Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Monday, 14 November 2011

Jangan Pesongkan Hati Kami



10/11/2011 Seorang bekas banduan wanita melancarkan mogok lapar kepada Kerajaan Palestin kerana tidak memberikan dia rawatan yang sepatutnya selepas dibebaskan dari penjara. Amal Jumaa, 41 tahun mengalami banyak penyakit antaranya kanser uterus dan banyak lagi. Dia dikeluarkan dari penjara atas sebab pendarahanserisu didalam perut namun hanya dihantar ke hospital tanpa apa-apa tindakan selanjutnya oleh pihak hospital.

11/11/2011 – Lebih ramai banduan wanita akan dibebaskan menurut sumber dari Hamas. Pembebasan ini adalah kesinambungan dengan perjanjian pertukaran banduan yang telah dilakukan bulan lalu dan di pantau oleh Mesir.

12/11/2011 – Rejim Zionis cuba menghalang pengkebumian seorang wanita Palestin. Penduduk yang mengusung jenazah itu telah disekat oleh askar Israel semasa melalui jalan besar ke tanah perkuburan berdekatan, namun mereka menggunakan jalan lain untuk ke tanah perkuburan. Sampai di tapak pengkebumian, askar Israel melepaskan gas pemedih mata kepada yang hadir dalam upacara pengkebumian tersebut.

14/11/2011 – Israel menyerbu dan menangkap kembali bekas banduan yang telah dilepaskan mereka dalam perjanjian pertukaran banduan dengan seorang askar Israel. Antara yang ditangkap semula ialah Nael Barghouti. Dia  merupakan bekas banduan yang paling lama berada dalam tahanan Israel iaitu selama 33 tahun.

14/11/2011 – Israel masih mahu membekukan cukai pendapatan dan cukai-cukai lain milik penduduk Palestin yang bernilai lebih kuran 100 milion USD setiap bulan!. Sebelum ini cukai-cukai tersebut diambil oleh kerajaan Israel untuk kepentingan mereka sendiri. Namun selepas Palestin diterima secara sah untuk menjadi sebagaian daripada anggota kebudayaan UNESCO, mereka sepatutnya dilayan sebagai sebuah negara berdaulat dan berhak mendapat cukai-cukai tersebut.

14/11/2011 – Pihak berkuasa Israel bersama bulldozers membakar dan meratakan kawasan pertanian milik beberapa petani di kampung Azzun Atma. Petani yang terlibat mengatakan ini semua adalah salah satu daripada rancangan Israel untuk meluaskan kawasan petempatan mereka. Bila aduan dibuat kepada pihak berkuasa Israel atas alasan mereka melakukan perkara ini, mereka hanya menjawab yang perkara ini tidak diketahui pihak atasan dan mereka tidak boleh berbuat apa-apa

Semakin dikaji, semakin banyak diketahui semakin kita sedar dan sedih bila melihat sebuah kaum yang pernah mendapat hadiah dari Allah, yang telah menyaksikan kebesaran Allah khas kepada mereka namun mereka masih berpaling. Itulah Bani Israel. Sebelum ini mereka menghalang umat Islam menunaikan haji, kini mereka menghalang upacara pengkebumian Islam. Berdoalah kita agar tidak menjadi seperti mereka dan berdoalah agar Allah tidak memesongkan hati kita. 


    "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (Surah Al- Imran : 8)



Disedikan oleh : The Cerebro

No comments:

Post a Comment