Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Wednesday, 26 October 2011

Kegembiraan Atau Kehinaan ??


17/10/2011 - Israel bersetuju untuk membuat pertukaran seorang askar Israel yang ditangkap Hamas pada tahun 2006 dengan 1000 banduan Palestin yang sedang berada dalam tahanan penjara rejim Zionis. Sebelum bersetujuan ini tercapai, seramai 1400 orang rakyat Palestin gugur syahid dek kerana serangan balas tentera Zionis berkenaan isu ini.

19/10/2011 – Pelepasan banduan yang bakal dilakukan akan bersyarat menurut Israel. Setiap banduan yang dilepaskan perlu melapor diri di Tebing Barat untuk 3 kali dalam sebulan. Kepada banduan yang gagal berbuat demikian, mereka akan ditangkap semula

20/10/2011 – Kerajaan Palestin mengistiharkan cuti umum untuk meraikan pelepasan 477 orang banduan Palestin yang berada dalam tahanan Isreal. Baki banduan seramai 550 orang akan dilepaskan berperingkat dalam masa dua bulan mengikut persetujuan pihak Hamas dan Israel.

21/10/2011 – Masih belum ditetapkan tarikh untuk perjumpaan Fatah-Hamas kata jurucakap rasmi Fatah, Azzam al-Ahmad. Perjumpaan yang bakal dibuat ini adalah kesinambungan daripada perjanjian yang telah dibuat antara Fatah dan Hamas pada mei lepas di Kaherah berkenaan untuk bergabung dan menyelesaikan persengketaan setelah sekian lama.

22/10/2011 – 6 orang doktor dan jururawat dari Amerika Syarikat akan berkhidmat selama 5 hari di Hospital Al-Awda. Mereka terdiri daripada Urologis, Kardiologis, jururaeat psychiatric dan juga jururawat pediatrik..

23/10/2011 – Seorang remaja Israel berumur 20 tahun telah ditikam di utara Jerusalem. Polis mengatakan suspek mungkin rakyat Palestin. Kemudian Rejim Zionis menyerbu sebuah perkampungan Palestin di timur Jerusalem dan menyerang 3 orang penduduk Palestin

Dapat dilihat bagaimana rakyat Palestin sungguh gembira menerima ahli keluarga yang telah dilepaskan oleh Israel sehinggakan kerajaan mengishtiharkan cuti umum. Namun dunia dapat melihat dalam masa sama yang Israel juga sedang menghina umat Islam khususnya penduduk Palestin itu sendiri apabila bersetuju untuk membuat pertukaran seramai lebih kurang 1000 orang banduan Palestin dengan hanya seorang tentera Israel. Mereka menguatkan bukti yang mengatakan umat Islam ketika ini bagaikan buih-buih di lautan. Ramai namun tidak berharga nyawa mereka. Namun kita jangan putus asa! Ya Umat Islam mungkin tengah tidur sekarang namun yang tidur pasti akan bangun.PASTI !!


Disediakan oleh : Ariff Haikal Mahdi

No comments:

Post a Comment