Pada hari Sabtu, 17 April 2004 kerajaan haram Israel sekali lagi
mengejutkan dunia dengan pembunuhan pemimpin HAMAS, Dr Abd Aziz
Ar-Rantisi selepas sebelum itu mereka juga telah membunuh As-Syahid
Ahmad Yasin hanya beberapa bulan sebelumnya. Jika As-Syahid Ahmad Yasin
dibunuh setelah keluar dari masjid selepas menunaikan solat Subuh, Dr
Abd Aziz ar-Rantisi dibunuh setelah menunaikan solat Maghrib di
al-Ghafri, utara Ghaza.
Selepas hanya tiga tahun, suasana politik di dalam bumi Palestin berubah
sama sekali; HAMAS berubah daripada gerakan pembangkang kepada
penguasa yang memaksa dunia untuk berinteraksi dengan mereka dengan
cara yang lain dari sebelum ini. Sebahagian dari penduduk Palestin
menyandarkan kejayaan ini (selepas menyandarkannya kepada Allah) kepada
kedua-dua syahid.
Berikut adalah terjemahan petikan temubual Ikhwan Online dengan
isteri as-Syahid Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, Rasya al-Adluni yang dilakukan
sempena mengingati tiga tahun pemergian as-Syahid.
Rasya:
Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran:
Rasya:
Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran:
“Di antara orang-orang yang beriman itu terdapat pemuda-pemuda yang
membenarkan janji mereka kepada Allah. Di antara mereka ada yang telah
menyempurnakannya dan ada yang masih menunggu. Mereka tidak sekali-kali
mengubah janji mereka.” (Al-Ahzab: 23)
Di sana terdapat ramai syuhada’ yang telah pun pergi menemui Allah
lalu mendapat ganjaran yang lebih baik dan lebih kekal bagi mereka.
Yang lain, saudara-saudara mereka masih lagi setia terhadap janji
mereka dan tidak sekali-kali mengubahnya. Allah mentakdirkan mereka
menang di dalam pilihanraya di peringkat parlimen. Allah mentakdirkan
mereka berjaya membentuk kerajaan dan berada di kedudukan yang mulia
ini. Walau pun menghadapi pelbagai konspirasi, kerajaan HAMAS tetap
berdiri teguh dan akan terus berdiri teguh. Di masa yang sama mereka
masih lagi kekal berpegang kepada manhaj yang telah mereka pilih
bersama-sama saudara-saudara mereka dan mereka berjanji akan terus
berpegang dengannya hingga mereka bertemu Allah.
Inilah pandangan saya terhadap suasana sekarang. Saya berdoa kepada
Allah agar Dia membantu semua saudara kita di dalam gerakan HAMAS yang
masih tidak merubah janji mereka. Agar Allah membantu mereka di dalam
perjalanan mereka di atas jalan ini sehinggalah Palestin keseluruhannya
dibebaskan dan risalah saudara-saudara mereka yang telah pergi dapat
disempurnakan.
Ikhwan Online:
Bagaimanakah Puan melihat HAMAS sekarang dan sebelum mereka menjadi kerajaan?
Rasya:
Semua orang perlu mengetahui bahawa HAMAS adalah pertubuhan yang
berdiri di atas prinsip syura di antara ahli-ahlinya. Apa yang
dilakukan oleh saudara-saudara kita sekarang hanyalah kesinambungan apa
yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan kita yang telah pergi. Manhaj
mereka sama dan jalan mereka juga sama. Oleh kerana itu, ketika
saudara-saudara kita memasuki medan politik pada hari ini, itu bukanlah
satu pengalaman baru buat mereka. Syeikh kita yang mulia, Ahmad Yasin
pernah melakukan perjanjian genjatan senjata yang panjang dengan pihak
Zionis. Beliau telah merangka plan untuk melakukan islah dan perubahan
sebelum beliau dan Dr Abd Aziz menemui syahid. Dengan itu
saudara-saudara kita tidak lain hanyalah meneruskan jalan
saudara-saudara mereka yang telah pergi. Saudara-saudara kita di dalam
HAMAS berjuang berdasarkan maslahat rakyat Palestin. Mereka berlegar di
mana maslahat tersebut berada. Permulaannya adalah pada jihad. Ketika
mereka berlegar di sekitar operasi jihad, mereka tidak menjauhkan diri
mereka dari aktiviti politik. Sebaliknya kita mempunyai pimpinan
politik sejak bertahun sebelum ini di dalam dan di luar Palestin.
