Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Monday 5 December 2011

Perempuan & Palestin




28/11/2011 - Israel menunaikan ugutan mereka sebelum ini yang mengatakan jika Hamas dan Fatah berdamai, mereka akan memotong bekalan elektric dan air ke Gaza. Kini sebagaian penduduk Gaza perlu hidup tanpa elektric. Israel merupakan sumber 70% tenaga elektrik dan air yang digunakan Gaza. Jadi mereka memang berkuasa untuk memotong bekalan tersebut.

1/12/2011 - Banduan Israel di seksa secara mental dan fizikal sebelum pertukaran banduan kali kedua yang akan dibuat 2 bulan lagi. Banduan Palestin dipukul oleh pengawal penjara tanpa sebarang alasan, electric dipotong selama tiga hari dan jugak televisyen iaitu satu-satunya yang menyambungkan mereka dengan dunia luar di tarik.

2/12/2011 - Pihak Perisikan Israel menahan seorang pemuda Palestin yang pergi ke Israel untuk mendapatkan pembedahan kecemasan mata. Ahmad hamis, 25 terpaksa menyelinap masuk ke Israel untuk menerima rawatan kerana setiap kali pesakit Gaza ingin mendapatkan rawatan luar selain di Israel, mereka akan dihalang, dan jika mereka ingin mendapatkan rawatan di Israel, mereka perlu memohon permit, dan ratio permit yang dilepaskan oleh pihak Israel hanyalah 1 permohonan berjaya bagi setiap 5 orang yang memohon.

3/12/2011 - Israel membina sebuah lebuh raya menyambungkan petempatan mereka tanpa menghiraukan atau mendapat persetujuan dari Pihak Palestine kerana lebuh raya tersebut melalui beberapa petempatan dan tanah Palestin. Projek ini bernilai 40 juta Euro dan dijangka siap dalam masa 14 bulan. Manakala kerajaan Israel membuka tender untuk pembinaan 400 buah rumah baru bagi penduduk Israel bagi melancarkan process mereka untuk menakluk Palestin sedikit, demi sedikit.

3/12/2011 - Satu protes dilakukan oleh bekas-bekas banduan wanita penjara Israel. Protes ini dilakukan demi memperjuangkan hak Amal Jumaa yang merupakan juga bekas banduan yang sudah bebas tetapi disekat kebebasan beliau untuk menerima rawatan di Jordan. Jumaa menghidapi penyakit kancer uterus dan banyak lagi penyakit yang boleh membawa maut. Pihak Israel tidak membenarkan Jumaa ke Jordan dengan alasan 'Di Israel punya pusat kesihatan yang mencukupi untuk merawat Jumaa'.

4/12/2011 – Israel merobohkan petempatan Israel dua kali ganda daripada yang dilakukan oleh mereka pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2011 sahaja, 990 orang penduduk Palestin termasuk 507 orang kanak-kanak yang terpaksa merempat kerana mahligai mereka dirobohkan oleh Pihak Israel. Kehilangan rumah adalah perkara biasa bagi penduduk Palestin, namun kehilangan tanah tempat tumpah darah mereka itu yang akan meninggalkan kesan yang mendalam terutama kanak-kanak.

Semua orang tahu, yang lelaki remaja atau pun dewasa adalah senjata terbaik untuk kebangkitan semula umat Islam, Namun jangan dilupakan peranan wanita juga. Merekalah yang mengandungkan pejuang-pejuang ini dan mendidik mereka sehingga berani berjuang dijalan Allah. 

Dalam pemantauan salah seorang penulis yang setiap minggu membaca akhbar Palestin dan Israel. Banyak penduduk wanita Palestin terutama banduan perempuan dilayan dengan buruk. Ramai yang menghidap penyakit kronik dibiarkan tidak dirawat dan menunggu ajal. 

Adakah dengan mengikat  “rahim” pejuang syahid adalah salah satu dari dakyah Israel untuk menghentikan penentangan penduduk Palestin????


Disediakan Oleh : The Cerebro +++


No comments:

Post a Comment