Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Monday 7 June 2010

Aktivis flotilla 'ditembak 30 kali'

 Autopsi ke atas mayat aktivis flotilla yang terbunuh dalam serangan Israel 5 hari lepas menunjukkan bahawa mangsa ditembak beberapa kali dalam jarak yang dekat.Surat khabar Britain,Guardian memetik kata-kata Yalcin Buyuk,naib pengerusi Majlis Perubatan Forensic Turki mengatakan bahawa sembilan mangsa itu ditembak dengan jumlah sebanyak 30 kali.


Dua mangsa ditembak empat kali dan lima mangsa ditembak samada di bahagian belakang kepala atau belakang badan,berdasarkan laporan saringan autopsi.

Autopsi mendedahkan Ibrahim Bilgen,60 tahun ditembak empat kali di bahagian tepi kepala,dada,pinggul dan belakang badan.

Furkan Dogan,19 tahun rakyat US berdarah Turki pula ditembak lima kali dalam jarak yang kurang dari 45cm di muka,bahagian belakang kepala,dua kali di kaki dan sekali di belakang badan.

Avital Leibovich,jurucakap ketenteraan Israel,apabila ditanya mengapa aktivis berumur 60 tahun dan 19 tahun itu ditembak beberapa kali dalam jarak yang dekat,memberitahu Al Jazeera:"Kami memahami bahawa pengganas ini datang daripada pelbagai umur dan latar belakang."

Jamal Elshayyal dari Al-Jazeera yang menyaksikan beberapa siri pembunuhan itu mengesahkan sekurang-kurangnya seorang ditembak di bahagian atas kepala dari atas helikopter.

Surat khabar Turki melaporkan pada hari Sabtu kelmarin bahawa pihak pendakwa di Istanbul,Turki telah mengumpul bukti yang cukup untuk mendesak tuduhan ke atas Binyamin Netahayu,perdana menteri Israel,Ehud Barak,menteri pertahanan dan Gabi Ashkenazi,ketua pasukan Israel.

Tuduhan itu termasuk membunuh,mencederakan,menyerang rakyat Turki di perairan terbuka dan merompak kapal milik Turki,menurut Today's Zaman,akhbar harian.

 Cedera : akitivis yang cedera diterbangkan ke hospital Ankara, Turki

Pekerja pesawat Turkish mengangkat keranda aktivis yang syahid di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Ankara, Turki

 Syahdu : Jenazah mangsa di bawa ke Masjid Beyazit, Istanbul untuk upacara pengubumian


Sumber Al-Jazeera

No comments:

Post a Comment