Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Tuesday, 3 May 2011

Mungkinkah Perjanjian Baik Pulih Palestin Bakal Membawa Revolusi Di Palestin?


26/04/2011- Ahli keluarga seorang kanak-kanak Palestin bertindak menyaman  pegawai perubatan Palestin dan tentera Israel.  Kanak-kanak, Mohamad Abdul Salam al-Tamimi telah disalah diagnosis dengan tidak mengalami apa-apa kecederaan, sedangkan dia mengalami kecederaan dalaman yang teruk setelah di diagnosis semula. Kecederaan tersebut disebabkan oleh di tembak oleh gas pemedih mata oleh tentera Israel.


27/04/2011- Sekumpulan tentera di Cairo menghapuskan paip yang menyalurkan gas kepada Israel.  Pihak yang berkuasa juga telah menutup sumber utama saluran paip berkenaan. Israel yang menerima 40 peratus daripada gas tersebut telah menyebabkan Mesir mengalami kerugian sebanyak $174 million semasa pemerintahan 30 tahun Hosni Mubarak.


28/04/2011- Kedamaian bersama Hamas yang dipersetujui oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abas tidak diterima oleh Benjamin Netanyahu. Benjamin menetapkan dua pilihan kepada Abas untuk memilih samaada perdamaian bersama Israel atau Hamas. Beliau juga menyatakan tidak akan sama sekali berunding mengenai perkara tersebut.


30/04/2011- Rafah yang melintasi haluan ke Gaza telah dirancang semula pembukaannya oleh pegawai Mesir atas sebab-sebab kemanusiaan. Rancangan yang masih dikaji oleh Ambassador Menha Bakhoum.


01/05/2011- Israel menghalang pemindahan duit kepada warga Palestin. Atas alasan, tidak mahu duit itu disalurkan kepada Hamas, Israel telah membekukan sebanyak $88 million. Pemindahan wang tersebut hanya akan berjalan sekiranya Palestin dapat membuktikan wang tersebut bukan untuk kegunaan Hamas.


02/05/2011- Kematian Osama Bin Laden telah dilabelkan sebagai keamanan dan keadilan kepada negara-negara demokrasi. Avigdor Lieberman juga menyatakan bahawa, tentera Palestin dan Lebanon akan memantapkan usaha untuk menentang Al-Qaeda. Israel yang tidak terlibat dalam kematian Osama  hanya diberitahu setengah jam sebelum Barack Obama mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan hal tersebut.

Sumber: http://www.jmcc.org/news.aspx?id=2648

Pada 2/5/2011 satu delegasi dari peringkat tertinggi HAMAS tiba di Kaherah untuk bertemu wakil-wakil Mesir, dan pada hari hari ini (4/5/2011) Insyallah gerakan HAMAS akan menandatangani persetujuan baik pulih dalaman Palestin.

Timbaan Ketua Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouk berkata bahawa pergerakannya mencapai persetujuan dengan delegasi Fatah di Kaherah dan paksi Palestin itu akan bertemu pada Rabu untuk menandatangani persetujuan untuk bergabung.

Abu Marzouk berkata pada sidang media selepas menandatangani persefahaman tentang petang Rabu lepas di Kaherah. Beliau berkata bahawa persefahaman yang telah dipersetuju oleh delegasi Fatah dan Hamas termasuk pembentukan kerajaan bersatu, penyambungan tugas ahli Parlimen di Tebing Barat dan melaksanakan pilihanraya.

Ketua delegasi Fatah ke Kaherah, Azzam al-Ahmed menyuarakan kegembiraan apabila Palestin yang berpecah akan tamat, dan Israel mula memberi amaran kepada Mahmoud Abbas tentang hal ini kerana penglibatan Hamas. Dalam konteks yang sama, paksi pejuang Palestin yang lain menyokong Hamas dan Fatah kerana menandatangani perjanjian itu di Kaherah pada Rabu lepas.

Menteri Luar Mesir, Nabil Al-Arabi, memberitahu bahawa Mesir akan mengambil keputusan dalam tempoh seminggu atau maksimum 10 hari untuk menamatkan kesengsaraan warga Palestin dan meruntuhkan kepungan yang mengurung Gaza sejak hampir 5 tahun. 
Al-Arabi dalam kenyataannya di Kaherah (28 April) berkata : “Keadaan yang berlaku di Gaza adalah langsung tidak berperikemanusiaan dan tindakan menutup pintu masuk ke sana sebelum ini adalah juga tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan.”

Beliau menegaskan bahawa dalam tempoh 10 hari, keputusan yang penting dan berstrategi untuk Gaza akan dibuat, dan pintu gerbang di sempadan akan dibuka sepenuhnya dan sepanjang masa. Beliau meyakinkan bahawa situasi di Gaza pasti akan berubah dengan dramatik.

Semoga perjanjian ini bakal mendatangkan satu revolusi besar untuk rakyat Islam di Palestin. Wallaua'lam..


Sumber : http://map2street.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment