Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Monday, 14 November 2011

Cerpen : Aku Rindu Kamu



“Sumayyah.. rindu sama kamu!”

“Rindu kamu juga, Khadijah!”

Aku memeluk erat sahabat baikku, Khadijah Al-Kubra. Senyuman paling manis aku hadiahkan buatnya. Gadis kelahiran bumi Palestin ini tampak manis dengan busana Arabnya. Dialah sahabatku. Sahabat dunia akhirat!

“Sumayyah… lama kita tak lumba lari..huhu”

“Ye la.. kenapa? Dah lama tak rasa kekalahan ke?”

“Amboi..tolong sikit… Khadijah saja ja bagi awak menang tuh!”

Aku tersenyum. Keningku sengaja diangkat sedikit.

“Betul ni?”
          
           Sumayyah sudah mencekak pinggangnya.

          “Betul la!!”

          Aku sudah ketawa kecil. Bangun memeluknya.


          “Baik sahabatku sayang.. kali ni, kita tengok.. sapa yang menang?”

          Khadijah terus meleraikan pelukan. Menepuk lembut bahuku. Aku hanya diam memerhati. Wah! Siap buat garisan lagi!

          “No problem dear.. nampak tak kedai kecil berhadapan kuliah Adab?”

          Aku berdiri di sebelahnya. Mengenyitkan mata menandakan aku nampak.

          “Nak lari sampai sana ka?”

          Khadijah mengangguk lembut. Aku angkat tangan. Orait!

*****

          1….2….3

          Aku memecut laju. Pantas larianku. Perutku terasa senak. Aku pandang ke tepi. Khadijah menghampiriku sambil mengenyit matanya. Perutku terasa pedih yang teramat sangat. Aku memperlahankan larian. Aku nampak Khadijah sudah jauh ke depan. Kakiku makin lemah. Perutku terlampau sakit. Aku jatuh terduduk.

          “Yeaaah! Khadijah menang…!”

          Dari jauh kedengaran suara riang Khadijah. Meraikan kemenangannya. Khadijah menoleh ke belakang. Kaget melihat keadaan diriku.

          “Sumayyah…!”

          Aku hanya tersenyum melihatnya berlari mendapatkanku.

          “Kenapa ni..?”

          “Sumayyah ok je… Cuma sakit perut sikit..”

          “Jom kita gi Markaz Sihi…”

          “Eh..tak pa ja.. mungkin Sumayyah tak makan pagi tadi.. jom kita balik..?”

          “Eaaa.. betul ni? Jom kita balik rehat..”

          Khadijah memapahku. Aku tersenyum dan terus tersenyum. Aku cuit hidungnya. Dia memandangku kehairanan..?

          “Ada orang tuh menang hari ni..”

          “Dok diam-diam! Tak padan dengan sakit..!”

          Aku hanya ketawa kecil. Memeluk erat Khadijah. Subhanallah.. inilah sahabatku! Dialah temanku, sentiasa di sisi tika susah dan senang.

*****

          Jumaat yang sunyi. Kawasan jami’ah Yarmouk lengang dengan lautan manusia. Aku berjalan seorang diri di sebalik kesejukan pagi bumi Irbid. Membawa sekeping hati yang terlalu merindui susuk tubuh itu, Khadijah Al-Kubra. 2 tahun sudah berlalu. Kenangan itu masih tersemat di kalbu. Sekian lama kami bina persahabatan indah ini, ukhwah kami teruji.

          “Sumayyah…”

          “Ya…kenapa?”

          Aku kehairanan memandang wajah sugul Khadijah. Aku genggam tangannya. Ada air mata yang mengalir di pipinya.

          “Khadijah terpaksa pergi..”

          “Ha…? Pergi mana?”

          “Khadijah perlu pulang ke Palestin. Abi dan akhi Khadijah sudah syahid. Tiada siapa yang mahu menjaga adik-adik. Ummi keseorangan…”

          Khadijah sudah menunduk. Dia langsung tidak menatap wajahku. Aku sudah sebak. Ya Allah..inikah ujian persahabatan yang Engkau berikan kepada kami? Sesungguhnya aku tersangat mencintai sahabatku ini Ya Allah…

          “Pergilah Khadijah…”

          Khadijah memandangku. Mata kami bertaut. Aku sudah sebak. Aku peluk erat Khadijah. Allah…mampukah aku? Berpisah dengan seorang sahabat yang amat aku sayangi?

