Nama lengkap beliau adalah Muhamad Izzuddin Abdul
Qadir al Qassam. Dilahir pada tahun 1882 M di Jabalah, Syria. Datang dari
keluarga yang kuat berpegang kepada Islam. Bapanya seorang guru Quran yang
mengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafal al-Quran. Dia pernah
belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun dan di
sana dia belajar daripada tokoh terkenal, Sheikh Muhammad Abduh. Semasa di
zaman menuntut lagi beliau telahpun gigih melakukan usaha dakwah. Nama lengkap beliau adalah Muhamad Izzuddin Abdul
Qadir al Qassam. Dilahir pada tahun 1882 M di Jabalah, Syria. Datang dari
keluarga yang kuat berpegang kepada Islam. Bapanya seorang guru Quran yang
mengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafal al-Quran. Dia pernah
belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun dan di
sana dia belajar daripada tokoh terkenal, Sheikh Muhammad Abduh. Semasa di
zaman menuntut lagi beliau telahpun gigih melakukan usaha dakwah.
Sheikh Al Qassam adalah seorang imam, guru dan juga
sheikh Tareekat Ash-Shazaliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di
bahagian utara Syria. Beliau menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk
menerangkan kepada umat bahawa tugasnya bukan sekadar asas-asas agama Islam
semata-mata tetapi juga menerangkan setiap isu yang menyentuh kepentingan umat
dan Negara dari sudut pandangan Islam. Kepimpinannya telah menyedarkan
masyarakat untuk kembali kepada Islam. Pentarbiyahan beliau telah berjaya
merubah pemikiran masyarakat.
Semasa perang dunia pertama, dia mengambil bahagian
secara aktif di dalam Revolusi Syria memerangi penjajahan Perancis. Revolusi
tersebut berakhir dengan berlakunya pertempuran Melson pada tahun 1920.
Perjuangan di Syria menjadi semakin rumit apabila
penjajah Perancis menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Beliau yanghanya
mempunyai dua pilihan iaitu hukuman mati atau tunduk dengan kehinaan telah
membuat keputusan untuk berhijrah ke Haifa di Palestin. Tujuan lain
perpindahannya ke kota Haifa adalah kerana kewujudan pendatang haram Yahudi yang semakin bertambah besar di bumi Palestin.
Izzudin Al Qassam datang ke Palestin sebagai
mujahid kerana dia benar-benar memahami rancangan jahat yahudi yang mengerikan
yang telah dibuat oleh Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Swizland pada
29-30hb Ogos 1896. Mereka telah membuat resolusi untuk mendirikan sebuah negara
nasional untuk orang Yahudi di Palestin. Beliau juga melihat pakatan sulit
antarabangsa yang mendapat sokongan kaum penjajah umumnya dan British
khususnya. Sheikh Izzudin juga melihat penghijrahan orang Yahudi secara
besar-besaran ke bumi Palestin dan para pemuda Yahudi bersenjata datang dari
pelbagai penjuru dunia untuk merebut tanah dengan kekerasan mahupun dengan
pujuk-rayu.
Di Haifa dia tinggal di rumah Haji Amin Nuruddin
dan bergiat dengan aktiviti mengajar dan berceramah di Masjid An Nasr. Beliau
kemudiannya bertugas di Masjid Al Istiqlal iaitu masjid terbesar di Haifa pada
masa itu. Pada tahun 1927 dia mendirikan pejabat cawangan Jam’iyah
Asy-Syubban Al-Muslimin (Persatuan pemuda Muslim) di Kota Haifa dan beliau
sendiri bertindak sebagai pemimpinnya.
Beliau mengajak para warga Arab Palestin berbincang
mengenai ancaman Yahudi ini walaupun ada sebahagian daripada mereka yang
mempunyai pendapat yang aneh. Ada di antara mereka yang bepandangan bahawa
cukup untuk menghadapi mereka dengan demonstrasi dan sebahagiannya mengatakan
cukup dengan perundingan sahaja. Bahkan ada yang pergi ke Britain untuk mencari
jalan penyelesaian permasalahan ini.
Selama tujuh tahun
digunakan oleh beliau untuk mengadakan hubungan dengan orang ramai, mengenali
identiti mereka, mengadakan pembinaan, latihan organisasi dan mempersiapkan
mereka untuk berhadapan dengan saat yang bakal menentukan masa depan mereka.
Dalam tempoh tersebut beliau menjalankan pelbagai tugasan; guru di sekolah,
pembimbing rohani di masjid, pekerja di Pejabat Syariat dan ketua pergerakan.
Hubungan dengan berbagai kalangan masyarakat juga mengizinkan beliau memiliki
dana kewangan.
Apakah fokus perjuangan Izzuddin al Qassam?
Perjuangannya sangat menitikberatkan kepada tiga
perkara utama.
1.
Kewaspadaan
terhadap ancaman Yahudi secara berterusan.
2.
Ajakan untuk
berjihad.
3.
Memilih
orang-orang yang berkualiti dan dibekalkan dengan pemikirian yang benar serta
kemahiran ketenteraan.
Mempersiapkan generasi pendokong kebenaran menurut
Izzudin memerlukan
1.
Mengadakan
hubungan baik dengan setiap orang, baik yang mempunyai komitmen pada agama
mahupun tidak. Jika orang ini berubah, maka ia akan menjadi pejuang yang hebat
dan dapat menjalankan tugas-tugasnya untuk memelihara hubungan yang luas.
2.
Menanamkan
rasa cinta di antara sesama manusia kerana penjajah dan yahudi telah banyak
menyebarkan bibit-bibit perpecahan di kalangan masyarakat.
3.
Mengajak
orang yang dianggap baik dengan berkunjung ke rumahnya. Sheikh Izzudin saling
membina suasana keakraban dan persaudaraan sehingga mencapai tahap
berterus-terang untuk menyatakan tujuan perjuangan iaitu menyelamatkan
Palestin.
4.
Izzudin
berkeyakinan bahawa Palestin tidak akan dapat diselamatkan kecuali jika
rakyatnya dibangkitkan rasa tanggung-jawabnya samada lelaki, perempuan, orang
awam ataupun ulama mesti meyakininya dan bangun berjuang.
5.
Pada tahun
1931, pasukan yang beliau bentuk telah menyerang perkampungan Yahudi di Yagur.
Dalam penyerangan tersebut tiga orang tentera Yahudi telah terbunuh. Pasukan
Izzuddin Al-Qassam meneruskan penyerangannya dan menyebarkannya ke seluruh
wilayah pergunungan.
6.
Setelah
pasukan Inggeris yang bekerjasama erat dengan Zionis bertindak mempersempitkan
ruang geraknya di Haifa, maka Sheikh Al Qassam bersama enam sahabat rapatnya
berpindah ke daerah pergunungan pada tahun 1935.
7.
Pasukan
ketenteraan yang beliau bentuk mencapai jumlah seramai 200 orang. Dari jumlah
tersebut dia membahagikannya kepada beberapa kelompok. Setiap kelompok terdiri
daripada lima orang dan salah seorang daripada mereka akan diangkat sebagai
pemimpin dan pemberi arahan. Dalam tempoh yang agak singkat, pasukannya
bertambah banyak dan mencapai keanggotaan seramai 800 pejuang. Setiap unit yang
asalnya terdiri daripada lima orang membesar menjadi sembilan orang.
8.
Rancangan
berjalan sebagaimana yang diharapkan. Di tahun 1935, Izzudin Al Qassam dalam
usianya yang telah mencapai enam puluh tahun keluar pada satu malam dengan
mengenakan pakaian pejuang setelah meninggalkan pakaian tokoh agama. Dia
mengumpulkan anggota keluarganya untuk memberitahukan niatnya dan menjanjikan
keazaman untuk berjumpa dengan mereka di syurga kelak.
9.
Pasukan
Inggeris dengan senjata yang lengkap dan dibantu dengan pesawat tempur telah
menyerang pasukan Izzuddin Al-Qassam di Ya’bad. Dalam pertempuran tersebut
Izzuddin Al-Qassam gugur sebagai syahid bersama dua orang pejuang lainnya pada
20hb November 1935.
10. Orang-orang Palestin di seluruh negara melakukan
solat jenazah ghaib untuk beliau. Jenazah as Syahid Izzudin al Qassam dengan
bajunya yang berlumuran darah dibawa oleh ribuan orang ke makam di kampungnya.
Kesyahidan tiga pejuang tersebut telah mencetuskan lebih banyak penentangan,
pergolakan dan permogokan terhadap penjajahan Inggeris dan Zionis terhadap bumi
palestin.
11.
Jasa Sheikh
Izzuddin Al Qassam sentiasa dikenangi oleh orang-orang Islam terutamanya di
Palestin malahan sebuah sayap ketenteraan HAMAS (Harakah Muqawamah Islamiyah),
mengabadikan namanya dalam unit dan bendera mereka.
12. Berbicara mengenai tradisi pergerakan Islam moden
dan sejarahnya, nama Izzudin Al Qassam tidak dapat dipisahkan; beliau memiliki
cara yang tersendiri dalam pembinaan generasi Islam dengan menggunakan
pendekatan pendidikan, kesiap-sagaan, organisasi dan jihad. Jika diamati lagi,
dalam aliran pergerakan Islam terdapat seorang tokoh besar yang mempunyai
kaedah pergerakan yang pelbagai dan dia adalah salah seorang tokohnya.
No comments:
Post a Comment