Untuk menyempurnakan peranan amal politik, mereka mencalonkan diri
di dalam pilihanraya peringkat parlimen dan berjaya membentuk kerajaan.
Tetapi mereka tidak meninggalkan perjuangan asal. Dengan itu saya
menegaskan bahawa mereka berada di atas jalan yang sama yang
ditinggalkan oleh saudara-saudara mereka yang telah pergi. Mereka tidak
mengubahnya dan tidak juga menukarnya. Mereka akan terus begitu
sehinggalah mereka bertemu Allah sebagai syuhada’ dengan izin Allah.
Ikhwan Online:
Adakah rumah Dr. Ar-Rantisi kehilangan tetamu dan pencintanya sesudah
beliau menemui syahid atau adakah rumahnya masih lagi sibuk seperti
ketika beliau masih lagi hidup?
Rasya:
Dengan limpah kurnia Allah, saya dan anak-anak berjanji untuk
berjalan di atas jalan yang sama. Kami berdoa agar kami menjadi
sebaik-baik pengganti kepada sebaik-baik manusia yang telah pergi.
Risalah ini menjadi tanggungjawab kami untuk menyempurnakannya. Rumah
ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menziarahinya. Dengan
limpah kurnia Allah juga kami masih lagi berhubung dengan sesiapa
sahaja yang menziarahi dan berhubung dengan Dr Abd Aziz ar-Rantisi. Apa
yang kemungkinan kurang adalah wartawan-wartawan yang sebelum ini
datang dalam jumlah di luar jangkaan kami. Ini kerana Dr. Abd Aziz
mempunyai personaliti yang menarik perhatian media.
Ikhwan Online:
Bagaimana layanan anggota HAMAS kepada anak-anak pimpinan besar dan pengasasnya selepas mereka menemui syahid?
Rasya:
HAMAS dengan limpah kurnia Allah adalah pergerakan yang kuat
ikatannya. Apa yang wajib ke atas mereka ketika pimpinan mereka masih
hidup tidak berubah sesudah pimpinan itu meninggal dunia. Bukan sahaja
kepada anak-anak pimpinan tetapi juga kepada semua ana-anak pengikut
HAMAS yang telah meninggal dunia. Mereka melayannya dengan cara yang
sama. Mereka memelihara anak-anak itu. Bagaimana tidak, sedangkan
mereka telah berjanji akan menjadi pengganti pejuang-pejuang itu bagi
keluarga mereka. Dengan limpahan Allah, HAMAS yang berjanji untuk
melaksanakan Islam secara syumul tidak pernah meninggalkan walau pun
satu kewajipan. Di antara kewajipan tersebut adalah memelihara
anak-anak syuhada’ samada mereka anak-anak pimpinan atau tidak. Begitu
juga dengan anak-anak tahanan.
Ikhwan Online:
Siapakah tokoh-tokoh yang masih berhubung dengan keluarga Puan sehingga ke hari ini?
Rasya:
Semua tokoh HAMAS masih berhubung dengan kami tanpa kecuali seorang pun. Di antara tokoh yang paling menonjol yang masih berhubungan dengan kami adalah Ismail Haniyeh, Perdana Menteri, Dr. Ahmad Bahr, Dr. Ismail Ridhwan dan tokoh-tokoh lain; menteri-menteri dan barisan pimpinan yang biasa kita lihat di kaca televisyen. Tidak ada hari keraian yang mereka tidak bersegera menemui kami. Kesibukan mereka tidak menghalang mereka menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak syuhada’ dan tahanan.
