9 April 2011
Sama waktunya
dengan kematian belasan warga Palestin di Gaza karana dihujani bom fosfur
putih, sekitar 100 perempuan di desa Awarta di Tepi Barat diserbu, diseret dan
ditangkap oleh pasukan Zionis.
Berbagai media
memberitakan, ratusan askar bersenjata lengkap menyerbu masuk Awarta, dekat
Nablus, dengan alasan mencari pembunuh sekeluarga penduduk Yahudi di Itamar.
Mereka merosakkan
pintu-pintu rumah lalu menangkap kaum perempuannya pada hari Kamis, 7 April
lalu.
Banyak di antara
kaum perempuan yang diserat dan dtangkap itu sudah tua.
Sejumlah perempuan
itu dilepaskan setelah diambil cap jarinya serta sampel DNA.
Namun sekarang
mash ada 20 orang perempuan dalam tahanan Zionis – sehingga kini 75 orang
penduduk Awarta yang ditangkap setelah peristiwa pembunuhan lima orang pemukim
Yahudi di Itamar bulan lalu itu.
Serangan-serangan
ke pelbagai desa di Tepi Barat ini sudah menjadi rutin harian lebih dari sebulan
lepas, ratusan telah orang ditangkap dengan berbagai alasan.
Namun Khamis
lepas adalah kali pertama pihak Zionis menangkap kaum perempuan.
PBB tidak akan menarik balik Goldstone Report
9 April 2011
Sekertariat PBB
Ban Ki-Moon menegaskan tidak akan menarik balik The Goldstone Report meskipun
penulis utamanya, Hakim Richard Goldstone, menarik kembali sebagian laporan
kejahatan perang Zionis pada Operation Cast Lead di Gaza, 2008 – 2009 itu.
Berbagai media
barat mengutip pernyataan Ban Ki-Moon itu dalam pertemuannya dengan ‘Presiden
Israel’ Shimon Peres yang tengah mengadakan roadshow ke berbagai negara
mencari hubungan diplomatik terhadap kebijakan-kebijakan Zionis.
The Goldstone
Report itu disiapkan atas permintaan PBB dan sudah di pada 2009. Baru-baru ini
Goldstone menunjukkan kekesalan dan teragak-agak hendak menarik kembali
laporannya sendiri. Para analis menduga sikapnya disebabkan tekanan dari pihak
Zionis.
Richard Goldstone.
Shimon Peres (kiri) dan Ban Ki-moon
Zionis Tidak Akan Berhenti Menggunakan Bom
Fosfor Putih
9 April 2011
Pemerintahan
Zionis menolak permintaan PBB untuk menghentikan penggunaan bom fosfor putih
yang sudah dinyatakan terlarang di perngkat antarabangsa.
Kebelakangan ini,
Zionis menyerahkan laporan yang mengakui telah menggunakan white phosphorous
bombs pada penyerangan 23 hari ke Gaza di pergantian tahun 2008 – 2009 yang
menyebabkan ratusan orang mati terbakar dan kerosakan alam yang parah.
Serangan
2008-2009 itu diberi nama Operation Cast Lead atau Operasi Timah Panas.
Sebelumnya Tel
Aviv selalu menolak tuduhan telah menggunakan bom itu, namun sekarang mereka
menyatakan akan terus menggunakan bom itu namun “secara terbatas.”
Militer Zionis hari ini sudah menyebabkan 18 kematian dan 90 orang lagi cedera. Zionis menamakan
operasinya kali ini dengan nama Operation Scorching Summer atau Operasi Musim
Panas Membakar.
F-16 Zionis Terbang Rendah di Atas Gaza
9 April 2011
Pesawat-pesawat
tempur F-16 dan pesawat-pesawat tanpa pemandu (drones) Zionis terbang
rendah di atas Jalur Gaza. Di Rafah, tiga orang penduduk Palestin mati. Tiga
korban yang terbaru ini bernama Tayser Abu Snina, Syadi Alzatma dan Muhammad
Audah.
Dari pagi Jumaat
waktu Gaza hingga sekarang, sekurang-kurangnya 18 orang sudah korban digempur
dari udara dan darat oleh askar Zionis. Jumlah warga Gaza yang mengalami
kecederaan sudah melebihi 90 orang.
Ynetnews melaporkan, tekad
Zionis adalah “Memaksa Hamas membayar harga yang mahal” atas serangannya ke atas
sebuah bus sekolah di Asqalan yang menyebabkan seorang anak lelaki 16 tahun
cedera parah dan pemandu bas tersebut luka ringan kemarin, Jumaat.
Kronologi Serangan Zionis 9 April 2011
(07.27 pagi, Mesir): Adham -
seorang pemuda syahid, dan seorang lagi cedera parah di timur Jabaliyah, utara
Gaza.
(07.13 pagi, Mesir): Pejuang SARAYA AL-QUDS mengebom Ushdud pagi ini dengan dua serangan roket jenis 'grad'.
(07.12 pagi, Mesir): DEBKA versi hebrew - Serangan Israel di Gaza kali ini amat rumut berikutan perubahan strategi perang yang dilakukan HAMAS.
(06.31 pagi, Mesir): DEBKA versi hebrew - Dalam masa 24 jam, 70 serangan roket menyerang Israel. Di antara jumlah tersebut, lebih 20 roket jenis 'grad'.
(06.12 pagi, Mesir): Kereta kebal zionis mengebom di timur daerah Qararah, Khan Yunus, selatan Gaza.

(03.20 pagi, Mesir): Beberapa serangan roket
jenis 'grad' menyerang kawasan-kawasan terbuka di utara Ushdud.
(03.01 pagi, Mesir): 2 warga Israel cedera apabiila serangan terbaru roket 'grad' gugur di Beersheba.
(01.15 pagi, Mesir): Zionis menyerang sebuah kawasan berhampiran bangunan kebajikan masyarakat di timur daerah Jabaliyah, utara Gaza. Seorang penduduk Palestin cedera ringan.
(01.05 pagi, Mesir): Media Israel 'Yedioth Ahronoth' lapor 3 warga haram cedera ringan akibat serangan roket 'grad' di Beersheba.
(12.37 pagi, Mesir): 2 serangan zionis di Gaza. Satu serangan menyasarkan lokasi di bandar Gaza dan satu lagi serangan di utara Gaza.
(12.03 pagi, Mesir): 2 pejuang AL-QASSAM cedera parah dari kereta yang menjadi sasaran serangan zionis. Terkini, komander AL-QASSAM, Taisir Abu Asnainah syahid. Dikatakan, 2 lagi syahid dalam serangan itu.
08/04:11.53 malam, Mesir): Zionis menyerang sebuah kereta di Hayyu Tel Sultan, barat Rafah. Beberapa orang dilaporkan cedera.
(08/04: 11.49 malam, Mesir): Bunyi siren kecemasan di bandar Beersheba(tanah jajahan), pejuang SARAYA AL-QUDS umum serang bandar tersebut dengan roket 'grad'.
(08/04:11.03 malam, Mesir): Pesawat tempur zionis F-16 mengebom sebuah terowong bawah tanah di Rafah.
http://map2street.blogspot.com

Ayuh,sama-sama kita doakan kejayaan pejuang-pejuang Islam di Palestin.
"PALESTIN KITA,MARUAH KITA"
sumber:
http://sahabatalaqsha.comhttp://map2street.blogspot.com
No comments:
Post a Comment