Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Wednesday, 6 April 2011

Kisah Benar Anak Palestin - Tabung Palestin


Assalamualaikum wbt…

Ini adalah secebis kisah seorang anak kecil berumur 4 tahun 11 bulan dalam menyampaikan rasa simpatinya pada “kawan-kawan”nya di Palestine.

Muhammad Danial Sufi memang tidak mengerti tentang apa yang berlaku di Gaza, Palestine. Untuk memahamkan dirinya tentang apa yang berlaku juga memerlukan cara dan pendekatan yang sesuai. 

Namun selepas difahamkan, dia cuba memahami dan membantu mengikut cara dan kemampuannya sendiri.

Dikongsikan beberapa perkara bagaimana Danial meluahkan rasa simpatinya pada “kawan-kawan” di Palestine.

1. Kesian kawan-kawan Danial kena bunuh

Kami tidak pernah melepaskan peluang mengikuti perkembangan di Gaza melalui kaca TV. Setiap kali paparan kanak-kanak Gaza, Palestine di bunuh, Danial pasti akan berkata, “Kesian kawan-kawan Danial kena bunuh”.

2. Tutuplah radio

Tiba-tiba satu hari semasa dalam perjalanan mengambil Acu, Danial menyuruh Anjang mematikan radio. Ketika itu berita tentang pencerobohan Israel sedang dibacakan. Kata Danial, “Asyik asyik Israel! Israel! Kesian Palestine” Anjang sendiri terkejut. Macam mana anak ini boleh bercakap macam ni. Agaknya dia dengar apa yang Anjang bincangkan dengan Acunya dan kawan-kawan. Cepatnya Danial belajar!

 3. Jom pi McDonald

Untuk memahamkan kanak-kanak ini tentang kempen boikot McDonald bukanlah mudah. Anjang dan Acu jenuh menerangkan kepada dia. Kelakar juga mengingatkanya. Alhamdulillah akhirnya Anjang dapat idea, kata Anjang, “Danial tak boleh beli burger McDonald”. “Kenapa? tanya Danial kurang gembira. Aduh…susahnya Anjang nak terangkan kepada Danial. Fikir punya fikir, Anjang bagi tau Danial, “Sebab dia bagi duit kat Israel yang bunuh kawan-kawan Danial yang macam kat TV tu”. Lepas tu Danial diam seketika semacam faham.

Tiba-tiba Danial pandang wajah anjang dan berkata, “Jom kita pi McDonald” ajak Danial. “Alamak” kata Anjang dan Acu, “Kan tadi dah bagi tau tak boleh beli burger McDonald” Tegas Acunya. Jawab Danial pula dengan selamba, “Memang la…, tapi Danial nak pi McDonald bukan nak beli burger! Danial nak bagi tau Kakak kat McDonald tu, jangan bagi duit kat orang yang bunuh kawan-kawan Danial tu…” ha..ha..ha..anjang dan acu tergelak sama-sama mendengar jawapan Danial yang tak terfikirpun oleh kami.

4. Tabung Palestine Danial

Dengan harga RM5 satu tabung, kami telah membeli 2 tabung untuk membolehkan Anjang dan acu mendidik Danial menabung untuk Palestine. Maka Danialpun mulalah menabung, untuk diberikan kepada “kawan-kawan” Danial di Palestine. Bukan main sibuk lagi Danial memindahkan duit syiling Anjang dalam balang ke dalam Tabung Palestine Danial…wah. wah.wah.

Anjang doakan semoga Danial akan terus memiliki sifat keprihatinan dan simpati pada “kawan-kawan”nya di Gaza, Palestine sehingga dewasa. Juga diharapkan Danial dan kawan-kawannya lah yang akan memperjuangkan nasib Palestine atau mana-mana negara dan umat islam jika dizalimi dizaman mereka kelak.

Apa-apapun, jauh disudut hati mendoakan segala penderitaan rakyat Palestine berakhir segera dengan kemenangan di pihak yang hak!
Selain dari itu, jom ajak anak-anak, adik-adik, murid-murid, ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran kita menabung untuk Palestine!



No comments:

Post a Comment