Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Saturday 11 December 2010

Kau Sebenarnya Telah Membuka Mata Dunia

DISEDIAKAN OLEH: NURHIDAYATUL HUSNA JOHARI
Jika matapelajaran Forensik sebagai perbandingan,ini bukan setakat loaded long bullet of automatic riffled firearm yang boleh menyebabkan blackening and tattooing of the skin sahaja.Ini peluru nuklear,hydrogen dan sulfur Israel yang boleh menghancurkan sesebuah negara!


Israel,
aku tahu kau kejam,melampaui batas,tandus manusiawi
tapi aku juga tahu kau semakin keluh kesah
kau sebenarnya telah membuka mata dunia

Para syuhada' pejuang agama,
aura Gaza telah menyelubungi hati mereka
manusia sudah mula bangkit
kau sebenarnya telah membuka mata dunia

Dunia,
Protes berlaku di mana-mana
Aktivis Britain memusnahkan kilang senjata Israel
Perancis dan Jerman lantang mengecam serangan ini
Pengkalan Tentera Amerika ditutup di Jepun
Kedutaan Israel dikutuk dan dihalau
Kedutaan negara ke Israel dipanggil pulang
Pertubuhan negara Islam duduk semeja berbincang
Iran menghantar kapalnya lagi ke Gaza
Muncul pula Freedom Flotilla kedua
kau sebenarnya telah membuka mata dunia

Kita,
ini mungkin satu permulaan kebangkitan dunia
juga detik-detik kemenangan rakyat Palestin
atau pengakhiran satu kuasa kejam tak berperikemanusiaan

Sekiranya diizinkan Allah kemenangan ini jatuh ke atas Palestin maka berbahagialah sesiapa yang pernah menyumbang padanya dengan nikmat-nikmat yang telah dijanjikanNya.

Dan rugilah kiranya kita langsung tidak melakukan apa-apa sekalipun hanya dengan berdoa.

No comments:

Post a Comment