Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Thursday, 28 April 2011

AKHBAR ISRAEL




20/04/2011 – Aktivis dari Belgium, Amerika Syarikat, Itali dan Sepanyol telah turut ke laut untuk ikut bersama nelayan-nelayan Palestin. Mereka menaiki sebuah bot yang membawa bendera bertulis CPSGAZA" (Civil Peace Service Gaza). Semua aktivis didalam bot tersebut memakai baju putih.


Tujuan utama mereka adalah untuk mendokumentasikan sebarang kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh pihak Israel mahupun nelayan-nelayan Palestin itu sendiri. TenteraLaut Israel telah menetapkan kepada nelayan Palestin yang mereka hanya boleh menangkap ikan 3 batu nautika dari persisiran pantai.


21/04/2011 – Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton mendesak pihak Israel dan Palestin untuk mengadakan rundingan secepat mungkin. Namun beliau mengatakan, Amerika Syarikat tidak akan melayan sebarang usaha satu hala seperti yang sedang dilakukan Presiden Mahmod Abbas, iaitu mengadakan lawatan ke negara-negara luar untuk mendapat tandatangan bagi menyokong kemerdekaan Palestin.


22/04/2011 – Pemimpin-pemimpin Palestin tidak bersetuju dengan pelan damai baru yang dirangka oleh Amerika Syarikat. Presiden Barrack Obama dan Washington  sedang merangka sebuah pelan damai antara Israel dan Palestin. Antara syarat-syarat baru yang bakal di kenakan adalah, penduduk Palestine  tidak ada hak untuk pulang, Baitul maqdis akan menjadi ibu Negara bagi Israel dan Palestin kemudian, keselamatan penduduk Israel perlu lebih dititik beratkan.


23/04/2011 –Pemimpin popular di Palestin, Mohammad Khatib mengjangkan yang akan berlaku Intifada di Palestin dalam bulan Mei tahun ini. Mungkin pihak kerajaan Palestin sediaada tidak mahu Intifada ini berlaku.Jika perkara ini berlaku di bulan Mei, mungkin menjelang September, Palestin akan berwajah baru. Api semangat yang membara untuk melakukan Intifada ini dating dari Negara jiran iaitu Mesir.


24/04/2011 – Aktivis Itali Vittorio  Arrigoni yang dibunuh tempoh hari, akan diberikan pingat kebesaran “Medal of Jerusalem” oleh kerajaan Palestin kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas. Presiden itu menambah lagi yang Vittorio dating ke Palestin untuk menolong rakyat Palestin tetapi telah dibunuh oleh segolongan pelampau yang langsung tidak menunjukkan budaya orang Palestin.


25/04/2011 – Presiden Palestin Mahmoud memberikan kritikan pedas atas tindakan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dikatakan berpura-pura untuk mendengar cadangan pelan damai dari pihak Palestin,  namun bila tiba masa menerangkan syarat-syarat pelan damai, langsung tiada cadangan dari pihak Palestin di ambil kira.


Semua berita di atas, diambil dari akhbar utama Israel hanya untuk menunjukkan penduduk Israel ataupun orang Yahudi, mereka sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka. Namun bagi kita umat Islam, apakah kita sedar apa yang berlaku kepada saudara kita di Palestin? Jika penduduk Israel perlu membayar duit untuk membeli akhbar, bagaimana pula dengan kita yang 24 jam melayari internet namun tidak terdetik di hati untuk mengambil tahu perihal saudara kita di Palestin. 


Muhasabahlah diri masing-masing tentang tahap keprihatinan kita kepada umat Islam yang lain.

Di dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: 

       ‘ Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka (muslimin)’.

Nabi bersabda di dalam hadis yang lain: 

‘ Tidak lengkap iman seseorang daripada kamu sehingga dia menginginkan kebaikan seperti mana diingini kepada dirinya sendiri’.

Selaku Muslim sejati, kita perlu mengambil berat apa sahaja yang menimpa umat Islam yang lain. Kita berkongsi perasaan yang sama, sehingga kita rasa tertolak untuk melakukan sesuatu demi sahabat seagama. Kita takkan redha untuk berdiam diri sedangkan agama kita dihina dan muslimin terus dicerca. Sesuatu perlu dilakukan sebagai bukti kita berjuang bersama mereka. Mengangkat pena hampir sama dengan menggalas senjata jika diniatkan berjuang demi agama-Nya.

Perkara ini kita imani bersama. Peperangan dan permusuhan ini di antara Allah dan musuh-Nya. Namun di sana memerlukan usaha kita memenangkan agama ini dengan segala cara apa sekalipun.


He who sheds his blood with me shall be my brother




Disediakan oleh : The Cerebro

No comments:

Post a Comment