Ikhwan Online:
Semua tokoh HAMAS masih berhubung dengan kami tanpa kecuali seorang pun. Di antara tokoh yang paling menonjol yang masih berhubungan dengan kami adalah Ismail Haniyeh, Perdana Menteri, Dr. Ahmad Bahr, Dr. Ismail Ridhwan dan tokoh-tokoh lain; menteri-menteri dan barisan pimpinan yang biasa kita lihat di kaca televisyen. Tidak ada hari keraian yang mereka tidak bersegera menemui kami. Kesibukan mereka tidak menghalang mereka menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak syuhada’ dan tahanan.
Ikhwan Online:
As-Syahid adalah seorang peribadi yang menonjol. Adakah Puan atau
sesiapa sahaja terfikir untuk menulis tentang riwayat hidupnya? Adakah
terdapat mana-mana badan yang berminat untuk menulis? Atau adakah ada
mana-mana pelajar yang diketahui ingin menulis tesis di peringkat
Sarjana atau PhD berkenaan as-Syahid?
Rasya:
Rasya:
HAMAS sedang mengumpulkan bahan tentang ini. Mungkin saya tidak
begitu mengambil peduli hal seperti ini dan menyerahkannya kepada HAMAS.
HAMAS lebih layak untuk menjaga anak-anaknya dan HAMAS lebih lama
bergaul dengan as-Syahid daripada kami. Dengan itu saya atau anak-anak
dan ahli keluarga kami tidak mengambil peduli hal ini. Saya berdoa
kepada Allah yang maha berkuasa agar kisah riwayat hidup ini terbit
tidak lama lagi.
Ikhwan Online:
Ikhwan Online:
Walau pun terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan Zionis
yang bertanggungjawab membunuh suami Puan,kenapa Puan sehingga hari
ini masih tidak mengemukakan dakwaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa
agar mereka dihadapkan ke mahkamah sebagai penjenayah perang?
Rasya:
Rasya:
Adakah kamu menjangkakan bahawa kami akan menuntut sedemikian?
Sedangkan kita tahu dengan penuh kepastian bahawa yang memberi bantuan
dan sokongan kepada penjenayah perang tersebut adalah mereka walau pun
mereka berselindung di sebalik Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan
slogan hak asasi manusia. Ianya jelas seumpama cahaya matahari dan
inilah hakikat sebenar. Adakah kita mahu memperbodohkan diri kita
sendiri?
Ikhwan Online:
Adakah budaya cintakan mati syahid sebagai mana yang menjadi
keistimewaan rakyat Palestin itu yang menghalang Puan melakukan
demikian?
Rasya:
Rasya:
Pada kadar yang begitu banyak, semua anak-anak bangsa ini menunaikan
fardhu jihad. Kita tahu bahawa harga untuk kebebasan Palestin adalah
darah rakyat Palestin. Apabila kita kiaskan itu dan segala perkara yang
wujud di atas bumi nyata, kita akan tahu secara pasti bahawa merekalah
yang memberikan senjata kepada Zionis untuk membunuh pahlawan-pahlawan
itu. Pembunuhan pejuang-pejuang itu dengan menggunakan senjata siapa?
Ia adalah senjata Amerika dan Eropah. Dengan itu saya mengulangi
kata-kata saya: “Hakikat adalah jelas.” Jika sekiranya mereka benar,
kami cuma meminta supaya pertubuhan-pertubuhan itu mengangkat
perlindungannya kepada Zionis dan tidak memberikan bantuan kepada
mereka.
Ikhwan Online:
Pada peringkat individu dan kehidupan dalam masyarakat, apakah Puan rasai kehilangan sesuatu setelah pemergian as-Syahid?
Rasya:
Bercakap tentang kehilangan Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, saya katakan di sini bahawa saya tidak kehilangannya cuma selepas beliau menemui syahid. Kami pernah kehilangannya ketika dia di dalam tahanan. Kami pernah kehilangannya ketika beliau dalam buruan. Kemudian kami kehilangannya selepas beliau menemui syahid. Tetapi, walau pun kami kehilangan jasad Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, ruhnya sentiasa berlegar di sekitar rumah kami. Kami tidak merasai bahawa ruhnya meninggalkan kami. Dengan itu kami tidak mencari penggantinya. Bahkan sebagaimana yang saya katakan kepada kamu bahawa ruh as-Syahid sentiasa berlegar di dalam kehidupan kami; di dalam dan di luar rumah.
Bercakap tentang kehilangan Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, saya katakan di sini bahawa saya tidak kehilangannya cuma selepas beliau menemui syahid. Kami pernah kehilangannya ketika dia di dalam tahanan. Kami pernah kehilangannya ketika beliau dalam buruan. Kemudian kami kehilangannya selepas beliau menemui syahid. Tetapi, walau pun kami kehilangan jasad Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, ruhnya sentiasa berlegar di sekitar rumah kami. Kami tidak merasai bahawa ruhnya meninggalkan kami. Dengan itu kami tidak mencari penggantinya. Bahkan sebagaimana yang saya katakan kepada kamu bahawa ruh as-Syahid sentiasa berlegar di dalam kehidupan kami; di dalam dan di luar rumah.
Ikhwan Online:
Lari sedikit dari isu politik, bagaimana kehidupan as-Syahid sebagai
suami? Adakah kedudukannya sebagai pimpinan HAMAS memberi kesan kepada
peranannya terhadap anak-anak Puan?
Rasya:
Sesungguhnya akhlak beliau menyamai akhlak Rasulullah s.a.w. yang
pernah bersabda: “Akulah yang terbaik terhadap keluarganya.” Saya
menjadi saksi bahawa Abu Muhammad (ar-Rantisi) adalah sebaik-baik
suami, sebaik-baik ayah, sebaik-baik datuk dan sebaik-baik pemimpin.
Kerana Allah beliau tidak takut celaan orang-orang yang mencela. Tidak
ada tapak yang dipijaknya kecuali akan menyakiti hati musuh. Hasil
perkongsian hidup bersama-samanya saya dikurniakan empat orang anak
perempuan; Inas, Samar , Aasia dan Asma’. Juga dua orang anak lelaki;
Muhammad dan Ahmad. Peranan saya ketika hidupnya adalah peranan seorang
wanita muslim yang memahami risalahnya dengan baik; risalah Islam dan
risalah dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Risalah inilah yang
menjadikan saya berdiri teguh di belakang Dr. Abd Aziz.
Ikhwan Online:
Adakah Puan masih ingat bagaimanakah bermulanya perkenalan antara Puan
dan Dr. ar-Rantisi? Adakah Dr. Ar-Rantisi aktif di dalam amal politik
pada waktu itu?
Rasya:
Hubungan saya dengan Dr. Abd Aziz ar-Rantisi sama seperti mana-mana
keluarga Palestin muslim yang lain. Hubungan biasa. Beliau menemui
keluarga saya untuk meminang saya dan kami menerima pinangan tersebut.
Saya telah dapat merasai wujudnya peranan yang akan dimainkan oleh
seorang wanita muslim secara umum dan peranan isteri seorang pegawai
perubatan dan ahli politik secara khusus. Tugas saya bukan sekadar
untuk berpakaian cantik dan berhias. Tetapi saya telah pun menyediakan
diri saya untuk memainkan peranan yang akan dituntut dari saya. Abu
Muhammad adalah seorang pegawai perubatan.
