Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Wednesday, 19 October 2011

KENALI HAMAS DAN PESANAN MEREKA KEPADA KITA


            
Semenjak  rakyat  palestin  memilih  mereka  pada  pilihan  raya  2006  yang  lalu,  Hamas  membuktikan  bahawa  mereka  adalah  pelindung  rakyat  palestin. Selepas  kerajaan pemimpin Hamas  dinafikan daripada  sempadan  yang sepatutnya  menjadi milik  mereka  dalam Perjanjian Oslo, mereka  tidak  membiarkan  rakyat palestin terus menderita.

Hamas  menjadikan  Islam sebagai  landasan  perjuangan mereka.Hamas juga  sanggup menggadaikan  nyawa  ahli-ahli mereka agi tujuan tersebut. Tambahan pula, mereka berjanji untuk memerdekakan  masjidil Aqsa  walau terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.itu janji mereka.
                                                          
                       ‘Ayuh menilai dan bermuhasabah ,di antara perjuangan kita dan mereka’

Majoriti  kumpulan  ‘pelobi’  daripada Negara luar  yang begitu  bersemangat  mengenai  isu  palestin,  adalah  merupakan  pendokong  Hamas.

Bayangkan  berulang-ulang  kali  mereka  mendesak  pihak-pihak  terlibat  dalam  isu  negara Palestin  di  parlimen  EU  untuk  mengiktiraf  Hamas.

Tidak  keterlaluan  sehingga  ada  juga  di antara  mereka  yang  tidak  jemu-jemu  memuji  dan  menegaskan  bahawa Hamas  adalah hero  rakyat  Palestin.

Ucapan Obama  menunjukkan sikap  berat sebelah  Amerika yang  menyokong  penjajah  Israel , sementara  negara  arab  dan  palestin  patut  berhenti  bergantung kepada  Amerika. Kami  menggesa  pemimpin  palestin  menggunakan strategi  berdikari  dan  dunia  arab dan Islam  sedar  akan  keangkuhan  Amerika  dan  Israel.- Sami  Abu  Zuhri,jurucakap  Hamas.

Bolivia  bukan sahaja  menyokong  usaha pemimpin Palestin  mendapatkan  negara  mereka,  malah  menyambut  baik  kemasukan  mereka  dalam PBB.-Evo Morales, Presiden  Bolivia.

Saya  sekali  lagi  menyatakan  sokongan  kepada  pengiktirafan  negara  Palestin  yang wujud  secara  aman  di  sebelah  Israel.-Ban Ki Moon , Setiausaha  PBB.

PESANAN UNTUK UMAT ISLAM DI MALAYSIA - HAMAS


Semenjak hari pertama penubuhannya, HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama bagi memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya.HAMAS juga memberikan nyawa ahli-ahli mereka bagi tujuan itu dan berjanji pada rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami.

HAMAS juga berjanji hendak memerdekakan Masjid Al Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.’

Buat umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan fikrah dan akidah yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan manhaj atau tujuan  yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pencinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar perkara ini?Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarinya?’

Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.Kami hanya mempunyai 2 pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan US dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan. Kami memilih pilihan kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan.’

Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan tersu tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian. Jika kami gugur syahid manakala saudara skalaina terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja,nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripda Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memafkannya.’

Umat Islam di Malaysia, kami mengharapkan saudara bersikap proaktif. Kami hanya mengharapkan saudara dapat menyumbang USD1 (bersamaan RM3.60) setahun bagi menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapkan saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi Pengerusi OIC supaya melakukan sesuatu.Kami juga berharap agar saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin.’

‘Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al Aqsa suatu hari nanti.Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.

Allahuakbar !

Saudaramu,

Khalil Ismail Al Hayya,

Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin.


 

 


 
 

No comments:

Post a Comment