Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Saturday 22 May 2010

Ringankan Beban,Kembalikan Senyuman

Oleh : NAJIAH Abdol Rauh


ZAGAZIG,  1  Mei  -  Unit Kempen Prihatin Palestin (KPP) di bawah Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2010/2011 telah menganjurkan Program Kutipan Perdana.Kutipan perdana ini dilaksanakan sebagai intensif terakhir kutipan sebelum penangguhan KPP sempena musim peperiksaan. Program ini beroperasi selama 7 hari bermula pada 24 April 2010 sehingga 1 Mei 2010 yang melibatkan semua pelajar Kuliah Perubatan, Kuliah Farmasi dan pelajar Kuliah Pengajian Islam Universiti Al-Azhar di Zagazig.

Sebagai menambah lagi pengetahuan mengenai Palestin,dua artikel telah diedarkan sepanjang program ke setiap rumah.Turut disertakan artikel dan video ‘trailer’ program di dalam blog KPP.Di samping itu,program ini juga mengadakan jualan makanan “Food for Us, Food for Gaza” yang berkonsep ‘membeli sambil menderma’ seperti Nasi Lemak, Pau, Karipap, Ayam Masak Merah, Ikan Masak Kicap, Nasi Ayam Gaza dan Nasi Ayam Paprik bagi menambah kutipan.

Hari Kutipan Perdana pula dilaksanakan pada hari Selasa bersamaan 27 April 2010.Penerangan oleh AJK pelaksana mengenai program ini turut menekankan kesedaran daripada setiap ahli tentang kepentingan menyumbang kepada rakyat Palestin secara total. Sambutan yang agak menggalakkan dari setiap ahli turut diterima. 

Keuntungan dari jualan makanan berjumlah LE 2346.Keseluruhan kutipan yang berjaya dikumpul dianggarkan berjumlah USD 2254.

Dengan berakhirnya jualan makanan makan malam pada 29 April 2010, maka berakhirlah program Kutipan Perdana Kempen Prihatin Palestin. Program ini berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaupun dalam keadaan masa yang singkat dan tenaga kerja yang tidak mencukupi. Semoga usaha yang sedikit ini mampu meringankan beban serta mengembalikan senyuman saudara kita di Palestin.

No comments:

Post a Comment