Beliau sibuk berulang alik
dari hospital ke klinik dan wad kecemasan. Saya tidak pernah
mencemuhnya jika dia tidak berada di rumah sebaliknya saya menganggap
itu semua sebagai jihad. Saya mesti bersabar dan menyediakan kerehatan
dan kebahagian ketika beliau masuk ke rumah dan bukannya mencemuh atau
membebel. Pada waktu itu, Dr. Abd Aziz belum bergiat aktif di dalam
amal politik. Beberapa tahun selepas itu beliau bergabung dengan HAMAS
dan seluruh waktunya selepas itu adalah untuk amal politik. Saya
mengambil tanggungjawab mentarbiah anak-anak. Peranan yang saya mainkan
ini banyak meringankan beban Dr. Abd Aziz ketika beliau di dalam
tahanan, dibuang daerah, di dalam buruan dan selepas itu menemui
syahid.
Ikhwan Online:
As-Syahid ar-Rantisi pernah dibuang daerah dan menjadi buruan sebelum
menemui syahid. Moga-moga Allah merahmatinya. Itu adalah kehidupan
seorang mujahid yang dipenuhi dengan ujian. Bagaimana dengan keadaan
ketika beliau di dalam tahanan?
Rasya:
Ketika beliau di dalam tahanan, kami sentiasa berhubung dengan
beliau. Samada dengan menziarahinya atau melalui surat-surat yang
dikirim melalui persatuan Palang Merah atau melalui pemuda-pemuda yang
dibebaskan dari tahanan. Ini sama seperti tahanan-tahanan yang lain.
Beliau mengingatkan saya prinsip
“Berilah peringatan sesungguhnya
peringatan itu bermenfaat bagi orang-orang beriman.”
(Az-Zariyyat: 55).
Sesungguhnya itu memainkan peranan yang besar kepada saya untuk terus
teguh mendidik anak-anak. Saya tidak pernah selama-lamanya berasa
terputus dari dunia Dr. Abd Aziz.
Ikhwan Online:
Apa perasaan Puan selepas satu cubaan membunuh ar-Rantisi gagal sebelum ini?
Rasya:
Kamu bertanya kepada saya tentang perasaan saya. Percayalah, pada
waktu itu saya menyiapkan perasaan saya untuk menghadapi apa yang akan
berlaku selepas itu. Saya tidak berhenti setakat melihat peristiwa itu
sahaja. Berita itu sampai kepada saya di tempat kerja. Pengurus
menghubungi saya selepas mengetahui kisah tersebut dan bertanya: “Apa
yang Puan mahu kami lakukan untuk Puan?” Saya menjawab: “Saya mahu
pulang ke rumah dan menyambut orang ramai yang akan datang mengucapkan
selamat.” Dengan keyakinan diri yang tinggi, itulah yang saya lakukan.
Ikhwan Online:
Bagaimana dengan detik pertemuan semula dengan Dr. Abd Aziz selepas cubaan membunuh tersebut?
Rasya:
Ia adalah pertemuan yang biasa. Ini kerana saya yakin bahawa apa
yang akan menimpa saya tidak akan meleset dan apa yang ditakdirkan tidak
menimpa saya, ia tidak akan berlaku. Keimanan yang sedemikian
menjadikan kita tidak bergembira berlebihan. Kita mengetahui bahawa itu
adalah ketentuan Allah dan wajib ke atas kita untuk mensyukuriNya. Saya
tahu bahawa ketika Allah menyelamatkan suami saya, itu hanyalah untuk
satu tempoh waktu yang terlalu pendek dan untuk menyiapkannya memikul
peranan yang akan dipikulnya. Dia mesti menyempurnakan risalah tersebut
sebelum ajal menemuinya. Percayalah perasaan ini menjadikan diri saya
kuat. Ini tidak bermakna bahawa kewujudan dan kehilangan Dr. Abd Aziz
tidak memberi kesan kepada diri saya. Sebaliknya ini adalah keimanan
kepada takdir Allah.
