“Saya hanya belajar di bawah cahaya pelita
dan cahaya telefon bimbit”
Asma Amin Tubasi dari Rafah, pelajar cemerlang
kelas Tawjihi menceritakan bahawa ayahnya ada menyuruhnya
berhenti belajar dengan menggunakan lampu minyak kerana telah kerap berlaku
siri kemalangan di Jaluran Gaza terhadap anak-anak Gaza sehingga
menyebabkan kecederaan dan rumah terbakar kerana bahan api yang digunakan
adalah tidak selamat kerana diseludup dari Mesir.
“Dia akan belajar selama 18
jam sehari, dan dia telah membuat saya sangat bangga hari ini, memperoleh
99.4% pada subjek sastera Tawjihi, nilai tertinggi di seluruh
Gaza,” demikian cerita ayahnya kepada wartawan Maan News di rumahnya.
Dari bulan September hingga Mac, keluarga Asma terpaksa
bergelap antara 2-8 jam setiap hari, tetapi pada Januari, saat Pihak
Berkuasa Palestin mengambil alih pengurusan bahan bakar ke Gaza dari
Kesatuan Eropah, akibat kekurangan dana telah menyebabkan mereka terpaksa
bergelap dari 8 – 12 jam sehari.
“Pemotongan bekalan kuasa
ini telah memburukkan keadaan hidup yang sudahlah
sulit di Gaza dan mengganggu hampir semua aspek kehidupan seharian,
termasuk kerja rumah, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan air serta
perkhidmatan sanitasi,” laporan PBB khusus pada krisis elektrik di Gaza
seperti yang dilaporkan pada bulan Mei.
“Saya hanya berharap situasi ini akan berakhir
dengan lebih baik,” kata Asma, menjelaskan bahawa ketika lampu
minyak tidak lagi dapat digunakan, dia akan menggunakan lampu pada telefon.
Ayahnya, yang bekerja untuk Kementerian Wakaf di
Gaza, mengatakan dia bimbang tindakan Asma akan merosakkan matanya kerana
membaca pada kadar pencahayaan rendah, semenjak pemotongan bekalan
elektrik dan kekurangan bekalan bahan bakar, menyebabkan Gaza bergelap
setiap hari selepas jam 10.00 mlm.
Prestasi belajar Asma adalah
sangat mengejutkan dan membahagiakan warga Gaza memandangkan masalah
berkaitan sistem pendidikan di Gaza saat kritikal. Statistik daripada PBB
menunjukkan bahawa kehadiran dan prestasi di sekolah umum telah menurun
akibat dari infrastruktur pendidikan yang terhad, bilangan kelas yang
terhad dan pelajar terlalu ramai dalam sesebuah kelas, ditambah lagi dengan
gangguan dari operasi tentera Israel setiap hari.
Pada semester pertama tahun 2007-2008 sekolah, hanya
20% dari 16,000 pelajar kelas enam di Gaza lulus ujian standard
Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Arab, menurut satu kajian yang
dilakukan oleh Kementerian Pendidikan di Gaza.
Ketika Asma melihat keputusan ujian yang dia telah
lalui, “saya teriak, saya menangis, saya tertawa,
saya seperti tidak percaya apa yang telah saya lakukan,” jelasnya.
Dia seorang gadis yang berdedikasi, dia membaca pada
setiap masa saat situasi yang dihadapinya adalah sangat sulit, “jelas ayahnya.
Tambah ayahnya lagi Asma percaya dia begitu tekad untuk berjaya kerana dia
ingin masa depan yang lebih baik untuk dirinya sendiri, dan masa depan yang
lebih baik untuk Gaza.
Berdasarkan kisah yang kita yang telah kita sama-sama
hayati, dapatlah kita bandingkan betapa besarnya nikmat dan kemudahan yang kita
peroleh. Namun, adakah kita menggunakannya dengan sebaik-sebaiknya? Jika Asma
mampu melakukannya, kita jua sepatutnya lebih mampu. Mari kita sama-sama
renungkan dan cuba mengubah diri ke arah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment