7/04/2011
– Hamas mengaku bertanggungjawab dalam satu serangan ke atas sebuah bas yang
hanya ada seorangpelajar Israel berusia 13 tahun dan pemandu sebagai balasan bagi
pembunuhan 3 orang kanan mereka sebelum ini oleh tentera Israel. Pelajar tersebut
hanya cedera ringan dan pemandu bas tersebut hanya mengalami luka-luka kecil.
8/04/2011
– 100 orang ibu ditangkap oleh pihak tentera Israel di perkampungan Awarta,
Palestin dan di bawa ke kem tentera berdekatan untuk di ambil sampel DNA dan juga
cap jari. 20 daripada mereka di tahan dan selebihnya di benarkanpulang. Operasi
ini dilakukan dengan alasan untuk mencari pembunuh kepada satu keluarga Israel
yang telah dibunuh.
Tentera
bukan sahaja menangkap kaum hawa yang tidak bersalah, mereka juga memusnahkan rumah-rumah
penduduk awam semasa operasi menggeledah itu dijalankan. Mengikut kepada sumber
dari Penolong Datuk Bandar Awarta, seramai 300-400 penduduk Bandar mereka telah
ditangkap dan 75 daripada mereka ditahan di kem tentera tanpa sebab yang kukuh.
9/04/2011
- Presiden Mahmoud Abbas meminta Liga Arab untuk membuat satu perjumpaan tergempar
bagi membincangkan hal-hal berkaitan Gaza selepas pembunuhan satu komandor
Hamas dan dua pengikutnya dalam serangan oleh tentera Israel.
Walaupun
50 mortar jarak jauh telah dilancarkan ke Israel, namun tiada laporan kematian
mahupun kecederaan dari pihak Israel.
10/04/2011
– Liga Arab bercadang untuk meminta dari Persatuan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB)
dilaksanakan ‘No Fly Zone’ di Gaza bagi melindungi penduduk awam di Palestin.
Kemudian Perdana Menteri Israel mengatakan yang pelajar 13 tahun yang di bom di
dalam bas tempoh hari sedang berjuang untuk hidup dan mereka akan berdoa untuk kanak-kanak
itu. Selepas peristiwa pengeboman bas sekolah tersebut, Israel dalam serangan balas
telah membunuh 18 orang awam Palestin.
11/04/2011
– Sekurang-kurangnya 7 mati dalam letupan bom kereta api di Belarussian, Minsk
(Israel). Seorang saksi berusia 52 berkata, kereta api sampai seperti biasa,
namun bila pintu terbuka di platform, letupan berlaku. Masih tiada pihak yang
mengaku bertanggungjawab.
12/04/2011
– Satu Penyataan Khasdari Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengatakan mereka sanggup berunding
untuk membuat pertukaran tebusan antara banduan Israel dengan seorang tentera
mereka yang ditangkap pada Jun 2006 bernama Gilad Shalit.
Sebelum
ni, Ahmed Jibril, pada 21 May 1985,Israel melepaskan 1150 banduan Palestin hanya untuk 3 tentera mereka
yang di tangkap dan 450 banduan Palestin dengan seorang ahli perniagaan Israel
dan 3 mayat tentera Israel
Dapat
dilihat bagaimana egonya Israel yang cuba mengatakan nyawa mereka adalah lebih bernilai
dari umat islam. Seorang kanak-kanak Israel cedera, tapi 18 nyawa umat Islam
Palestin diragut, adakah ini adil? Nyawa umat Islam seperti buih di lautan.
Jangan meratapi
gugurnya syuhada, kerana balasan mereka sudah pasti,
Tapi tangisilah
nasib kita yang masih jauh dari makam syuhada,
Sumber
:
7/04/2011:http://edition.cnn.com/2011/WORLD/meast/04/07/israel.gaza.violence/index.html?iref=obinsite
11/04/2011
:http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-4055515,00.html
(Akhbar Israel)
No comments:
Post a Comment