          Air mataku menitis. Ku genggam rantai tangan pemberian Khadijah kepadaku. Terukir namanya di situ. Sungguh! Aku rindu kamu, Khadijah Al-Kubra.

*****

          Aku berjalan di dalam sebuah taman, berhadapan kuliah Adab. Aku toleh ke sebelah kanan. Aku tersenyum. Aku menghampiri pohon zaitun. Aku berhenti di situ. Memejam mataku rapat-rapat. Pohon zaitun inilah menjadi saksi. Di sinilah ukhwah kami bersemi.

          “Assalamualaikum…”

          “Waalaikummussalam..”     

          “Kaifahaluki?

          “Alhamdulillah…”

          “Ana Khadijah Al-Kubra.. wa enti?”

          “Errr… ana Sumayyah…Malizi..”

          “Yaa… Malizi?”

          “Na’am.. min enti?”

          “Palestine…”

          Ukhwah kami bersemi hanya sebegitu cuma. Pertemuan di bawah pohon zaitun yang mengeratkan kami. Setiap kali ada masa terluang. Pohon zaitun itulah menjadi tempat untuk kami berehat sementara menunggu kelas seterusnya.

          Aku ingin sekali, mengulang kisah kami dahulu. Merindui kehangatan pelukan seorang sahabat dari bumi Al-Quds. Aku duduk menyandar di bawah pohon zaitun itu. Membuka lembaran surat dari Khadijah yang ku terima sebulan lepas.


Salam sayang sahabatku, Sumayyah..

          Apa khabar dirimu, Sumayyah. Khadijah harap, Sumayyah sentiasa sihat dan ceria selalu walaupun tanpa kehadiran Khadijah di sisi. Khadijah di sini, baik-baik sahaja. Arhh.. rindunya padamu sahabat. Rindu pada bumi Irbid. Subhanallah..tidak terbendung lagi rasa rindu ini. Apakan daya, pada Allah aku titipkan rasa rindu ini…

Sahabat..

          Bagaimana kehidupanmu sekarang? Khadijah agak sibuk menguruskan adik-adik dan keluarga. Ummi masih trauma. Meskipun sudah 2 tahun berlalu… kenangan abi dan akhi Khadijah masih menghantuinya. Ummi masih belum mampu menerima hakikat, bahawa abi dan akhi sudah pergi.

          Khadijah yang perlu bertungkus lumus membesarkan adik-adik. Akhir-akhir ini, serangan Israel di Tebing Gaza semakin menjadi-jadi. Ketakutan menghantui adik-adik Khadijah. Air mata yang menemaniku sahabat, bagaimana Khadijah mahu membesarkan adik-adik dengan suasana yang sebegini rupa?

          Khadijah tidak gentar Sumayyah. Dari kecil hinggalah Khadijah tumbuh menjadi seorang gadis, bumi Al Quds ini masih dijajah. Khadijah sudah lali. Andai kematian menjemput Khadijah..Khadijah tidak gentar sahabatku sayang.. kerana inilah realiti kehidupan kami di sini..

Sumayyah..

          Sahabatku dunia akhirat. Mungkin ini warkah terakhirku. Kekangan waktu dan kesibukanku menyebabkan masa terluang amat terbatas untukku. Khadijah banyak meluangkan masa untuk adik-adik dan gerakan mujahidah di sini.

          Akhawat merupakan aset penting dalam perjuangan. Khadijah telah bersedia dan menyerahkan khidmat diri ini untuk perjuangan gerakan mujahidah di sini, yakni membantu gerakan mujahidin. Doakan kami syahid dengan redha Ilahi..

