Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Tuesday, 3 May 2011

Mungkinkah Perjanjian Baik Pulih Palestin Bakal Membawa Revolusi Di Palestin?


26/04/2011- Ahli keluarga seorang kanak-kanak Palestin bertindak menyaman  pegawai perubatan Palestin dan tentera Israel.  Kanak-kanak, Mohamad Abdul Salam al-Tamimi telah disalah diagnosis dengan tidak mengalami apa-apa kecederaan, sedangkan dia mengalami kecederaan dalaman yang teruk setelah di diagnosis semula. Kecederaan tersebut disebabkan oleh di tembak oleh gas pemedih mata oleh tentera Israel.


27/04/2011- Sekumpulan tentera di Cairo menghapuskan paip yang menyalurkan gas kepada Israel.  Pihak yang berkuasa juga telah menutup sumber utama saluran paip berkenaan. Israel yang menerima 40 peratus daripada gas tersebut telah menyebabkan Mesir mengalami kerugian sebanyak $174 million semasa pemerintahan 30 tahun Hosni Mubarak.


28/04/2011- Kedamaian bersama Hamas yang dipersetujui oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abas tidak diterima oleh Benjamin Netanyahu. Benjamin menetapkan dua pilihan kepada Abas untuk memilih samaada perdamaian bersama Israel atau Hamas. Beliau juga menyatakan tidak akan sama sekali berunding mengenai perkara tersebut.


30/04/2011- Rafah yang melintasi haluan ke Gaza telah dirancang semula pembukaannya oleh pegawai Mesir atas sebab-sebab kemanusiaan. Rancangan yang masih dikaji oleh Ambassador Menha Bakhoum.


01/05/2011- Israel menghalang pemindahan duit kepada warga Palestin. Atas alasan, tidak mahu duit itu disalurkan kepada Hamas, Israel telah membekukan sebanyak $88 million. Pemindahan wang tersebut hanya akan berjalan sekiranya Palestin dapat membuktikan wang tersebut bukan untuk kegunaan Hamas.


02/05/2011- Kematian Osama Bin Laden telah dilabelkan sebagai keamanan dan keadilan kepada negara-negara demokrasi. Avigdor Lieberman juga menyatakan bahawa, tentera Palestin dan Lebanon akan memantapkan usaha untuk menentang Al-Qaeda. Israel yang tidak terlibat dalam kematian Osama  hanya diberitahu setengah jam sebelum Barack Obama mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan hal tersebut.

Sumber: http://www.jmcc.org/news.aspx?id=2648

Pada 2/5/2011 satu delegasi dari peringkat tertinggi HAMAS tiba di Kaherah untuk bertemu wakil-wakil Mesir, dan pada hari hari ini (4/5/2011) Insyallah gerakan HAMAS akan menandatangani persetujuan baik pulih dalaman Palestin.

Timbaan Ketua Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouk berkata bahawa pergerakannya mencapai persetujuan dengan delegasi Fatah di Kaherah dan paksi Palestin itu akan bertemu pada Rabu untuk menandatangani persetujuan untuk bergabung.

Abu Marzouk berkata pada sidang media selepas menandatangani persefahaman tentang petang Rabu lepas di Kaherah. Beliau berkata bahawa persefahaman yang telah dipersetuju oleh delegasi Fatah dan Hamas termasuk pembentukan kerajaan bersatu, penyambungan tugas ahli Parlimen di Tebing Barat dan melaksanakan pilihanraya.

Ketua delegasi Fatah ke Kaherah, Azzam al-Ahmed menyuarakan kegembiraan apabila Palestin yang berpecah akan tamat, dan Israel mula memberi amaran kepada Mahmoud Abbas tentang hal ini kerana penglibatan Hamas. Dalam konteks yang sama, paksi pejuang Palestin yang lain menyokong Hamas dan Fatah kerana menandatangani perjanjian itu di Kaherah pada Rabu lepas.

Menteri Luar Mesir, Nabil Al-Arabi, memberitahu bahawa Mesir akan mengambil keputusan dalam tempoh seminggu atau maksimum 10 hari untuk menamatkan kesengsaraan warga Palestin dan meruntuhkan kepungan yang mengurung Gaza sejak hampir 5 tahun. 
Al-Arabi dalam kenyataannya di Kaherah (28 April) berkata : “Keadaan yang berlaku di Gaza adalah langsung tidak berperikemanusiaan dan tindakan menutup pintu masuk ke sana sebelum ini adalah juga tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan.”

Beliau menegaskan bahawa dalam tempoh 10 hari, keputusan yang penting dan berstrategi untuk Gaza akan dibuat, dan pintu gerbang di sempadan akan dibuka sepenuhnya dan sepanjang masa. Beliau meyakinkan bahawa situasi di Gaza pasti akan berubah dengan dramatik.

Semoga perjanjian ini bakal mendatangkan satu revolusi besar untuk rakyat Islam di Palestin. Wallaua'lam..


Sumber : http://map2street.blogspot.com/

Hadiah Kecemerlangan Buat Palestin dan Islam



Saudara-saudari seiman yang disayangi dan muliakan, wahai umat Nabi Muhammad!

 Kita teliti semula firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi kita, Nabi Muhammad saw:

“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad:ayat 7)

Sesiapa yang di dalam hatinya sudah jelik dan jijik dengan kerosakan dunia hari ini, merindukan kembalinya kebenaran, mengangankan kesejahteraan dunia ini dalam cahaya Islam, maka dia mesti memahami ayat di atas! Di dalam ayat ini, yang ditujukan kepada kita umat Rasul terakhir, tertulis satu rahsia besar, satu sunnatullah, satu syariat, untuk kita menang. Berdasarkan firman Allah tersebut, jika dan HANYA jika kita menolong agama Allah' terlebih dahulu (dgn berusaha habis-habisan, sehabis daya, bersungguh-sungguh, sampai penat, sampai pengsan, sampai mati),
barulah
‘nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’

Kenapa begitu? Kerana Allah hanya akan memberikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang layak sahaja. Ertinya, kalau Islam tak menang-menang jugak di dunia pada hari ini, itu maksudnya kita yang memang belum layak untuk menang. Belum layak untuk dapat pertolongan Allah. Belum cukup beriman. Belum cukup berusaha. Belum cukup berjuang. Itu sifirnya. Kalau kita hanya mahu goyang kaki, relax selalu, main game, tengok cerita korea, dan tidak kisah serta tidak mahu fikir apa-apa hal Islam, usahlah mengimpikan ‘burung Ababil’ akan turun untuk memberikan kemenangan kepada seluruh umat terutamanya di bumi berkat yang dijajah, Palestin.

Firman Allah: 

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan diri mereka sendiri" (Surah Ar-Ra'd:11)

Sesungguhnya mahasiswa yang bijak di dalam perjuangannya sentiasa memburu Mumtaz di dalam peperiksaan. Bukan untuk berbangga, tetapi menjadi bukti bahawa orang Islam itu boleh berjaya sekalipun rintangan yang dilalui amat sukar dilepasi. Mumtaz ini adalah hadiah buat umat Islam sedunia.

Kita perlu berazam dan menanam tekad bahawa kejayaan ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Banyak lagi ‘mumtaz’ yang bakal menyusul. Medan peperiksaan ini hanyalah medan ujian yang kecil di zaman universiti. Banyak lagi medan yang perlu diterokai. Semuanya memerlukan usaha berlipat ganda yang membuahkan hasil ‘mumtaz’ demi membela nasib umat ini.

Ayuh, Belajar kerana Allah, Hadiahkan kejayaan untuk kemenangan Islam. Bebaskan Palestin tercinta. Catitkan namamu bukan sekadar di 'Honors List' malah sebagai salah seorang dari orang Islam yang berjuang membebaskan Palestin.

Ambil peluang ini selagi ada kerana sekiranya kamu tidak mahu berjuang untuk agama Allah,maka Allah akan gantikan dengan kaum yang lain yang lebih baik dari kamu!!

Cerdikkan kita sekiranya mahu mencapai mumtaz di dunia fana ini sahaja tanpa sama-sama berusaha mencapai mumtaz di akhirat yang kekal abadi????

"Our Palestine,Our Dignity"


Disediakan Oleh:
Nurhidayatul Husna Binti Johari
Ex-Officio,
Kempen Prihatin Palestin,
PERUBATAN Cawangan Zagazig.

Saturday, 30 April 2011

SENARAI BAHAN YANG BERKEMUNGKINAN MENGANDUNGI UNSUR KHINZIR


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT KHINZIR, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK KHINZIR DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly


 SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND



KHINZIR : SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP. 


*Sebagai panduan selepas ini, dinasihatkan supaya menggunakan produk yang ada tanda halal JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri dan sekiranya terdapat kemusykilan pada barangan yang ada tanda halal JAKIM diminta supaya mendapatkan nama produk dan pengeluar dengan jelas dan rujuklah kepada JAKIM atau lihat laman web JAKIM melalui internet.

*Elakkan dari membeli barangan keluaran luar negara yang ada campuran daripada bahan yang bersumberkan haiwan.

 Sekiranya kita lihat disini kebanyakan barang-barang diatas adalah barang-barang buatan Pihak Zionis Laknatullah dan sekutu-sekutunya kerana menjadi aganda mereka untuk memusnahkan orang Islam dalam segenap cara sekalipun. Jadi sama-sama kita berhati-hati selepas ini,sesungguhnya agenda mereka untuk memusnahkan minda umat Islam sangat hebat. Jangan pula kita yang berilmu ini tertipu olehnya. Wallahu'alam..

JOM BOIKOT BARANG ISRAEL DAN SEKUTU-SEKUTUNYA!! 

Perhatian : Berkemungkinan senarai ini tidak benar 100 %. Mari kita ambil langkah beringat-ingat. Seeloknya kita berwaspada tentang barang-barang pertengahan (was-was) seperti ini. Wallahu'alam.


Sumber :
http://berita-harian-online.com/senarai-barang-yang-mengandungi-unsur-babi/