Ikhwan Online:
Ar-Rantisi menemui syahid selepas cubaan membunuhnya kali ketiga. Bagaimana perasaan Puan ketika hari nahas tersebut?
Rasya:
Rasya:
Berkaitan dengan peristiwa pembunuhan tersebut; Allah memilih Dr.
Abd Aziz untuk menjadi syahid. Kamu bertanya kepada saya tentang
perasaan saya. Saya katakan di sini bahawa saya cukup terkesan. Saya
tidak mengatakan bahawa jiwa saya keras. Saya cukup terkesan ketika
saya mengetahui bahawa suami saya berada di ICU dan ketika saya tahu
bahawa peluru itu ditujukan kepada Dr. Abd Aziz. Tetapi saya telah
menyiapkan diri selepas saya tahu bahawa beliau adalah sasaran serangan
tersebut dan beliau sekarang ini berada di ICU. Selepas itu saya tidak
mengambil sikap menunggu sahaja berita kematiannya. Sebaliknya saya
mengambil wudhu’ dan memakai pakaian yang sesuai untuk menyambut orang
ramai yang akan datang menenangkan saya. Saya menunaikan sembahyang
Isyak dan berdoa kepada Allah agar meneguhkan saya dan anak-anak di
atas syahidnya Abu Muhammad.
Ikhwan Online:
Ikhwan Online:
As-Syahid ar-Rantisi tidak pernah hilang dari ingatan. Apakah kenangan bersama as-Syahid yang paling Puan ingati?
Rasya:
Kehidupan Dr. Abd Aziz keseluruhannya adalah kenangan. Apakah ada
kesakitan yang akan dirasai lebih dari perasaan kehilangan suami kamu
ketika dia di dalam tahanan; samada ketika penjajahan atau di zaman
pemerintahan Pihak Berkuasa Palestin? Saya masih ingat di dalam salah
satu siri penahanan yang berlaku kepada Dr. Abd Aziz. Ketika itu dia
dalam perjalanan balik ke rumah. Kebiasaannya dia akan menalipon saya
dalam perjalanan balik ke rumah dan memberitahu bahawa dia sekarang
berada di tempat sekian sekian. Ketika dia sampai pintu rumah, saya
tidak menyedari bahawa ketika itu pihak berkuasa sedang menunggunya.
Waktu ketika itu adalah pukul 11 malam. Mereka menahannya. Mereka tidak
memberinya peluang langsung untuk masuk ke dalam rumah untuk
memberitahu saya bahawa dia akan dibawa ke tahanan. Ini bukanlah satu
pengalaman yang mudah bagi saya.
Ikhwan Online:
As-Syahid dikenali sebagai seorang yang sungguh periang. Bagaimana dengan kenangan manis bersama Dr. Abd Aziz?
Rasya:
Dr. Abd Aziz adalah seorang yang periang dan ceria. Nampak
keceriaannya kepada sesiapa sahaja yang berinteraksi dengannya. Maka
sudah tentulah ia juga dirasai oleh ahli keluarganya. Pada satu hari
saya menghukum anak saya perempuan setelah saya bersungguh-sungguh
memintanya untuk melakukan sesuatu. Saya memukulnya dengan tepung yang
diuli. Pukulan itu tidak kuat tetapi ia meninggalkan kesan psikologi
pada anak perempuan saya. Ketika Abu Muhammad pulang, saya menceritakan
peristiwa itu. Saya memintanya untuk merawat perasaan anak kami. Kami
duduk bersama sekeluarga. Dr. Abd Aziz mula menjernihkan suasana.Beliau mengarang satu syair secara spontan:
Jangan hairan wahai saudaraku
Dengarlah kisahku ini
Akulah akulah
Orang yang kulitnya disaluti tepung
Dengarlah kisahku ini
Akulah akulah
Orang yang kulitnya disaluti tepung
Sumber :
www.dakwah.info
No comments:
Post a Comment