Pendahuluan
Bukan setahun dua tetapi pencerobohan haram yahudi ke
atas tanah orang Islam Palestin sejak 1948 telah mengubah secara keseluruhan
landskap negara berdaulat yang disemai dengan kasih sayang serta menyimpan
pelbagai nostalgia silam kini terdedah kezaliman dan penindasan yang berterusan.
Sudah sekian lama tidak kelihatan ketenangan dan kedamaian tetapi dipenuhi
dengan tangisan dan darah.
Malaysia, antara negara yang majoriti besar adalah umat
yang beragama Islam yang semakin hari semakin peka dengan isu kemanusiaan di
Palestin kerana dasar akidah dan tanggungjawab sebagai saudara seislam.
Walau apapun yang diperkatakan tiada yang dapat menafikan
tunjang kebangkitan dan kekuatan kedua-dua negara ini adalah para remaja dan
belia yang akan menjadi pelapis, pelindung dan penerus amanah dakwah dan
kepemimpinan negara. Mereka inilah yang akan meneruskan ‘baton’ kepemimpinan
mahupun perjuangan menentang kezaliman yang menjadi lubuk serangan pihak musuh.
Berbicara mengenai remaja dan belia ini, umum mengetahui
hampir lebih separuh dari populari Malaysia adalah para remaja dan belia ini
yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang cukup hebat dari segi simpanan
aset remaja dan pemuda yang diidam-idamkan kerana potensi yang ada pada diri
mereka ini.
Jika kita selami potensi diri remaja ini jika dibelai,
diasah dan ditonjolkan maka tidak ada sesiapapun berani mencabar mahupun
berdebat bahkan akan duduk terdiam melihat potensi dan keberanian tersembunyi
yang mampu menewaskan jutaan parameter yang lain. Kita lihat dahulu bagaimana
antara puluhan kisah, kita renungkan satu kisah yang membuka mata seluruh dunia
dengan tindakan cekal seorang remaja dengan pengorbanan agung dalam membuktikan
semangat ‘orang muda’ iaitu kisah bagaimana syahidnya Fares Audah, 12 yang
merupakan si cilik dari kem pelarian Jabalia di Palestin.
Kisah bagaimana keberanian seorang remaja menyahut
panggilan Intifadhah dengan dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk
mempertahankan bumi anbiya’, tempat di mana menjadi kiblat pertama umat Islam..
Serangan ditujukan bukan kepada burung ataupun kucing tetapi berhadapan dengan
kereta kebal Yahudi yang sedang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya.
Itulah rutin harian Fares Audah selepas balik dari
sekolah bersama-sama dengan rakan sebayanya. Walaupun ibunya seringkali risau
akan tindakanya, tetapi dia menjawab “ kenapa kita tidak boleh menyerang
mereka, sedangkan mereka menyerang kita”.
Malah tindakan ini menjadikan ada ketikanya Yahudi takut
dan berundur dengan balingan-balingan batu ini. Selepas 40 hari berjihad
bertempur dengan kereta-kereta kebal yahudi menjadikan Fares Audah sebagai
sasaran ancaman kepada Yahudi.
Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berhadapan
dengan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan
Sniper menembaknya tepat dikepala. Berjayanya pembunuhan Fares Audah disambut
dengan parti minum-minum gembira oleh tentera-tentera yahudi meraikan
kemenangan mereka ke atas si cilik bertuah yang bergelar As-Syahid.
Perbandingan Senario remaja di Malaysia dengan Palestin
Kita selaku mereka yang peka dan mengambil berat isu
ummah ini sudah melakukan sedaya kita dalam menggerakkan kempen-kempen
kesedaran isu palestin, menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membantu
saudara-saudara kita di Palestin, tidak kurang menggunakan kepakaran dalam
bidang masing-masing bagi menyampaikan maklumat bagi mendedahkan situasi
sebenar yang berlaku di sana.
Bagaimana pula dengan isu remaja-remaja tonggak pelapis
kita di Malaysia ini? Jika hanya satu kisah Fares Audah yang dipersembahkan,
adakah yang setanding dengannya dalam mempertahankan Islam dan perjuangan di
bumi Malaysia tercinta ini?
Semua pihak perlu jelas dengan realiti remaja di Malaysia
pada ketika ini yang terlalu dimanjakan dan kurangnya pemfokusan dalam keatas
mereka dalam satu sistem atau acuan yang benar-benar mantap dalam membentuk
pemahaman, jati diri dan rasa tanggungjawab.