          Doakan perjuangan Khadijah..doakan bumi AL QUDS ini! Sumayyah..   Khadijah sayang Sumayyah..apakan daya.. kita terpaksa berpisah..titipkan saja doa pada Allah…

Salam sayang dariku,

~Khadijah Al-Kubra~

*****

          Kitab مدخل الئ العقيدة aku tutup rapat. Hampir sejam Dr. Malkawi bersyarah di hadapan. Namun, tiada satu pun yang melekat ke dalam mindaku. Aku hanya memandang Dr. Malkawi dengan pandangan yang kaku. Perutku dari awal pagi tidak selesa. Seakan-akan dicucuk dengan duri yang tajam!

          Sabirin..kawan arabku hanya menampar bahuku lembut. Dia meminta izin untuk pulang. Aku hanya mengangguk lesu. Bilik kuliah 102 ini sudah lengang dengan pelajar. Aku mengagahkan diri untuk bangun. Aduh! Terasa pedih yang teramat sangat.

          Aku berjalan perlahan menuju ke Hijazi. Menahan pedihnya rasa, hanya Allah yang tahu. Betapa sakitnya. Betapa peritnya.

          Sampai sahaja di rumah, aku terus merebahkan diri. Aku berbaring di atas katil, memandang siling. Kosong! Ada keluhan kecil yang ku lepaskan. Aku mengiringkan badan. Mataku tertancap pada potret indah aku dan Khadijah di Petra. Ada air hangat yang mengalir. Aku rindu kamu, Khadijah!

          Aku lihat sebuah bangunan yang tersergam indah. Seakan aku kenal bentuknya. Kubahnya. Warnanya. Al-quds kah itu? Arghh…tidak mungkin itu Al-Quds! Aku di bumi Jordan. Al Quds di bumi Palestin.

          Aku berjalan menghampiri bangunan itu. Benar! Itu Al-Quds. Aku menggosok dahiku. Aneh! Dari kejauhan, di sebalik pintu utama Al Quds, aku nampak seseorang. Seseorang yang aku rindui, Khadijah!

          Aku berlari mendapatkannya. Ya! Dia Khadijah. Khadijah tersenyum memandangku. Aku peluk Khadijah erat. Aku menangis dalam pelukannya. Betapa ku rindu padamu sahabat!

          “Sumayyah..”

          Aku meleraikan pelukan. Sungguh, aku rindu akan suaramu. Aku memandangnya. Dia masih tersenyum kepadaku…

          “Mari ikut Khadijah…”

          “Pergi mana Khadijah..?”

          “Kita pergi jauh sahabatku……..”

          “Jauh…? Tapi ke mana?”

          “Ke tempat yang penuh ketenangan…”

          “Tapi…..”

          Khadijah mengenggam tanganku. Dia tersenyum. Sedikit demi sedikit dia berjalan meninggalkanku. Aku menangis. Aku cuba menahannya dari pergi meninggalkanku..

          “Khadijah, Sumayyah nak ikut..”

          Aku terasa bahuku ditepuk lembut. Aku membuka mata. Kelihatan Aisyah tersenyum memandangku. Aku terus bangun. Duduk menghadap Aisyah. MasyaAllah..aku bermimpi lagi.  

          “Rindu Khadijah ya?”

          “Hmm…”

          “Dah azan maghrib ni.. bangun solat ya..”

          Aku mengangguk lembut. Aku beristigfar beberapa kali. Allah, aku mimpi rupanya.

*****

          “InsyaAllah..pengarah Program Akses Pemikiran Islam kali ini, adalah Saudara Muaz. Manakala timbalan pengarah adalah Saudari Sumayyah..”

          Aku terkedu! Sejak bila pula aku boleh jadi timbalan pengarah? Aku pandang AJK Akhawat Permai yang lain. Masing-masing hanya tersenyum memandangku. Bila ku tanya, masing-masing menjungkitkan bahu.

          “Errr…maafkan ana, kenapa ana jadi timbalan pengarah?”

          “Ya…itu keputusan semua. Tanyalah akhawat yang lain..”

          Aku terus toleh ke belakang untuk kali keduanya. Masing-masing hanya menunduk. Diam seribu bahasa. Kedengaran tawa kecil di sebelah syabab. Aku naik geram. Terus aku pandang ke hadapan.

