Rakyat Palestin, Kemboja, Afghanistan dan Somalia rai Aidiladha serba kekurangan
HARI ini umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidiladha iaitu perayaan keagamaan penting sempena memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim mengorbankan anak lelakinya, Nabi Ismail sebagai tanda beliau mematuhi suruhan Allah SWT.
Di Pakistan, sambutan Aidiladha kali ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya kerana terkena tempias krisis kewangan yang melanda Asia Selatan. Kuasa membeli di kalangan umat Islam di sana juga berubah dan kebanyakannya mengamalkan sikap berjimat cermat.
Tahun ini jualan untuk haiwan bagi ibadat korban seperti kambing, lembu dan kerbau juga menurun kerana yang tidak mampu kerana harganya yang tinggi iaitu meningkat 100 peratus berbanding tahun sebelumnya. Jika pada tahun lalu harga seekor lembu $20,000 rupee Pakistan (RM727), kini ia mencecah $40,000 rupee Pakistan (RM1,400).
“Sukar untuk saya membeli haiwan korban mahu pun pakaian dan aksesori lain untuk Aidiladha berikutan kenaikan harga barang, jadi saya fikir hanya akan membeli pakaian baru untuk anak-anak saja," kata Nadia Ali, seorang suri rumah di Islamabad, ibu negara Pakistan.
Di Afghanistan, selain masalah kenaikan harga, kekacauan yang meletus tidak menampakkan sebarang tanda akan reda. Pertempuran bukan hanya membabitkan anggota Taliban dengan tentera kerajaan tetapi pertikaian antara puak Sunnah dan Syiah.
Di Palestin yang baru mendapat keanggotaan penuh UNESCO - agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), minggu lalu, majoriti penduduknya membuat persediaan dalam serba sukar akibat beberapa sekatan yang dilakukan Israel termasuk petani tidak dapat menunai hasil pertanian manakala pengeluaran hasil penternakan juga berkurangan.
Akibat sekatan itu juga, harga ternakan melambung dan ini menyebabkan rakyat Palestin biasa tidak mampu untuk membeli daging manakala mendapatkan bekalan daging import lebih sukar kerana harganya lebih mahal.
Dianggarkan 50 peratus pelarian Palestin di Lubnan pula hidup di bawah garis kemiskinan dengan sekitar 53 peratus daripadanya tinggal di kem-kem pelarian.
Pada dasarnya, rakyat Palestin hidup tanpa kerakyatan kerana hak mereka dinafikan. Sejak penjajahan bermula pada 1967, Israel merampas bangunan dan tanah di wilayah diduduki Palestin dan kini ada 230 penempatan haram dengan isi rumah mencecah 500,000 di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Mengenai sambutan Aidiladha, seperti tahun-tahun sebelumnya, warga Palestin memang menantikan sumbangan negara asing terutama daging korban daripada negara yang lebih mewah seperti Arab Saudi, Qatar dan Turki. Malah, Malaysia turut menyumbang daging korban yang sudah ditinkan untuk warga Palestin yang rata-ratanya adalah golongan fakir dan miskin.
Menyamai nasib saudara di Palestin, daging sumbangan warga asing turut dinantikan orang Islam Champa di Kemboja. Kebanyakan umat Islam di sana biasanya hanya akan dapat makan daging setahun sekali pada Aidiladha sumbangan masyarakat Islam antarabangsa termasuk Malaysia.
Memandangkan umat Islam di Kemboja dikategorikan sebagai minoriti, Aidiladha tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, namun majoriti umat Islam di sana menyambut meriah Aidiladha walaupun tanpa pakaian cantik dan hidangan mewah seperti yang ada di negara kita.
Selepas menunaikan solat Aidiladha, rata-rata penduduk akan menghadiri majlis korban yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada seluruh pelusuk dunia. NGO dan Organisasi Pertubuhan Islam dari Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak putus-putus menaja majlis kenduri korban di Kemboja, manakala negara di Asia Barat seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan Bahrin menyumbangkan daging korban yang ditinkan.
Somalia yang terletak di benua Afrika, kini menghadapi krisis bekalan makanan dan kebuluran pastinya menyambut Aidiladha penuh kedaifan, namun lebih tiga juta ternakan seperti bebiri dari negara itu tiba di Jeddah untuk keperluan ketika musim haji dan Aidiladha.
Bantuan kemanusiaan yang dihulurkan masyarakat antarabangsa masih tidak dapat menyelesaikan masalah di Somalia malah, masalah di negara itu akan berterusan sehingga tahun depan, lebih-lebih lagi adanya pertempuran antara puak pemisah di sana.
Hakikatnya, Aidiladha bukan sekadar sambutan keagamaan dan ibadat korban, sebaliknya mengandungi pelbagai pengajaran untuk semua umat. Cuma di negara tertentu, ada umatnya merasai erti sebenar pengorbanan apabila menjadi mangsa penindasan seperti dialami warga Palestin.
INFO: Statistik terkini umat Islam Sedunia
Penduduk Muslim 2010:
Asia Pasifik: 1,005,507,000 (62.1%)
Asia Barat dan Afrika Utara: 321,869,000 (19.9%)
Afrika Sub-Sahara: 242,544,000 (15 %)
Eropah 44,138,000 (2.7%)
Amerika Syarikat 5,256,000 (0.3%)
Jumlah 1,619,314,000 (100%)
Jangkaan Penduduk Muslim 2030:
Asia Pasifik: 1,295,625,000 (59.2%)
Asia Barat dan Afrika Utara: 439,453,000 (20.1%)
Afrika Sub-Sahara: 385,939,000 (17.6%)
Eropah 58,209,000 (2.7%).
Amerika Syarikat 10,927,000 (0.5%)
Jumlah: 2,190,154,000 (100%)
Sumber: Forum Pusat Penyelidikan PWE mengenai Agama dan Kehidupan Awam: The Future of the Global Muslim Population (Washington, DC: Pew Research Center, 2011).
Di Palestin yang baru mendapat keanggotaan penuh UNESCO - agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), minggu lalu, majoriti penduduknya membuat persediaan dalam serba sukar akibat beberapa sekatan yang dilakukan Israel termasuk petani tidak dapat menunai hasil pertanian manakala pengeluaran hasil penternakan juga berkurangan.
Akibat sekatan itu juga, harga ternakan melambung dan ini menyebabkan rakyat Palestin biasa tidak mampu untuk membeli daging manakala mendapatkan bekalan daging import lebih sukar kerana harganya lebih mahal.
Dianggarkan 50 peratus pelarian Palestin di Lubnan pula hidup di bawah garis kemiskinan dengan sekitar 53 peratus daripadanya tinggal di kem-kem pelarian.
Pada dasarnya, rakyat Palestin hidup tanpa kerakyatan kerana hak mereka dinafikan. Sejak penjajahan bermula pada 1967, Israel merampas bangunan dan tanah di wilayah diduduki Palestin dan kini ada 230 penempatan haram dengan isi rumah mencecah 500,000 di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Mengenai sambutan Aidiladha, seperti tahun-tahun sebelumnya, warga Palestin memang menantikan sumbangan negara asing terutama daging korban daripada negara yang lebih mewah seperti Arab Saudi, Qatar dan Turki. Malah, Malaysia turut menyumbang daging korban yang sudah ditinkan untuk warga Palestin yang rata-ratanya adalah golongan fakir dan miskin.
Menyamai nasib saudara di Palestin, daging sumbangan warga asing turut dinantikan orang Islam Champa di Kemboja. Kebanyakan umat Islam di sana biasanya hanya akan dapat makan daging setahun sekali pada Aidiladha sumbangan masyarakat Islam antarabangsa termasuk Malaysia.
Memandangkan umat Islam di Kemboja dikategorikan sebagai minoriti, Aidiladha tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, namun majoriti umat Islam di sana menyambut meriah Aidiladha walaupun tanpa pakaian cantik dan hidangan mewah seperti yang ada di negara kita.
Selepas menunaikan solat Aidiladha, rata-rata penduduk akan menghadiri majlis korban yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada seluruh pelusuk dunia. NGO dan Organisasi Pertubuhan Islam dari Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak putus-putus menaja majlis kenduri korban di Kemboja, manakala negara di Asia Barat seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan Bahrin menyumbangkan daging korban yang ditinkan.
Somalia yang terletak di benua Afrika, kini menghadapi krisis bekalan makanan dan kebuluran pastinya menyambut Aidiladha penuh kedaifan, namun lebih tiga juta ternakan seperti bebiri dari negara itu tiba di Jeddah untuk keperluan ketika musim haji dan Aidiladha.
Bantuan kemanusiaan yang dihulurkan masyarakat antarabangsa masih tidak dapat menyelesaikan masalah di Somalia malah, masalah di negara itu akan berterusan sehingga tahun depan, lebih-lebih lagi adanya pertempuran antara puak pemisah di sana.
Hakikatnya, Aidiladha bukan sekadar sambutan keagamaan dan ibadat korban, sebaliknya mengandungi pelbagai pengajaran untuk semua umat. Cuma di negara tertentu, ada umatnya merasai erti sebenar pengorbanan apabila menjadi mangsa penindasan seperti dialami warga Palestin.
INFO: Statistik terkini umat Islam Sedunia
Jangkaan Penduduk Muslim 2030:
Sumber: Forum Pusat Penyelidikan PWE mengenai Agama dan Kehidupan Awam: The Future of the Global Muslim Population (Washington, DC: Pew Research Center, 2011).
No comments:
Post a Comment