Kita lihat bagaimana pengaruh Hedonisme atau menjadikan
falsafah keseronokan dan hiburan sebagai matlamat dalam hidup. Ini telah
menjadikan hilangnya nilai-nilai ketimuran dalam setiap tindak-tanduk para
remaja . ini belum lagi kisah remaja-remaja pada usia semuda 12 tahun
menubuhkan kumpulan Black Metal yang dianggotai oleh rakan-rakan sebaya seperti
yang pernah dilaporkan berlaku di Sg. Petani, Kedah. Belum lagi dikira jumlah
yang terlibat dengan ajaran-ajaran sesat akibat terlalu menyanjung barat
sehingga diawal usia ini ada yang berani menghina tuhan, kencing pada Al-quran,
mengamalkan budaya sesat dengan memuja syaitan dan pelbagai lagi
perkara-perkara yang tidak masuk akal.
Bagaimana perbandingan antara semangat, wawasan dan
ketaatan As-Syahid Fares Audah dengan Remaja di Malaysia pada usia mereka yang
sebaya?
Satu persatu kita boleh dirungkaikan, jika di Palestin
menuntut ilmu sangat dititikberatkan sehinggakan batu dijadikan pensil, tanah
dijadikan kertas dalam kesungguhan anak-anak kecik menuntut ilmu walaupun dalam
keadan perang.
Dijadikan dinding bukan binaan-binaan indah tersistem
tetapi khemah pelarian yang tidak beratap. Kawasan sekitarnya penuh dengan
habuk dan kesan kimia daripada penggunaan senjata yahudi bukannya selesa dengan
keaadan berhawa dingin. Mereka mendesak pengganas, tidak dihiraukan perkara
lain sehingga belajar dibawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada
mereka.
Lain pula kisahnya dinegara kita, walaupun disediakan
dengan sistem yang tersusun, guru-guru yang ramai dan berkelayakan,
sumber-sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, kemudahan internet,
kawasan pembelajaran yang efektif dan kondusif serta pelbagai kemudahan terus
meletakkan remaja-remaja di zon selesa. Apa yang terjadi?
Budaya lepak yang berterusan tanpa sebarang rasa
tanggungjawab terhadap ilmu dan masa depan ditambah dengan penglibatan dalam
gengsterisme, berjudi, melawan guru, penyalahgunaan dadah, mencabul kehormatan
dan pelbagai lagi jika ditunjukkan statistik pasti semua pihak akan terus
menuding jari dan menggeleng kepala melihat teruknya tahap pemikiran, pemahaman
dan perlakuan sebahagian besar remaja-remaja di Malaysia, sebuah negara
penduduk Islam yang membangun.
Ketidakpedulian kepada ilmu agama menjadi faktor paling
penting yang mencorakkan remaja-remaja ini ke arah gejala negatif dan jika
tidak dirawat segera secara kolektif akan terperosok di lembah kehinaan. Jangan
sesekali menganggap pembelajaran matapelajaran Agama Islam pada peringkat
rendah dan menengah dengan secara teori untuk menjawab dalam peperiksaan itu
sudah mencukupi untuk membentuk jiwa melahir insan berperibadi muslim tanpa
penerapan secara total unsur-unsur pemahaman dan pengamalan dengan cara yang
sebenarnya.
Adakah kita tidak mengambil iktibar bagaimana dalam
keadaan perang yang tersangat dahsyat dalam sejarah dunia, Palestin bersungguh
menerapkan ilmu agama dan berjaya melahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang
hafaz al-Quran.
“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa
dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya
lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.”
Demikian antara petikan kata-kata pemimpin Hamas, Sami
Abu Zuhri yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu
selain membebaskan bumi Anbia itu daripada rejim Zionis Israel.
Banyak lagi perkara memalukan yang tak mampu kita redahi,
bagaimana remaja-remaja dilalaikan dengan program-program realiti televisyen
(tv) yang semakin mendapat sokongan akar umbi. Semakin hari semakin bertambah,
malahan stesen-stesen di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan
rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut
keuntungan semata-mata.
Kita disajikan dengan rancangan-rancangan seperti Akademi
Fantasia, Malaysian Idol, Mentor Mencari Cinta, The Most Beutiful, One In a
Million,Maharaja Lawak dan banyak lagi. Kegilaan terhadap realiti tv ini amat dasyat dan kesan
atau pengaruhnya amat menakutkan sekali.
Sebenarnya program realiti tv ini merupakan satu bentuk
penjajahan baru ke atas pemikiran umat islam atau “ghazwatul fikr”. Ini
merupakan agenda Yahudi dan Nasrani yang mempunyai agenda tersembunyi untuk
melemahkan umat Islam melalui serangan pemikiran yang akan mematikan daya
tahan, daya juang dan semangat jihad umat Islam. Umat Islam dilekakan dengan
program realiti tv ini.
Kemudian artis-artis yang tidak sepatutnya akan dijadikan
idola tanpa mengambil kira syariat agama. segala perlakuan, kata-kata, cara
hidup dan semuanya akan diikuti untuk dicontohi yang berterusan meletakkan
mereka hanya Islam pada nama tanpa mengambil berat tentang agama yang dianuti.
Mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui nasib saudara
seagama mereka yang tertindas di Palestin atau di Iraq. Mereka lebih senang
menangisi penyingkiran peserta AF daripada menangisi nasib umat Islam lain yang
dibunuh, disiksa oleh tentera Israel di bumi Palestin.
