Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Tuesday 20 December 2011

Dunia Di Belakang Palestin




16/12/2011 - Persatuan Banduan Palestine mendapat lagi 550 senarai nama banduan yang akan dibebaskan dalam masa terdekat. Ini adalah pertukaran banduan yang sedang dilakukan antara Israel dan Hamas. Fasa pertama telah dilakukan pada 18 oktober 2011 dan kini fasa kedua menjelang. Namun senarai banduan yang dilepaskan adalah mereka yang tidak pernah menduduk penduduk Israel

16/12/2011 - 3 masjid dibakar dan seorang penduduk Islam Palestine di bunuh dalam masa seminggu di petempatan yang bercampur Yahudi dan Palestine. Perkara ini menunjukkan sikap pilih kasih penguatkuasa Israel kerena tidak mengendahkan jenayah yang berlaku dah pesalah masih bebas tidak ditangkap.

17/12/2011 - Seorang nelayan berusia 45 tahun cedera di kaki kerana di tembak marin Israel yang menjaga perairan Gaza. Pihak berkuasa Israel berkata mereka menembak enjin bot tersebut sebagai tembakan amaran kerana nelayan tersebut telah masuk ke kasawan perairan Israel. Persatuan Bulan Sabit Merah melaporkan yang industri perikanan di Palestin hampir pupus dek kerana dasar yang ditetapkan oleh Israel.

17/12/2011 - Beratus-ratus penduduk Islam di Israel turun ke jalan untuk melakukan demonstrasi disebabkan pengharaman penggunaan peti pembesar suara ketika azan di Masjid. Pengharaman ini turut mendapat sokongan perdana menteri Israel. Penduduk Islam merasa di anak tirikan kerana penduduk Yahudi menggunakan loceng namun tidak diharamkan.

18/12/2011 - Seorang penduduk di kem Palestine meninggal dunia di tembak tentera Israel mengikut laporan pegawai Hospital Syuhada Al-Aqsa. Majid Nabaheen, 35 tahun mati ditembak di hadapan khemah arwah kerana terkena tembakan rambang yang dilepaskan oleh tentera Israel. Alasan yang diberikan pihak Israel adalah mereka mendengar bunyi letupan berdekatan khemas Majid, lalu mereka melepaskan tembakan rambang kerana menyangkakan itu adalah kawasan operasi pengganas.

18/12/2011 - 4 lelaki cedera selepas masjid yang dibina mereka runtuh. Mereka di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Doktor mengatakan yang keempat-empat mereka hanya cedera ringan.

 20/12/2011 – 182 negara menyokong draf ucapan Duta Palestine yang mengatakan tentang Hak Penduduk Palestine untuk menentukan nasib mereka sendiri dan Hak mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dalam perhimpunan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Antara 9 negara yang mebangkan draf ini adalah Canada, Amerika Syarikan dan Israel.

Tertarik melihat kekuatan penduduk Islam di Israel yang berani turun ke jalan untuk berjuang laungan Azan di bumi Israel walaupun mereka sedar yang mereka dikelilingi 80% penduduk Yahudi di Israel. Itulah keazaman jihad mereka untuk menegakkan Islam. Kita di Malaysia, sebuah Negara Islam, namun ada sesetengah tempat umat bukan Islam memfailkan bantahan penggunaan pembesar suara, semua hanya mengambil endah-tidak endah sahaja. Kemudian kita dapat lihat kini bukan sahaja doa umat Islam mengiringi pejuang-pejuang Palestine kita, namun kuasa dunia juga ingin melihat Palestine mengambil kembali apa yang hak. Allah itu Maha Adil.



Disediakan oleh : The Cerebro ++


No comments:

Post a Comment