Apa yang
mampu kita lakukan untuk saudara-saudara kita di Palestin sana..??
Kita tidak mampu untuk pergi berperang di
sana..
Namun jangan disebabkan ketidakmampuan itu kita langsung
tiada ikhtiar
lainuntuk membantu saudara kita di sana.
Doa yang kita sering panjatkan..
Qunut nazilah yang
kita sering ucapkan dengan sepenuh pengharapan..
hingga mengalirkan air mata..
Alhamdulillah..
Demonstrasi membantah kekejaman Israel
LAKNATULLAH..
Itu salah satu cara untuk menunjukkan keprihatinan kita..
Saya cukup kagum dengan semangat itu..
Rakyat Malaysia cukup pemurah..
Saya akui..
Dikuliah, di kelas, kedai mahupun hanya di
jalanan,
Tabung Prihatin Palestin lesu berjalan..
Mengharap keprihatinan kita bukan wang semata-mata..
Istighfarlah..
Itulah antara cara-cara yang
dapat kita lakukan..
Dan mungkin ada banyak lagi yang
kita mampu lakukan..
Tapi saya agak terkilan dengan satu perkara
Dimana salah satu cara untuk membantu perjuangan rakyat Palestin
ialah dengan MEMBOIKOT barangan Yahudi
Israel dan sekutunya..
Tapi apa yang saya lihat masih ramai lagi yang masih menghulurkan duit kepada pembelian produk mereka..
Telah banyak web,akhbar yang
menyatakan setiap sen yang kita hulurkan,
Digunakan oleh Yahudi untuk membeli peluru dan menggunakannya untuk membunuh saudara-saudara kita disana..
Tidakkah itu cukup untuk menyedarkan kita kepentingan memboikot ini..??
Kita tidak berperang, tidak berlapar perut..
Yang paling nyata..tidak pergi berjuang..
Apalagi yang mampu kita lakukan?..
Jika sekadar membokoit pun
kita tidak mampu melakukannya..
Ayuh sahabat-sabahabiah,
Sedar dan bertindak…!!
"OUR PALESTINE, OUR DIGNITY"
Muhamad Farhan Bin Ahmad Murtza
Ex-Officio,
Kempen Prihatin Palestin,
PERUBATAN Cawangan Zagazig.
Maklumat lebih lanjut layari : http://farhanfadhl.blogspot.com/2011/04/apa-lagi-yang-mampu-kita-lakukan.html
Maklumat lebih lanjut layari : http://farhanfadhl.blogspot.com/2011/04/apa-lagi-yang-mampu-kita-lakukan.html
No comments:
Post a Comment