Saudara-saudari seiman yang disayangi dan muliakan, wahai umat Nabi Muhammad!
Kita teliti semula firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi kita, Nabi Muhammad saw:
“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad:ayat 7)
Sesiapa yang di dalam hatinya sudah jelik dan jijik dengan kerosakan dunia hari ini, merindukan kembalinya kebenaran, mengangankan kesejahteraan dunia ini dalam cahaya Islam, maka dia mesti memahami ayat di atas! Di dalam ayat ini, yang ditujukan kepada kita umat Rasul terakhir, tertulis satu rahsia besar, satu sunnatullah, satu syariat, untuk kita menang. Berdasarkan firman Allah tersebut, jika dan HANYA jika kita ‘menolong agama Allah' terlebih dahulu (dgn berusaha habis-habisan, sehabis daya, bersungguh-sungguh, sampai penat, sampai pengsan, sampai mati),
barulah‘nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’
Kenapa begitu? Kerana Allah hanya akan memberikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang layak sahaja. Ertinya, kalau Islam tak menang-menang jugak di dunia pada hari ini, itu maksudnya kita yang memang belum layak untuk menang. Belum layak untuk dapat pertolongan Allah. Belum cukup beriman. Belum cukup berusaha. Belum cukup berjuang. Itu sifirnya. Kalau kita hanya mahu goyang kaki, relax selalu, main game, tengok cerita korea, dan tidak kisah serta tidak mahu fikir apa-apa hal Islam, usahlah mengimpikan ‘burung Ababil’ akan turun untuk memberikan kemenangan kepada seluruh umat terutamanya di bumi berkat yang dijajah, Palestin.
Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan diri mereka sendiri" (Surah Ar-Ra'd:11)
Sesungguhnya mahasiswa yang bijak di dalam perjuangannya sentiasa memburu Mumtaz di dalam peperiksaan. Bukan untuk berbangga, tetapi menjadi bukti bahawa orang Islam itu boleh berjaya sekalipun rintangan yang dilalui amat sukar dilepasi. Mumtaz ini adalah hadiah buat umat Islam sedunia.
Kita perlu berazam dan menanam tekad bahawa kejayaan ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Banyak lagi ‘mumtaz’ yang bakal menyusul. Medan peperiksaan ini hanyalah medan ujian yang kecil di zaman universiti. Banyak lagi medan yang perlu diterokai. Semuanya memerlukan usaha berlipat ganda yang membuahkan hasil ‘mumtaz’ demi membela nasib umat ini.
Ayuh, Belajar kerana Allah, Hadiahkan kejayaan untuk kemenangan Islam. Bebaskan Palestin tercinta. Catitkan namamu bukan sekadar di 'Honors List' malah sebagai salah seorang dari orang Islam yang berjuang membebaskan Palestin.
Ambil peluang ini selagi ada kerana sekiranya kamu tidak mahu berjuang untuk agama Allah,maka Allah akan gantikan dengan kaum yang lain yang lebih baik dari kamu!!
Cerdikkan kita sekiranya mahu mencapai mumtaz di dunia fana ini sahaja tanpa sama-sama berusaha mencapai mumtaz di akhirat yang kekal abadi????
"Our Palestine,Our Dignity"
Disediakan Oleh:
Nurhidayatul Husna Binti Johari
Ex-Officio,
Kempen Prihatin Palestin,
PERUBATAN Cawangan Zagazig.
No comments:
Post a Comment