Jumaat , 10/12/2010 - Perdana Menteri Turki,
Recep Tayyip Erdogan mengumumkan pada hari Ahad (5 Disember) lalu, bahawa
hubungan Turki tidak akan berbaik dengan Zionis selagi entiti itu belum,
“membersihkan Laut Mediterranean daripada darah 9 Turki” yang syahid dalam
serangan Zionis ke atas Freedom Flotilla dalam perjalanan ke Gaza.
Erdogan berkata : “Turki mahu Israel meminta
maaf dan mengganti rugi atas apa yang telah berlaku pada 31 Mei lepas.”
Tambah Erdogan dalam ucapannya di tengah
bandar Sivas : “kita akan menyelak lembaran baru, tetapi itu tidak bermakna mereka
tidak perlu meminta maaf dan membayar ganti.”
Sumber : palestinkini.info
http://www.palestine-info.info/ar/
JGN CABAR TURKI..ANTARA KUASA BESAR JGK TU..
ReplyDelete