Tidak ketinggalan juga, Bola Sepak menjadi kegilaan
remaja dan belia, menghilangkan semangat tidak kena pada tempatnya. Untuk
bangun ditengah malam menyokong pasukan pilihan dengan mengorbankan tidur dapat
dilakukan tetapi untuk bangun mendirikan solat malam berapa kerat yang
mengamalkannya, sejauh manakah penekanannya pada remaja-remaja pada zaman moden
ini?
Peristiwa ini seakan mengulangi Tragedi 1967, iaitu
ketika orang Arab disibukkan dengan sebuah kejohanan bola sepak, Israel
menyerang Sinai, menyebabkan dunia Arab dan Islam dimalukan.
Keterlibatan remaja-remaja dan belia dalam kancah zina dan
seks terlarang juga sedang menghancurkan institusi sosial di negara kita
memalukan negara yang dikatakan Negara Islam contoh kepada dunia. Pergaulan
silang jantina yang bebas melampau batas, seks menjadi santapan harian sebagai
satu perkara lumrah, apatah lagi dengan pendedahan aurat dan lain-lain tuntutan
agama yang sudah hampir dikuburkan.
Kesannya pembuangan bayi merata-rata, pengguguran
berleluasa malah mula ada cadangan untuk mewujudkan bank bayi dan sebagainya.
Tidakkah hinanya manusia pada ketika ini jika dibandingkan dengan haiwan pun
yang menyayangi anaknya. Kehancuran demi kehancuran, penyakit HIV/AIDS akan
mula menjadi kebiasaan dan seterusnya menghancurkan tamadun.
Kita lihat statistik pendaftaran anak luar nikah pada
1999-2003 yang mencatatkan bilangan 70430 di seluruh negara. Ini adalah jumlah
tidak termasuk yang tidak didaftarkan yang pasti akan meningkatkan jumlah ini
yang dicatatkan pada setengah dekad yang lalu. Kini pastinya angka-angka ini
sudah jauh meningkat dengan keadaan sosial dan cara hidup remaja di negara
kita.
Sedikit demi sedikit jika kita luangkan masa untuk
mengkaji dan menilai umat ini, kita akan tersangat malu kerana berani mendabik
dada mengatakan berada dalam era nano-teknologi, kemajuan infrastruktur tetapi
kehancuran institusi agama dan masyarakat.
Penutup
Jika Bayi di Malaysia dihina dengan dibuang di dalam tong
sampah dalam keadaan masih merah bertali pusat, bayi di palestin pula disanjung
akibat syahid ditembak oleh tentera zionis.
Pelajar-pelajar di Malaysia melepak di pasaraya
membeli-belah dengan aktiviti merugikan diri agama dan negara, tetapi
pelajar-pelajar di Palestin sana mendesak, mendesak tentera yahudi untuk
berundur. Mereka relakan diri belajar dibawah muncung senapang kerana ilmu
mereka akan gunakan untuk berjuang pada kemudian hari.
Semangat remaja-remaja Malaysia adalah berhibur, gembira
dalam keseronokan pergaulan bebas, zina, rokok, arak dan disko. Semangat di
Palestin adalah bertempur dengan semangat jihad kerana Allah. Mereka bertempur
dengan lastik dan batu berhadapan senjata-senjata berteknologi tinggi dan
kereta kebal.
Kematian di Malaysia kerana pecah kepala atau hancur
tubuh akibat lumba haram juga jenayah dan gengsterisme tetapi kemalangan
menghasilkan maut di Palestin adalah kerana di Bom dalam serangan menghancurkan
akidah umat Islam.
Di Malaysia pendedahan aurat kerana inginkan kebebasan,
keseronokan didampingi agar dilihat lelaki bukan mahram tetapi di sana dalam
keadaan perang dan darurat mereka menjaga aurat dengan cukup tegas.
Jika diteruskan pasti tidak akan berhenti perbezaan yang
boleh dinukilkan kerana terlalu banyak bezanya, kadang-kadang tidak layak untuk
dibandingkan kerana kemuliaan dan kehinaan cukup jauh taraf dan martabatnya.
Maka bersama-samalah kita berusaha agar lembah kehinaan
yang semakin dalam ini dalpat ditimbusi dengan pemantapan akidah,
pemahaman.Bersama-samalah kita berusaha agar lembah kehinaan yang semakin dalam
ini dalpat ditimbusi dengan pemantapan akidah, pemahaman islam secara total agar
berlaku hijrah dari lembah kehinaan ke puncak kemuliaan, tidak lain tidak bukan
dengan taqwa
Sama-sama kita renungi...Wallahu'allam.
Penulis:
Al Amin Bin Mohamed Sultan
B.Eng (Hons) Manufacturing Engineering (Manufacturing
Management)
No comments:
Post a Comment