14/04/2011- Justien Bieber penyanyi remaja kelahiran
Canada tiba di Tel Aviv pada 12 April untuk menjayakan konsert beliau pada 21
April ini. Dikatakan Justin di mintak untuk bertemu dengan Perdana Menteri Israel untuk membincangkan permintaan Perdana Menteri
tersebut untuk menjemput kanak-kanak Palestin dari Gaza. Namun Justin Bieber menolak
permintakaan tersebut. Namun dari pihak Justin sendiri, beliau mengatakan yang
beliau tidak tahu menahu langsung tentang perjumapaan dengan Perdana Menteri tersebut.
Beliau sangat sedih kerana nama beliau digunakan untuk kegunaan politik Perdana
Menteri tersebut
Info lanjut :http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-13079833
15/04/2011 – Seorang aktivis Itali
Pro-Palestin Vittorio Arrigoni, 36,dibunuh oleh kumpulan Salafist di Palestin.
Mayat beliau di gantung di luar rumah di Bandar Gaza. Kumpulan Salafist pada mulanya
mengugut untuk membunuh Vittorio, dengan tukaran untuk membebaskan Ketua mereka
iaitu Sheikh Abu Walid al-Maqdasi danbe berapa banduan lain. Namun ugutan mereka
tidak diendahkan. Kumpulan ini juga menyatakan, Hamas yang sedang memerintah Palestin
kini semangat berlembut dengan Israel.
Info lanjut :http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-13088630
17/04/2011 – Memang sudah ramai banduan Palestin
meninggal dunia semasa dalam tahanan penjara Israel. Tetapi baru-baru ini,
sebuah televisyen Israel memaparkan bagaimana tentera Israel menjalankan proses
membanteras rusuhan. Semasa proses itu dijalankan pada 2007, seorang banduan Palestin
di tembak mati di kepala dari jarak dekat walaupun beliau sudah berbaring di
atas jalan. Sila lihat video ini, anda akan dapat melihat bagaimana seronoknya nyawa
umat Islam diragut
18/04/2011 – Presiden Amerika mengucapkan tahniah
atas kejayaan Israel dalam menggunakan teknologi penangkis serangan udara baru
yang dipanggil ‘The Dome’. Kemudian Perdana Menteri Israel juga mengucapkan terima kasih kerana pihak
Washington membantu mereka dalam membangunkan teknologi ini. Ada pihak yang
kurang bersetuju dengan pembinaan ‘The Dome’ ini kerana ia menelan belanja yang
besar, namun pihak kerajaan mengatakan ianya perlu dan sangat berguna untuk masa
hadapan.
19/04/2011 – Perdana Menteri Israel
menerima tekanan dari kuasa-kuasa besar Eropah dan Amerika untuk menyediakan pelan
baru rundingan damai antara Palestin dan Israel. Jika tiada pelan baru ditawarkan,
kemungkinan besar Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengistiharkan kemerdekaan
Palestin dan menguatkuasakan haktanah milik Palestin mengikut sempadan Palestin
pada 1967 dahulu.
Palestin menuntut kemerdekaan, namun tanahnya
tidak penah kering dengan tangisan dan darah. Bagaimana Negara ini akan membangun
jika generasi masa depan mereka hidup dalam keadaan begini.
Apakah pernah kita terfikir duit yang kita dermakan
kepada Tabung Palestin sampai kepada mereka untuk pembangunan Negara
atau pun duit kita yang membeli barangan boikot itu yang sebenarnya sampai terlebih dahulu
kepada Tentera Zionis dan telah digunakan untuk membunuh saudara-saudara kita
disana. Sedarlah wahai pejuang jihad! Ayuh kita tambahkan sumbangan kita untuk
Palestin dan istiqamah memboikot barangan yahudi dan konco-konconya habis-habisan!!
No comments:
Post a Comment