          “Hmmm…baiklah..ana cuba..”

*****

          Program Akses Pemikiran Islam berjalan dengan jayanya selama seminggu. Hanya berbaki sehari sahaja lagi. Kesihatanku agak tidak stabil akhir-akhir ini. Ramai kenalan akhawat menegurku. Perubahan susuk tubuh yang mendadak. Allah…

          “Sumayyah…enti ok tak ni?”

          “Ya…ana ok je Aisyah..”

          Aku melemparkan senyuman kepada Aisyah.

          “Jom..kita masuk dewan..”

          “Ok..”

          Aku berjalan seiringan dengan Aisyah. Perutku terasa pedih yang teramat sangat. Sukar untuk ku melangkah anak tangga depan kuliah Adab ini. Aku genggam tangan Aisyah. Aisyah memandangku.

          “Kenapa ni Sumayyah? Sejuknya tangan enti..”

          “Err…tak da pa.. ana nak minum air..”

          Aku masih menggengam tangan Aisyah. Aisyah tampak kerisauan. Kepalaku terasa berat. Pandanganku kian kabur.. Genggaman tanganku kian terlerai. Aku rebah menyembah bumi.

          “Sumayyah…Sumayyah…”

*****

          Dewan Kindi gamat dengan tepukan para pelajar yang terdiri dari pelajar Yarmouk dan juga pelajar JUST. Open Debate yang dianjurkan berjaya menghangatkan suasana. Semua orang ceria, bergelak ketawa sepanjang program.

          Haikal, selaku pengerusi majlis masih menahan debar di dada. Panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi membuatkan hatinya sebak. Riak muka cuba ditenangkan setenang mungkin sebelum dia melangkah keluar ke hadapan pentas.

          Dia memejam mata rapat-rapat. Menarik nafas sedalam mungkin. Dia pandang sahabatnya yang lain. Muaz mengangguk lembut. Haikal terus melangkah ke hadapan pentas. Dia pandang ke hadapan dewan. Masih ada saki baki senyuman yang tidak lekang dari bibir para pelajar. Allah..

          “Alhamdulillah…Open Debate kita telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada para pendebat kerana anda mampu menghangatkan suasana…”

          Tepukan gemuruh kedengaran. Haikal diam seribu bahasa. Dewan kembali sunyi.

          “Di sini…ada dua berita sedih yang ingin ana khabarkan kepada kalian.. Pertamanya, kepada siapa yang masih mengingati Saudari Khadijah Al-Kubra, pelajar kelahiran bumi Palestin ini.. telah kembali ke rahmatullah kerana terbunuh sewaktu serangan di Tebing Gaza semalam.. mari sama-sama kita membacakan Al-Fatihah buatnya..”

          “Berita kedua..”

          Haikal tidak mampu meneruskan kata-kata. Dia menangis di hadapan pentas. Dewan menjadi gamat untuk seketika. Semua orang kaget dengan reaksi Haikal. Apa yang berlaku..?

          Haikal sedaya upaya menahan tangisnya. Dia perlu kuat untuk menyampaikan berita ini.

          “Berita ini mungkin akan menyebabkan kalian terkejut terutamanya di pihak akhawat..seorang insan yang kita sayangi, seorang insan yang juga merupakan timbalan pengarah Program Akses Pemikiran Islam ini….Saudari Sumayyah telah kembali kepada Pencipta-Nya sebentar tadi..kerana kanser perut yang dialaminya sejak 2 tahun yang lalu…”

          Usai berita itu, kedengaran esak tangis di sebelah akhawat. Barisan syabab juga turut bersedih dengan pemergian insan ini. Sumayyah..akhawat Irbid yang teguh keperibadiannya.. Haikal hanya mampu menundukkan pandangannya. Benarlah.. Khadijah dan Sumayyah saling mencintai dan menyayangi. Allah memakbulkan doa mereka...

        "Moga syahid mengirimu sahabat!.."




Sumber : http://qaniahmawaddah.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment