Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Sunday, 16 October 2011

PALESTIN MILIK ALLAH


  

Sejak puluhan tahun yang lampau bumi itu tidak pernah aman. Bumi  itu tidak pernah sunyi daripada bedilan-bedilan roket,bom dan tembakan yang memecahkan gegendang telinga yang mendengar. Bumi itu jugalah yang telah menyaksikan betapa ramainya pejuang – pejuang agama  ALLAH telah syahid di jalanNYA.Sehingga hari ini, kita tetap menyaksikan betapa rakyat palestin tidak pernah menyerah kalah. Mereka  tidak pernah tunduk  pada kemahuan dan kekejaman penjajah yang  terus  terusan berusaha untuk memiliki kota suci itu.
    
     
                            Pada dasarnya,isu Negara  Palestin merupakan  satu isu yang mana seluruh umat Islam perlu ambil peduli.Namun hakikatnya, isu ini merupakan isu kemanusiaan,kerana jenayah yang dilakukan Israel,merupakan jenayah dunia yang telah meragut hak-hak asasi kemanusiaan di Negara tersebut. Buktinya, Rachel  Corrie  seorang aktivis kemanusiaan telah terkorban dalam misinya sewaktu mempertahankan rumah-rumah rakyat Palestin daripada dimusnahkan oleh rejim Zionist. Namun demikian, darah yang mengalir di bumi israk dan mikhraj itu,sebenarnya telah menyuntik semangat jihad umat islam di seluruh dunia.

     Palestina, Al Quds dan Masjidil Al Aqsa  sesungguhnya  berada  di  kedudukan  dan  tempat  yang  terhormat  di  hati  umat  Islam  di  seluruh  dunia.  Islam telah  menempatkan  Al  Aqsa  melalui  ayat- ayat  Al Quran  dengan  menyebutkan  ianya  sebagai  negeri  yang  penuh  barakah  dan  suci.

Dalam  firman ALLAH swt ; Maha  suci ALLAH  yang  telah  memperjalan kan  hambaNYA  di malam hari  dari  masjidil Haram  ke  masjidil Aqsa  yang telah  kami  berkati.  ( Al isra’:1 )

Gelombang  masyarakat  dunia  terhadap  perjuangan  rakyat  palestin  tidak  dapat  di bendung  lagi. Cuba  lihat di UK, hasil demo  tiap-tiap  hari, menteri  luar nya  David  Miliband  telah  mengeluar kan  kenyataan  yang  agak  luar  biasa  dengan  mengutuk serangan  Israel. Inilah yang perlu kita perjuangkan. Bukan setakat  meletakkan  harapan  terhadap  badan- badan  pertubahan  dunia, seperti  OIC  yang hanya  bertindak dengan  sikap ‘ Oh I See…’…


Taqabbalallahu minna wa minkum..salam kita adalah salam perjuangan, takbir kita adalah takbir kemenangan, takdir kita adalah untuk berubah..


Disediakan Oleh : Nor Syahirah Binti Al-Fateh

No comments:

Post a Comment