KAHERAH - Mesir mengumumkan bahawa dua buah gerakan terbesar di tanah Palestin, HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) dan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطيني) telah mencapai persefahaman bagi kesemua permasalahan yang menjadi perselisihan, termasuk pilihanraya dan pembentukan kerajaan.
Berhubung persetujuan ini, Liga Arab dan Menteri Luar Turki, serta beberapa buah kumpulan pembebasan Palestin yang lain malah Negara luar, Perancis menyambut baik.
Sedemikian itu, delegasi HAMAS diketuai Dr. Mousa Mohammed Abu Marzook(kiri), timbalan ketua biro politik gerakan HAMAS dan gerakan FATAH diketuai Azzam Al-Ahmad(kanan) telah menandatangani persetujuan awal berhubung persepakatan pemulihan hubungan dalaman Palestin yang diselia Mesir sebagai pihak tengah di Kaherah pada Rabu, 27 April 2011.
Perjanjian antara perunding Fatah dan Hamas itu dicapai di Kaherah kelmarin selepas rundingan berlangsung 18 bulan. Persengketaan yang berlaku di antara Hamas dan Fatah adalah bukan perkara baru bagi umat Islam secara umumnya dan penduduk Palestin secara khususnya. Perbezaan ideologi dan pendekatan menjadi sebab kepada persengketaan ini.
Iran turut menyatakan pujian kerana percaya ia dapat mempercepat perkembangan di Palestin dan mencapai kemenangan besar ke atas Israel sejak dua pergerakan Palestin itu bermusuh pada awal 1990-an.
Israel pula memberi reaksi marah dengan Menteri Luar Luar, Avigdor Lieberman dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak memberi amaran bahawa rejim Tel Aviv tidak akan menerima kerajaan Hamas.
“Perjanjian itu satu langkah melepasi garisan merah,” kata Lieberman kepada radio tentera Israel sambil memberi amaran mereka akan mengambil tindakan balas manakala Barak berkata tentera Yahudi akan bersikap kuku besi untuk menangani sebarang ancaman dan berikar tidak akan berunding dengan Hamas.’
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula menuntut pemimpun Fatah, Mahmoud Abbas, memilih antara perdamaian dengan Israel atau berdamai dengan Hamas.
Persetujuan itu menetapkan dua pihak berkenaan akan bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan daripada ahli politik pilihan dua pergerakan berkenaan sehingga pilihan raya tempatan diadakan, kata ketua perunding Fatah, Azzam al-Ahmad.
Wakil Hamas dan Fatah akan pulang ke Kaherah minggu depan bagi menandatangani dokumen yang turut menetapkan syarat pembebasan tahanan politik dua parti berkenaan.
Umum mengetahui bahawa Hamas sejak ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yasin meletakkan Islam sebagai rujukan dalam setiap aspek tindakan yang ingin diambil dalam berhadapan dengan Israel dan Amerika. Pengaruh Ikhwanul Muslimin Mesir sangat kuat di dalam pertubuhan ini. Mereka menolak pengiktirafan terhadap negara entiti haram Israel dan mengambil pendekatan bersenjata dalam menghalau Israel dari bumi Palestin.
Ada pun Fatah, mereka meletakkan ideologi kebangsaan sebagai landasan perjuangan dan bersedia untuk mengiktiraf negara Israel. Mereka sanggup untuk berdamai dan berbincang dengan Israel walaupun diketahui bahawa Israel tidak pernah setia terhadap perjanjian dan perdamaian yang dimeteraikan tersebut. Umat Islam di Palestin terus dibunuh dan disembelih, rumah-rumah mereka diroboh dan mereka dihalau dari tanah air mereka sendiri.
Perbezaan ideologi dan pendekatan inilah yang menyebabkan persengketaan terus berlaku. Ketika Fatah menguasai kerajaan Palestin suatu ketika dahulu, banyak tindakan yang diambil memihak kepada Amerika dan Israel. Antaranya mereka menangkap pejuang-pejuang Hamas yang berjuang menentang Israel atas nama menjaga perjanjian yang dimeterai di antara mereka.
Semoga perjanjian yang dimeterai ini dapat mengembalikan hak umat Islam di Palestin yang selama ini dicabuli Israel. Insyaallah..
Sumber :
http://map2street.blogspot.com/
http://palestinkini.info/
No comments:
Post a Comment