Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Wednesday 14 December 2011

Palestine Get Away !



8/12/2011 - Israel melanggar kesepakatan yang telah dicapai dalam pertukaraan banduan yang dilakukan antara mereka dan Hamas dengan menangkap semula banduan yang telah dilepaskan. Kementerian Hal Ehwal banduan membuat aduan kepada pihak Mesir yang menjadi orang tengah dalam perjanjian ini. Pihak Mesir cuba menghubungi pihak berkuuasa tentera Israel namun tiada jawapan.

9/12/2011 - Seorang perusuh yang memprotes pembukaan tanah haram oleh Israel untuk dijadikan petempatan Yahudi cedera parah di kepala selepas terkena tembakan peluru gas pemedih mata oleh tentera Zionis ketika cuba meleraikan rusuhan tersebut. Mustafa tamimi berusia 28 tahun cedera dimuka, dan boleh dikatakan separuh dari tengkorak mukanya hancur. Dalam rusuhan tersebut juga, terdapat seorang kanak-kanak yang patah kakinya dilanggar trak tentera Israel.

9/12/2011 - Sebuah kumpulan pejuang Palestin melancarkan 3 bom granet ke Israel sebagai serangan balas atas kejadian minggu lepas dimana Israel melancarkan serangan udara ke Palestin yang meragut 2 nyawa dan mencederakan 13 orang penduduk tempatan. Serangan udara itu ditujukan ke sebuah rumah penduduk Palestin. Pihak berkuasa Israel mengatakan mereka mensasarkan kawasan yang dikatakan berlaku aktiviti pengganas disitu.

10/12/2011 - Serangan udara Israel memusnahkan sebuah ladang yang juga tempat menyimpan stok makanan. Antara kemusnahan yang dialami peladang tersebut iaitu Ramadhan ialah kematian haiwan ternakan beliau dan juga kemusnahan infrastuktur. Serangan udara yang dilakukan oleh Israel semakin rancak.

12/12/2011 – Polis Hamas yang menguasai kawasan Gaza telah melepaskan seorang tahanan sekutu Fatah atas sebab rundingan yang sedang berlansung antara Fatah dan Hamas. Salim Muhammad Zaanon ditahan selepas kembali ke Palestine setelah selesai mendapatkan Phd dalam bidang sains politik di University Kaherah. Namun beliau dilepaskan sehari selepas ditahan oleh pihak Hamas.

13/12/2011 – Presiden Mahmoud Abbas mengibarkan bendera Palestine di Paris semperna penerimaan mereka secara sah sebagai anggota UNESCO. 50 orang ahli diplomatic menyaksikan upacara menaikkan bendera Palestin dan nyanyian lagu kebangsaan Palestine. Mahmoud Abbas berkata yang beliau mengharapkan ini adalah langkah terbaik untuk Palestine menjadi sebuah Negara berdaulat sebaris dengan Israel.

Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar! Akhirya Palestine berjaya diiktiraf oleh sebuah badan besar di dunia iaitu UNESCO. Kibarnya bendera Palestine di bumi asing seperti Paris itu boleh dianggap sebagai berkibarnya panji Islam dan mengingatkan peristiwa gugurnya para syuhada hanya untuk memerdekakan tanah air mereka, memelihara agama mereka serta mendaulatkan agama Allah dengan cuba mempertahankan Al-Aqsa. Namun apa yang membuatkan peristiwa ini lebih menarik apabila Presiden Mahmoud Abbas mengatakan "We hope we will have one independent state in the future that will live side by side with Israel,". Inilah muslim, inilah yang diajar oleh RasulAllah untuk berbaik dengan semua tak kira bangsa ataupun agama. Kita lihat bagaimana penduduk Palestine di tindas, dibunuh, diperkosa, di tidakkan hak, namun mereka tidak menyimpan dendam malah sekiranya mereka merdeka, mereka ingin hidup seiringan dengan Israel.

Disediakan oleh : The Cerebro ++

No comments:

Post a Comment