Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Tuesday, 12 April 2011

NILAI ITU SENDIRI JAWAPANNYA


Kenapa prihatin Palestin?

Saya cuba menyoal.

Kasihankan kanak-kanak yang belum lancar mengenal isi dunia dibunuh begitu saja?

Jika begitu, tajuk kempen perlu ditukar menjadi kempen prihatin kanak-kanak Palestin. Come on, di Iraq, di Libya, di Lebanon, dan di Afghanistan, Zionis selalu ‘bergurau’ dengan kanak-kanak sepertimana di Palestin. Tak perlu tunggu kempen menghingarkan nama Palestin.

Adakah kerana bekalan makanan dan tempat tinggal mereka tandus?

Barangkali kemewahan cara hidup kita membuat kita  berasa kasihan dan jijik melihat rasa ‘terdesak’ mereka mencari makanan. Gaya hidup kita di dunia ketiga ini sentiasa menuntut kompetitif, untuk saling berada di hadapan. Dan apabila sekilas memandang Palestin, rasa ingin membantu wujud dalam diri, dek lantai bumi mereka yang seolah-olah tidak pernah didiami manusia, rupa-rupanya masih ada di dunia maju ini.

Mereka tidak mendamba sebarang bantuan dari insan luar negaranya. Jujur. Mereka sudah ‘biasa’ dengan gaya hidup mereka, sepertimana kita yang biasa dengan gaya hidup kita. Mereka sudah alah bias tegal biasa, dek tarbiah mereka bermula secara langsung dari kecil. Bukan seperti kita yang baru ingin menjana semangat. Semangat untuk berkorban.

Adakah kerana ingin membaikpulih Palestin menjadi negara yang berkembang maju seperti negara-negara lain?

Negara Malaysia LEBIH MEMERLUKAN rakyat yang bersemangat sebegitu dari Palestin. Anak luar nikah menjangkau satu juta selama setahun. Wujud pula hasrat menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan besaran sebagai wadah menaik ekonomi. Seks dipandang bangga untuk bahan fitnah. Kejutan budaya lebih kronik di negara sendiri. Kekeringan nilai berpuncak. Rawatan khusus perlu disedia. Oleh remaja kini kepada remaja kini.

Jika ingin membaikpulih Palestin, Malaysia lebih layak untuk dibaikpulih.


Nilai

Persoalan nilai adalah midpoint dalam tindakan ini.

Nilai adalah tepat untuk dijadikan asas.

Nilai iman dan yakin kepada Allah.

Tahu Palestin sebagai Negara Islam, serta dimahkotakan Al-Aqsa padanya sebagai lambang gah Islam, kita bergerak menuju mampu menyelamatkan Palestin. Kerana yakin Islam akan kembali dimartabatkan oleh Allah, kita petah menyumbang apa yang perlu. Ya. Mereka tidak begitu terkesan dengan sumbangan mikro kita, namun ia dipandang mega oleh Allah, kerana kita bergerak hasil nilai percaya.

Nilai ukhuwwah juga menjadi asas.

لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ
"Tidak sempurna iman kamu selagi kamu tidak mengasihi saudara kamu, 
sepertimana kamu kasih diri sendiri"

 
Mereka sahabat kita.

Mereka juga mengucapkan kalimah shahadah seperti kita.

Namun ukhuwwah kita di sini teruji. Kerana bahagia kita di sini tidak sama dengan bahagia mereka di sana.

Kita layak untuk peduli. Kita berhak.



Disediakan Oleh :
UMAR IZUDIN BIN MHD RAMLI
Ex-Officio,
Kempen Prihatin Palestin 2011,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2011.

No comments:

Post a Comment