Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Friday, 21 October 2011

BOIKOT UNTUK SELAMATKAN PALESTIN


                                     
Kezaliman, kedajalan dan keganasan tentera Israel seolah-olah tiada penghujungnya. Isu Gaza, Baitulmaqdis dan Al-Aqsa bukan lagi isu perebutan wilayah Palestin, tetapi lebih kepada isu kemanusiaan. Sampai bila rakyat Palestin perlu hidup menderita? Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan. Tanah air mereka dijajah dan rumah-rumah mereka dibom. Mereka kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata. Gaza pula mengalami sekatan oleh Isreal yang berkomplot dengan pemimpin-pemimpin Mesir. PBB yang diharapkan hanya mampu menjadi boneka, seperti boneka yang dijual di kedai dua ringgit. Langsung tak berguna. Pemenang Novel Keamanan, Barrack Obama? Dua kali lima dengan PBB.

Kita harus bertindak. Israel akan menjadi lemah jika majoriti penduduk dunia terutamanya orang Islam memboikot semua barangan atau produk Israel/Yahudi. Setiap sen hasil jualan barangan Israel/Yahudi mungkin disalurkan kepada tentera Israel yang digunakan untuk membeli peluru dan menembak penduduk Palestin. Inilah usaha yang mampu kita buat untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas. Walaupun sumbangan kita kecil, mungkin impaknya lebih besar daripada apa yang kita fikirkan. Sekurang-kurangnya kita berikhtiar untuk melemahkan kebatilan tentera Israel Laknatullah. 

Kita juga perlu maaruf  tentang beberapa  jenama  barangan  yang dikenalpasti  telah  menyalurkan  keuntungan dan  membiayai pembelanjaan  yang  diperlukan oleh rejim Zionist.

Hal ini bertentangan sekiranya memboikot dengan nada hukum, seperti haram membeli barangan yahudi ataupun haram memakan makanan Amerika. Seharusnya, boikot perlu dilakukan dengan nada solidariti supaya lebih berkesan.

Namun  sesetengah dari kita berfikiran agak pesimis…..
       
   "Adakah berkesan sekiranya jika kita turut sama memboikot walau dengan RM1?"  

Subhanallah.Ketahuilah bahawa walau sedikit usaha yang kita lakukan untuk membantu mereka,yakinlah ganjaran  ALLAH  hanya ada disisiNya..
                                            
Kisah benar : Ketika memeriksa jenazah-jenazah mangsa pengeboman Israel di Gaza,ada satu jenazah kanak-kanak yang penuh duit syiling dalam poket seluarnya. Ditanya kepada rakannya duit apa, "dia memaklumkan kami dia tengah mengumpulkan wang untuk saudaranya  di Somalia." – sumber Free Gaza.

Allahuakbar!!

Meraka yang belum pasti esok masih ada,dalam kondisi makanan untuk esok yang belum pasti ada,tetap terus menyumbang kerana mereka sedar mereka itu bersaudara. Kita bagaimana?
     
"Wahai sahabat,sekiranya kita tidak dapat boikot semua, jangan tidak boikot semua pula.." 

Semoga usaha yang sedikit ini membuahkan hasil untuk saudara kita di sana.


Disediakan Oleh : Nor Syahirah Binti Mohd Al-Fateh

No comments:

Post a Comment