tuhan yang disembah oleh
umat Islam terdahulu. Tapi mengapakah musuh Islam berani memijak kepala kita
sekarang? Renung-renungkan kerana jawapannya ada pada diri kita sendiri...
Disediakan oleh : The Cerebro
No comments:
Post a Comment