10/06/2011- Polis Israel menggunakan gas
pemedih mata dan ‘flash bang’ di perkarangan Masjid Al-Aqsa selepas umat Islam
selesai menunaikan solat jumaat. Menurut pihak Polis Israel, tidakan itu
diambil apabila ada beberapa orang dari Jemaah yang selesai menunaikan solat,
membaling batu kepada arah Polis Israel yang sedang berjaga
13/06/2011- Menteri Pertahanan Israel
mengeluarkan notis 45 hari kepada pihak berwajid untuk merobohkan 3 penempatan
haram Palestin yang dibina di atas tanah milik persendirian berhampiran tebing
barat. Ini dikatakan termaktub dalam Perjanjian Migron.
15/06/2011- Para doktor dan jururawat di
Palestin membuat mogok di hadapan pejawab Palang Merah di Gaza. Tujuan protes
ini diadakan kerana kekurangan bekalan perubatan di hospital-hospital awam
sekitar Palestin. Ashraf Al-Qidra, Pengarah di Jabatan Perhubungan Awam,
Kementerian Kesihatan, mengesahkan bahawa 180 jenis ubat dan 200 jenis alat
perubatan mengalami kekurangan yang sangat kritikal dan jika berlanjutan boleh
menyebabkan pesakit mati kerana tiada peralatan yang secukupnya.
17/06/2011- Israel menutup pintu Kerem
Shalom buat sementara waktu. Pintu tersebut merupakan satu-satunya pintu masuk
untuk bantuan kemanusiaan dan barangan komersial ke Gaza. Walaupun pintu masuk
Rafah dibuka oleh Mesir untuk ke Semenanjung Gaza, pintu masuk tersebut hanya
untuk kemasukan penduduk Palestin ke Mesir, tidak dibenarkan sama sekali
membawa masuk apa-apa bantuan dari luar ke Palestin.
17/06/2011- Satu protes dilakukan di kampung-kampung
sekitar tebing barat. Polis Israel terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk
meleraikan rusuhan di Ni'lin, Bil'in, Nabi Saleh dan Al-Mas'ara, serta kampung-kampung
berhampiran Ramallah dan Bethlehem. Di Al-Mas'ara, rusuhan bertujuan membantah
tindakan Israel yang cuba merobohkan masjid di kampung mereka.
19/06/2011- Satu delegasi Fatah tiba di Armenia pada hari Ahad untuk
mengukuhkan sokongan bagi pengiktirafan sebuah negara Palestin.Nabil Shaath, penyelaras hubungan antarabangsa, yang dipimpin anggota Jawatankuasa Pusat Fatah dalam pertemuan
dengan beberapa pegawai Armenia dan pemimpin parti-parti politik.Lawatan itu adalah sebahagian daripada persediaan untuk
mendapatkan sokongan antarabangsa bagi pengiktirafan PBB sebuah negara Palestin pada
bulan September. Isu-isu dua hala juga dibincangkan.
Jika
dilihat banyak protes dilakukan umat Islam di Palestin pada hari jumaat. Di
Mesir sendiri, gelombang perhimpunan semasa pembebasan negara mereka dari pemerintahan
Husni Mubarak turut mencapai klimaks setiap
hari Jumaat selepas selesai menunaikan solat Jumaat. Umat Islam percaya yang
hari Jumaat adalah penghulu segala hari, adakah hari jumaat merupakan kunci
kemenangan umat Islam di dunia?
No comments:
Post a Comment